Saturday, August 27, 2022

Hearsay tapi cukup untuk membuktikan bersalah

Setuju dan tidak setuju Najib dihukum dengan cara khabar angin (hearsay) kerana ia juga pendapat aku pada awalnya. 

Perbicaraan Ds Najib dipenuhi dengan kenyataan "mereka beranggapan (hearsay) arahan Jho Low ialah arahan Ds Najib. Tiada seorang pun dari mereka mendapat arahan terus dari Najib. 

Ketiadaan Jho Low dan Nik Faisal digunakan sepenuhnya seperti orang itu sudah mati iaitu tidak boleh disoal balas.

Walaupun pendakwa tidak membawa saksi utama lain pembela boleh memohon sapina daripada makamah. Jika permohonan dari mereka (pembela) ditolak maka boleh dikatakan ia tidak adil pada Ds Najib. 

Makamah ini lain sedikit. Contoh. Kalau Zety dipanggil dan mengakui menasihati Najib menggunakan akaun peribadi dengan sendirinya kenyataan tersebut merosakkan pembelaan.

Personally la, aku cuma mahu Jho Low hadir untuk memberi kenyataan dalam makamah yg membawa takrifan Ds Najib mahukan sekian amaun untuk kepentingan peribadi. Tapi kalau sumbangan politik walaupun ianya tidak bagus dari konsep good governance ianya masih dianggap seperti ahli politik lain.

Bab penghakiman, pasukan pembela gagal menolak elemen kemasukan duit dalam akaun peribadi. Sebab itu orang yang makan suap biasanya duit dalam sampul, dibawah pasu, tukar tayar yang susah untuk dibuktikan. 

Kalau makan suap level jerung, saham, bank swiss, bank pesisir dimana akaun mereka susah diakses dan diaudit.

/pelanduk selalu lupakan jerat.

1 comment:

  1. Jangan jadi x cerdik. Klau Jib bersih, dia sepatutnya dakwa dan tangkap penipu mdb waktu dia berkuasa.

    Klau dia x terlibat ler..

    Apa pun dia p em paling bodoh antara p em2 setakat ni klau kena tipu billion.

    ReplyDelete