Thursday, September 3, 2009

level kita

Pesakit Islam Aids sudah dipindahkan dari gereja. Aku tak tahu samada kes itu yang dinyatakan oleh Ustaz Amin atau bukan. Tapi yang pasti, perkara seperti ini adalah sesuatu yang malang buat umat Islam secara keseluruhanya.

Sedih bila aku mengenangkan kisah ini. Kalau pihak zakat boleh menaja perkhawinan orang, mengapa kes yang menuntut perhatian seperti ini terlepas pandang. Memang, kalau tiada maklumat atau laporan kes seperti ini pasti akan terjadi.

Alhamdulilah.. MAIS sudah menangani perkara ini dengan tangkas. Kiranya kes ini selesai tapi aku tahu banyak lagi kes-kes yang menuntut perhatian pihak berwajib masih banyak belum dilangsaikan.

Bagi aku, inilah sebenarnya contoh dimana kelalaian kita sebagai umat. Dalam sibuk melaungkan perjuangan Islam, kes terpinggir seperti ini kebiasanya akan keciciran.

Kita masyarakat melayu, khususnya orang Islam seringkali membuat enteng tentang perkara kemasyarakatan. JIka dibandingkan dengan kaum lain atau agama lain Islam, jauh ketinggalkan dalam aspek aktiviti sosial.

Lihat sahaja di Acheh kes tsunami, orang putih berpusu-pusu menghantar bekalan tapi kita orang Islam terkial-kial menghantar bantuan. Kekadang kedengaran, kita negara Islam baru nak tubuhkan pertubuhan bukan kerajaan sedangkan sudah berapa lama St. John ditubuhkan.

Andai budget dijadikan alasan, mengapa di kampung2 yang dulunya banyak aktiviti gotong royong kini ditelan zaman. Kalau dulu kenduri kawin diwarnai dengan gotong royong, kini unsur2 seperti seperti sudah mula hilang.

Di universiti, bangsa mana dan agama mana menerajui aktiviti sosial. Siapa yang banyak melakukan aktiviti itu..? tiada budget kah..? Bukankah budget hanya satu alasan.

Hakikatnya mentaliti kita perlu berubah.

/me aku juga seperti yang lain2.

No comments:

Post a Comment