Saturday, May 2, 2009

makan ayam

Selalunya kalau aku balik kg, kerja rutin aku ialah temankan mertua aku g pasar. Kang kalau tak escort, tak pasal-pasal kena cop, “apa la menantu aku ni, balik kg tau makan je, baik tak payah balik”. Walau aku lelaki sejati…. pergi pasar dah jadi rutin aku, samada bujang masih atau dah kawin. Sebab tu aku tau harga kembung dulu dan sekarang.

Pagi ni aku pergi pasar lagi, aku terkejut sebab harga sekilo ayam 7 ringgit… adehh… mahal plak ayam ni. Hari tuh 5.70 atau 6 lebih je. Kenapa mahal sangat ayam ni. Aku tau la, last week ada keluar kat paper ayam naik 60 sen. Hurmmm.. apa nak jadi ni. Dah la ayam penyumbang lemak yang tinggi, jual pun nak mahal..? perlu boikot ni.

Aku selesa duduk kat kg bini aku, makanan murah takder la seperti duk area kl tuh. Kalau makan kat sure 7 ringgit tak lari. Tapi kat sini, Nescafe singgit je compare kat kl 1.40…. adehh…. Minum pun dah mahal, ni kan plak kembung sekilo.

Sesekali kita fikir, kelmarin dulu kenapa harga boleh mencecah harga terendah sedangkan kos yang ditanggung oleh penternak sama…?

Disini ternyata penternak dan pembekal ayam memipulate harga untuk mencapai keuntungan yang maksimum. Tidak timbul isu kos yang tinggi yang ditanggung oleh penternak. Itu semua hanya alasan semata-mata.

Dimana peranan kementerian hal ehwal pengguna..? kenapa mereka berdiam diri..? Jawapan yang mereka sering berikan, harga ayam adalah stabil dan pihaknya masih menyiasat keadaan sebenar. Amat kecewa aku bila jawapan seperti ini selalu diberikan oleh seorang menteri.

Di negara barat, boikot barangan adalah lumrah biasa dan sering memberi kesan kepada harga pasaran. Kerana apa boikot mereka sering menjadi..?

Inilah sebenarnya siapa kita yang sebenar. Kita sering melaungkan bahawa kita sudah maju…. Opss…. Lupa plak… maju bila dia mampu berkereta besar dan melayari internat serta berjawatan besar sahaja. Tapi bila bab politik, mereka puak pembangkang pandai plak melaungkan…. “ 50 tahun merdeka apa yang kerajaan umno dah buat..? Sama sahaja, tiada apa mereka buat untuk rakyat. ”.

Agak-agak boleh kita fikirkan akal orang yang sering memberi kenyataan seperti itu..? inikah yang dinamakan akal orang yang sudah maju dan akal orang yang dikatakan bijak..? bagi aku, akal seperti ini akal orang yang mudah untuk dijajah.terpedaya dengan kata-kata. Telinga mendengar, tapi akal tidak berfikir.

Negara kita masih membangun, dan bukan negara yang maju tapi kita sudah ada asas untuk mencapai negara maju. Untuk menjadi negara maju, elemen penting dalam masyarakat ialah modal insan iaitu rakyat yang bijak berfikir dan berfikiran terbuka untuk sesuatu.

Aku hanya ingin mengambil satu contoh dalam isu pengguna dan boikot. Dalam hal ini kita sering gagal kerana elemen mentaliti kita masih dibawah paras minda ketiga. Bagi aku, punca kegagalan boikot barangan adalah disebabkan program itu tidak diselaras dengan teratur disamping NGO itu sendiri gagal berfungsi.

Boikot barangan biasanya dinaungi oleh Ngo atau persatuan pengguna. Di negara kita kebanyakan badan bukan kerajaan ini masih mentah dan sebab itu penyampaian maklumat itu tidak menyeluruh.

Bagi aku, kalau kerajaan ikhlas membantu rakyat, KHEDP mesti menjadi penaung kepada sesuatu boikot. Biasanya seruan kerajaan akan disambut oleh rakyat dan kerajaan mempunyai pelbagai sumber media.

/me earth hour boleh berjaya mengapa tidak boikot ayam..? matikah sehari tidak makan ayam..?

1 comment:

  1. rajinnya pegi ikut mertua gi pasar..Tapikan kalau nak lagi bagus baik pagi2 ikut abah gi masjid..Lagi afdal....heheheheh..

    ReplyDelete