Sunday, October 17, 2010

anak kera disusukan

Ramai sekarang orang baru kerajaan dari Kelatan. Siapa Ketua Pengarah SPA sekarang.? Dia berasal dari Kelantan ke.?

Itu yang aku dengar kawan-kawan. Kesahihan aku kurang pasti. Tapi kalau benar aku agak bengang. Anak dirumah kelaparan kera dihutan disusukan.

Aku bukan anti orang Kelantan. Aku pun ramai kawan orang Kelantan. Oleh kerana ramai maka sebab itu aku agak bengang sedikit. Nik Aziz dipuji setinggi langit tapi Kerajaan dikutuk sampai ke lumat. Mereka ini tak malu ke makan gaji dengan hasil KERAjaan..?

"Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.
Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita ketika mengetuai kerja gotong-royong membaik pulih rumah warga emas Ghani Hussin, 75, di Kampung Teluk di sini, hari ini." Bernama.

Kalau ini tak cukup Kelantan nak apa lagi..? takan semuanya Perseketuan yang nak membantu. Dimana hasil kerajaan negeri.? Kalau Kelantan negeri sekecil Perlis yang penuh dengan gunung ganang, mungkin ada rasionalnya hasil negeri sedikit.

Tapi Kelantan negeri yang penuh dengan hutan dengan tempat yang berpotensi untuk dimajukan. Tapi kerana kecetakan ilmu memerintah maka ekonomi negeri mati segan tidak mahu. Mungkin juga hasil balak tidak menguntung negeri kalau Husam yang memegang biro ekonomi.

Husam bukan bodoh tapi Husam yang songlap hasil tersebut. Kalau Dinar pun dia boleh manipulate inikan pula balak yang memberikan untung berjuta-juta.

Secara jujur aku tidak pernah sampai Kelantan maka aku tak berani untuk berkata lebih. Tapi jika dilihat dari gambar dan cerita orang Kelantan, aku terfikir akan kemajuan mereka. AKu teringat beberapa tahun lepas, kawan seperti seronok balik Kelantan kerana ada KB MALL dibuka. Ada pusat bowling etc. Alahai.... apa la aku nak cakap.

Mereka tidak terfikir ke duit jadi duit. Kemajuan menjana ekonomi. Kejayaan ekonomi menguntungkan rakyat.? Kenapa pusat pelancongan seperti Wang Kelian atau tempat lain tidak dimajukan.? Apa yang dibuat oleh kerajaan selama ini..?

Kalau orang kata perempuan Kelantan bijak meniaga... dimana lelaki Kelantan..? Pakai kain pelikat lepak kedai kopi main dam.?

/me daftar nak p haji.

No comments:

Post a Comment