Friday, June 11, 2010

modal insan

Modal insan mendapat peruntukan yang besar dalam budget RMK-10. Bila sebut tentang modal insan maka pendidikan ialah peranti utama dalam menjayakan perancangan tersebut. Dalam akhbar hari ini, umur persekolahan dipendekkan. Aku tak pandai komen tapi apa yang aku nak cakap ialah adakah ia umur persekolahan menjadi perkara utama.?

Kalau tanya aku, aku kata tak walaupun aku setuju kerana aku sedar orang sekarang lebih bijak. Tentang perkara itu, aku ketepikan kerana ia merupakan hasil jangka panjang. Apa yang aku nak cakap ialah kejayaan jangka masa pendek.

Aku kira sepatutnya, kerajaan menaik taraf semua institusi pendidikan dalam negara. Contoh, politeknik dinaik taraf untuk menjadi kolej universiti seperti di kebanyakan negara maju. Sekarang ini graduan Poly di Jepun, UK atau US di iktiraf kerajaan setara dengan graduan universiti. Maka, kalau kerajaan mengiktiraf poly setanding keluaran U... mengapa kita sendiri tidak menjadikan poly kita setanding mereka.?

Kedua. Adakah dengan meliberalsasikan dasar-dasar khusus di universiti membuatkan graduan kita lebih cemerlang akibat persaingan sesame sendiri..?

Kalau dulu UPSI terkenal dengan pendidikan, tapi kini UPSI seperti universiti lain. Aku kira ia bukan langkah yang bijak.

Sekarang ini, India ramai tenaga IT yang mahir. Mengapa India mampu mengeluarkan atau terkenal akan perkara seperti itu.? Adakah kerana mereka mempunya beratus juta penduduk..?
Sebenarnya, pengkhususan banyak membantu akan sesuatu. Sebagai contoh, kalau kita orang yang competent dalam Gas, kita akan dibayar dengan mahal. Tak kisah la samada kita seorang AGT atau sebagainya, yang penting kalau kita punya kepakaran dalam sesuatu bidang kelebihan itu bukan sahaja terus kepada orang tersebut malah aku kira ia akan menambahkan kepakaran dalam negara.

Malaysia majmuk, sama juga pendidikan. Semuanya dimajmukan. Adeh.... pendidikan yang caca merba.

Dulu kerajaan ingin menjadikan pendidikan atau guru satu kerjaya seperti peguam atau akauntan. Bagus cadangan itu. Then aku perli cikgu-cikgu “ untung la nanti, boleh mintak gaji lebih”.

Sebab..? kalau peguam dibayar gaji mahal kerana lesen... takan cikgu yang juga ada lesen mengajar gajinya sama seperti penjawat awam yang lain. Lecturer gaji mahal.... sudah semestinya guru2 ini pun nak demand.

Apapun, kebanyakan VC universiti kita tidak cergas. Mereka jarang berfikir di luar kotak. Yang mereka laksanakan adalah untuk hari ini dan esok. Perancangan untuk lusa mereka ini.... blurrrr..

Kalau kerajaan ingin melihat modal insan berjaya, kaji semua perkara dari pendidikan asas sehingga ke peringkat univeristi. Jangan jadikan pendidikan satu bahan eksperimen. Ramai pakar2 akademik dalam negara. Kumpulkan dalam satu payung, buat kajian secara menyeluruh. Kalau kita ikhlas... pasti kita akan berjaya.

Kepada orang atas, jangan malu kita turun. Kalau tak mampu buat, berikan kepada yang orang yang lebih berkelayakan.

/me pandai cakap.... ekekekke..

No comments:

Post a Comment