Friday, March 10, 2023

100 hari hanya gah dengan menu rahmah.

Kalau dulu Ex PM mendapat Tun sekarang mereka berpotensi mendapat surat pertuduhan di makamah. Bila berkuasa mereka sepatutnya tidak membuka 'garisan', tapi mereka buka. Jadi sekarang mereka terdedah dengan frasa salahguna kuasa.

Muhyiddin sudah dikenakan pertuduhan, biar makamah tentukan dia bersalah atau tidak. Aku malas nak terikut kata orang. Aku masih dengan pendirian aku. Main bola memang guna kaki tapi bilamana ko sepak orang secara tidak langsung kau harus terbuka kena siku.

Tan Sri pernah kata, kalau tidak salah apa nak takut. Jadi Tan Sri lawan.

PMX

Kenapa Bernas?, soalan ini timbul ketika syarikat ini diarahkan menderma. Sekarang kemungkinan itu terjawab kerana Syed Mokhtar banyak mendanai politik Bersatu. 

Ramai yang mengutuk pentadbiran PMX dan menteri ekonomi. Soalan aku, bukahkah dulu korang juga yang memuji?.

Aku rasa ini idea paling teruk pernah dicadangkan oleh seorang PM bilamana duit simpanan kwsp boleh dicagarkan untuk membuat pinjaman. Kalau pinjaman tidak boleh bayar, hilang duit 2 kali ganda.

Kenyataan atau jawapan menteri ekonomi paling badut. Ini sebab mengapa prestasi PMX so so. Tugas menteri ekonomi adalah mengawal dan menggerakan ekonomi tempatan. Bilamana menteri ini hanya pandai cakap maka prestasi PMX dilihat lemah. 

Apa dasar kerajaan sekarang? menu rahmah?

1 comment:

  1. Ummo dlu jarah duit rakyat ..... lupa ke? Hutang trillion dr zaman Jib


    Harap umno sekarang berubah

    ReplyDelete