Sedang aku melayan medsos tertonton satu clip Anwar naik heli ke sana ke sini untuk FDI. Dia bandingkan FDI tahun 2023 lebih tinggi dari 2021 dan 2022.
Aishh.... 2020-2022 dunia reset, kemon boy...
Apa yang faktor untuk pelabur asing (FDI) untuk datang melabur?.
Bagi negara maju kestabilan politik hanya nilai tambah tetapi untuk negara membangun kestabilan politik adalah perkara utama kerana biasanya faktor ini akan memberi kesan kepada ekonomi.
Jika benar tukar² kerajaan boleh membawa kemajuan, boleh bagi contoh.?
Jepun, Korea?.
Jepun sudah menjadi penjajah sejak zaman perang dunia pertama, so Jepun tidak boleh dijadikan contoh. Sedikit sorotan politik Jepun. Politik negara ini sama seperti Malaysia yg tidak menukar parti pemerintah. Hanya pada 2009 parti ini tumbang tapi DPJ hanya mampu bertahan sepenggal. Kisahnya lebih kurang seperti kerajaan 22 bulan.
Politik Korea (Selatan) aku tidak mengikuti tetapi satu perkara aku yakin Korea maju bukan kerana politik. Contoh, walaupun parti pemerintah Singapura tidak berubah kemajuannya seperti Korea Selatan.
Jepun, Korea, Singapura adalah rakan startegik amerika. Pasaran ekonomi di amerika amat berkuasa bagi memasarkan produk. Ini hakikat.
Berbalik pada Korea, satu ketika ekonomi Malaysia lebih baik berbanding Korea. Pecutan pertama kemajuan Korea bermula dari industri. Sampai sekarang ekonominya dipegang oleh kelompok Cheabol. Bayangkan BTS mampu menyumbang berbilion USD kepada Korea.
Momentum kedua setelah mereka terkena serangan matawang (1997) mereka memperbaiki sistem kewangan. Dan mereka berjaya seperti Malaysia. Lalu kenapa prestasi ekonominya terus meningkat tetapi Malaysia tidak?.
Korea juga terpalit dengan skandal rasuah. Bezanya politik mereka tidak menyerang ekonominya sendiri.
Contoh, sebelum menjadi kerajaan PH mengatakan TRX adalah projek gajah putih. Tetapi selepas menjadi kerajaan mereka mengatakan TRX boleh memberi GDV RM40billion. Contoh kedua perlaksanaan program subsidi. Dalam erti kata lain, hampir 100% dasar kerajaan terdahulu diteruskan bukan kerana project on progress tapi kerana ianya baik.
Politik negara terlalu panas semenjak era Anwar mata lebam. Ketika Korea bangkit ekonomi negara diasak oleh rakyatnya sendiri. Sekilas lalu tempoh waktu itu singkat tapi hakikatnya dalam tempoh sebegini banyak kemajuan yg boleh dicapai.
Kedua Korea kebetulan mendapat presiden yang baik. Maksudnya begini, dalam 5 tahun 2003-2008 performance Malaysia tidak begitu meningkat, agak statik. Pada 2008 kemelesatan ekonomi berlaku, jadi sedikit sebanyak membantutkan pertumbuhan. Mujur dalam period itu 2008-2018 dibawah pentadbiran Najib yang membawa Najibnomics. Jika tidak ekonomi Malaysia lebih teruk dari sekarang.
Kerajaan Perpaduan.
Walaupun ketika ini kerajaan perpaduan namun kerajaan mendapat sokongan lebih 2/3 iaitu jauh lebih baik dari kerajaan dahulu. Jadi tidak ada sebab mengapa ekonomi Malaysia perlahan. Memang betul ekonomi dunia tidak begitu baik kerana banyak krisis dunia. Tapi tahun lepas world bank telah mensasarkan 2023 ekonomi Malaysia positif. Bermakna kerajaan hari ini hanya mewarisi kejayaan pentadbiran lalu.
Tahun depan rasionalisasi dijalankan dan projek Padu dikemukakan. Tidak pasti keberkesanan program ini. Jika minyak naik dan banyak subsidi ditarik mampukah gaji sekarang menampung kenaikan haraga barang.
Bagi aku perdana menteri Malaysia yg terbaik ialah Abdul Razak, Mahathir, Najib. Kepimpinan mereka ada kerangka yg menyeluruh. Kerangka Abdul Razak masih diguna pakai, perubahan yg dilakukan oleh Mahathir boleh dilihat dan dasar ekonomi Najib masih menjadi panduan.
Anwar.?.... so so. Tidak ada beza dengan Pak Lah. Sekurang-kurang Pak Lah ada koridor ekonomi, Anwar ada Agus dan Wahab. Kan.....