Friday, March 5, 2010

seekersss


Alam ghaib seronok untuk kita terokai. Untuk menerokai alam ghaib, ilmu2 yang tertentu diperlukan. Tidak semua orang mampu untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu itu. Salah percaturan, seseorang itu boleh jadi gila.

Aku ada membaca Tamar Jalis. Ceritanya seperti cerita realiti. Secara peribadi, aku anggap cerita itu ialah cerita benar dimana ditulis berdasarkan kepada pengalamanya sendiri.

Walau dunia sudah berubah, musim hujan menjadi musim panas, tapi alam ghaib masih seperti dulu. Masih ramai yang membela hantu syaitan.

Aku rasa aku nak bukak blog seekers. Cerita benar cara menangkap hantu. Tapi entahlah.... aku sibuk dengan mafia war. Malas aku nak godek2 blog yang semakin hari semakin kurang peminat.
Aku dah jumpa ramai bomoh. Dari yang aku anggap sebagai bomoh kampung sampai la bomoh yang aku anggap boleh tahan dan dipercayai.

Dalam perubatan tradisional, kita kena bijak menilai bomoh itu. Bomoh hantu lebih kepad dukun. Dukun plak tidak sama dengan bidan. oopss... jangan main2 dengan bidan yea. Kebanyakan bidan banyak membela.

Orang kata aku ni lebih mempercayai bomoh dari hospital. Huh..... entahlah. Sebenarnya tengok keadaan. Baru-baru ini, ada orang kampung aku meninggal. Sebulan di hospital tanpa ada rawatan. Sebab..? Doktor tak tahu arwah sakit apa.

Tips.
Kebanyaknya pengamal perubatan tradisonal tidak yakin mampu mengubati kalau pesakit itu makan sudah melalui tiub. Dan sesiapa yang mengalami anak kecik yang suka menangis tengah malam, tidak semua dukun boleh buat. Kanak2 ada pakarnya sendiri.

Aku cakap kat uztaz tu... pukul 1 je anak aku menangis.... “ ooo.... ye ke... budak2 mana tau pukul brape kan. Menangis ada time2 dia plak sambil sengih2 ”.,

Dialog seekers...

Pak Teh : Assalamualaikum.... Siapa ko..? setan ke hantu raya..?
Pesakit : hehhehe.... aku hantu raya la
Pak Teh : oooO.. hantu raya.... bukan iblis..?
Pesakit : aku hantu raya la..... iblis tu jeneral aku la bodoh.
Pak Teh : aikkk.... Jin pun ada kasta..?
Pesakit : ada le... aku hantu raya orang bawah2... iblis tu jeneral aku.
Pak Teh : oo.... camtuh. Jadi ko bukan Islam la. Ko nak masuk Islam tak.?
Pesakit : Aku setan la... bukan jin. Jin boleh masuk Islam... Setan mana boleh masuk Islam.
Pak Teh : Tergelak dalam hati. adehh.. ye tak ye kan..... setan mana leh masuk Islam. Jin je boleh. Patut la dia kata aku bodoh. Cuba ko ikut aku mengucap....
Pesakit : ............... mendiamkan diri........
pak Teh : Ni sekarang camne. Ko nak keluar tak dari badan anak buah aku..?
Pesakit : Nak.... aku dah penat dah. 15 tahun aku kat badan dia. Tapi kalau aku keluar, ko bagi ayat kat dia. Kang tuan aku suruh aku masuk balik dalam badan dia.
Pak Teh : ye la... sekarang ko keluar......
/me antara khadam dan jin adalah berbeza.

No comments:

Post a Comment