Sunday, May 31, 2009

umno semakin lemas

Dari keputusan Penanti....... ia menunjukkan signal yang jelas..... BN dalam keadaan kritikal. Aku hanya mengambil rumusan dari besar dan tidak terperinci. Walau melayu ramai kembali menyokong umno... tapi itu tidak cukup untuk BN mendapat majoriti mudah pada PRU akan datang.

Sekarang Cina dan India tidak dibelakang BN.... ibaratnya 100:10. Banyak faktor yang menyumbang keadaan seperti itu. Selain dari faktor umno yang mendominasi pemerintahan BN, masalah parti kompenen juga banyak menyumbang kepada kemerosotan sokongan bukan melayu.

Lihat sahaja MIC tidak berubah, begitu juga PPP yang sekarang ini dengan kemelut 2 presiden. Gerakan yang semakin lemah dimana ahli2nya yang menjadi duri dalam daging perlahan2 keluar dari parti. MCA tidak sebulu dengan Timbalan Presiden..... arrgg.... boring aku..... mereka tidak pernah berubah tapi menuntut banyak perkara.

Orang melayu pembangkang kata umno racist... akhirnya demi kepentingan politik.... umno membuka 1Malaysia. Melayu pembangkang kata..... melayu lemah kerana DEB... akhirnya.... perlahan2 ia dibuka. Melayu pembangkang kata.... umno menindas bangsa lain..... akhirnya umno lepaskan bukan melayu.... melayu tetap berada didalam kamunting. Kerana apa..?? dah pembangkang perjuangan bukan melayu..... kasi lepas la orang bukan melayu. Siapa yg bodoh dan siapa yang terkena..?? bukan melayu gak ke..?

Aku rasa walau umno menghapuskan DEB, aku rasa sudah terlambat untuk bukan melayu menyokong BN. Segalanya akan menjadi sia2..... Kerana mereka tahu.... dalam pakatan pembangkang... mereka lagi selamat.... Mereka tahu.... orang umno lebih bijak jika dibandingkan dengan melayu pembangkang.

Lihat sahaja melayu pembangkang yang jadi pak turut. Lihat sahaja melayu pembangkang jadi kuda kepang. Mereka juga tahu..... pembangkang hanya pandai kata perjuangkan agama..... hakikatanya..... dimana perjuangan itu...? Pas lebih mudah menggadaikan agama dari umno. Sebab itu semakin lama kaum bukan melayu menyokong pakatan.

arghh..... biarlah.... dah kehendak ramai. Biarlah minoriti mengikut majoriti..... aku tak mahu... bilamana minoriti dikatakan lebih suara dari majoriti.

Aku nak tanya... SIAPA YANG RACIST...?? ada hindraf perjuangkan melayu ke..? ada DAP perjuangkan orang melayu ke..??

/me ikut nko la labu..... nko nak terjun ke... nak tenggelam ke..... ikut nko la..... tapi jangan harap la.... bila lemas nanti..... jangan harap la cina india akan tolong nko......

sakit hati

Sakitnya hatiku.

Aku naik meluat kalau baca krisis di Terengganu. Aku memang tak faham, berebut nak duduk kerusi MB. Tidak ada akalkah Adun2 BN Terengganu itu. Tempat lain BN melawan pembangkang... ini berlawan sesama sendiri.

Kalau nak sangat si Derih tu jadi MB... mengadap sultan... senang cerita. Tak payah lontar batu sembunyi tangan. Kang nanti bila UMNO Terengganu dikatakan melawan sultan... biar rakyat jadi hakim. Kalau macam inilah otak mereka berpolitik.... hurmmm..... biar Terengganu jatuh pada pembangkang. Padan muka mereka.... inilah balasan orang bersikap lupa daratan.

Aku sakit hati bila.... kita menyokong tapi mereka buat perangai monyet plak. Apa salah Ahmad Said...? kalau salah tegur la... takpun report dengan MT. Bukan main politik cara kotor demi kepentingan politik. Adakah semuanya kerana Terengganu sudah dapat royalti minyak lalu semua Adun BN kelabu mata..???

Pada akulah.... pemimpin umno seperti inilah yang merosakkan umno di mata masyarakat. Sepatutnya sewaktu umno lemah mereka akan mengukuhkan parti... tapi mereka ini tak habis2 buat perangai. Kalau inilah yang kepimpinan ditonjolkan oleh mereka..... memang patut pun pilihanraya Kuala Terengganu jatuh pada pembangkang.

/me sakit hatiku bila rasa menyokong orang kemaruk kuasa.

Saturday, May 30, 2009

Barisan Kita

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!


Selepas aku baca Taipingmali, aku teringat program syarikat semalam. Hari kemuncak bulan kualiti. Ada beberapa perkara menarik masa program tuh.... pertamanya bila lagu Negaraku berkemundangan....staff berjalan pun berdiri tegak..... tak kisah dimana mereka berada.... semuanya berdiri penuh tertib.... terasa diri di korea plak....

Aku memang setuju sangat bila Negaraku di perdengarkan sebelum sesuatu program kerajaan malah aku berharap ia perlu diperluaskan ke tahap lebih maksimum. Sebagai contoh, Negaraku sebagai lagu pembukaan sesuatu konsert. Kalau tak silap aku..... dalam sesuatu perlawanan bola sepak lagu Negaraku diwajibkan.... kalau tak silap aku la....

Dulu, banyak lagu patriotrik banyak di RTM tapi kini ia luput dek zaman. Aku pun tak tahu kenapa. Nampak seperti old stlye.... tapi dalam menyemai semangat.... biarlah orang nak kata apa.... yg penting... batu kalau hari2 dicurah dengan air pasti akan lekuk gak.

Friday, May 29, 2009

Siapa Norlaila.?

hurmmm...... fitnah..? entahlah... susah aku nak cakap. Walaupun member aku seperti mempersoalkan kesahihan clip ini aku tak dapat menolak begitu sahaja. Suara macam suara Anwar, lenggang lengguk2 pun sama macam Anwar.

Tahun 1997...... camne Laila ni rakam suara Anwar..? teknologi masa tu takde la canggih sangat. Macam mana ek..? macam tak logik je ia conversation tu. Tapi..... mungkin kerana kapasiti Anwar sebagai TPM perbualan itu dirakam untuk tujuan keselamatan negara. Ada kemungkinan kan...?

Adakah ini salah satu bukti kenapa Mahathir menolak Anwar sebagai timbalan dia..? Orang2 Mahathir yang memerangkap Anwar..?

Siapa Norlalila ni..? suaranya..... arggg.... bikin hati kacau. Silap2 aku pun lentoq.... kui kui..... apapun... hati aku percaya ia benar... Sebab Nalla memang rapat dengan Anwar... Kalau tak, masakan dia bagi 60 juta duit magnum kat Anwar...?

/me jangan terpedaya tapi aku tidak menolak mentah2.... sebab Anwar tidak pernah menafikan dengan bersungguh2 seperti dia medakwa kes Altantuya.

drink N fuck

Kita sering alpa dengan perkara seperti ini. Gambar ini dipersoalkan oleh non muslim. Wajarkah kita memakai baju seperti ini mengadap Tuhan...?

Thursday, May 28, 2009

Rempit memang Sempit


Tak habis2 bikin filem yang merosakan. Takde idea lainkah selain membuat filem seperti ini. Cuba la buat filem di luar kotak akal skit. Apa jua alasan yang diberikan... bagi aku sedikit sebanyak ia membangkitkan untuk budak2 mencuba merempit.

Aku nak tanya... kalau filem seperti Bohsia atau rempit ini mampu memberi pengajaran kepada remaja... remaja mana..? remaja yang berlumba dijalanan tu ke..? mereka tu ada akal yang waras ke untuk berfikir..?

Kalau pengajaran kepada untuk mereka yang dah tak merempit..... alahai... aku nak cakap apa... benda tak logik. Orang dah tersedar dia kata nak menyedarkan... hurmmm......

Walau orang kata cicakman tiru hero mat salleh.... tapi aku rasa itu jauh lebih baik dari buat filem seperti ni. Sekurang2nya ada perubahan dan wawasan yang dibuat oleh Budak2 KRU ini. Aku memang sallute kat KRU.... peneraju bidang hiburan tanahair.

Nik Aziz.... Umno Komunis.?

Kenapa tiba2 muncul isu komunis..? mengapa ia fahaman itu dibangkitkan.? adakah ia permainan umno yang menjadikan akhbar perdana sebagai medium mencanang isu..?

Yup.. kebanyakan penyokong Pakatan akan menyatakan sedemikian. Semuanya permainan umno. Tapi untuk apa..? untuk meraih sokongan..? sokongan di kala umno tidak bertanding dalam piliharaya kecil...?

Walau aku banyak melebihi BN, aku tidak semestinya menyokong. Sama seperti isu komunis ini. Aku rasa ia bukan permaian Umno semata2 tapi memang ada gerakan dibawah yang cuba untuk membawa ideologi ini dalam negara.

Ibarat kata wakil PR dalam perjumpaan dengan Kak Min. " kita lawan dari dalam ". Di kala melayu kelam kabut ni..... mungkin sekarang waktu yang sesuai untuk membenih ideologi ini.

Dulu aku pernah tengok video clip yang menyatakan pergerakan berhaluan kiri sebenarnya yang memperjuangkan kemerdekaan dan bukan umno. Then selepas itu.... member aku terkeluar kata mempertikaikan jasa Tunku.... bila aku kata sebab video tuh..... dia diam.... so aku tak bercerita lanjut....

Then.. awal tahun ni.... member aku ada membawa kenyataan yang sama setelah melihat vidoe tersebut. So..... aku hanya cakap " antara akal dan otot" dalam siri kemerdekaan negara. So.... siapakah yang merancang..? Umno atau Pak Amin.?

Sama seperti LTTE. Dulu masa KP cakap.... semua dok pertikai, walhal... siapa yang lebih tahu..? Driver bus..? engineer atau perisik polis..? kalau perisik rakyat tu cap ayam.... tak boleh pakai.

Kekadang aku naik pening memikirkan.... adakah kerana kita mendapat kemerdekaan ini secara aman lalu kita tidak menghargainya..? atau inikah yang dikatakan rakyat sekarang sudah bijak berfikir..?

/me bila kita memiliki kita tidak merasa kita ada tapi setelah tiada..... kita akan rasa kehilangan.

Pokok Demokrasi

Aku masih ingat satu ketika dulu bilama mana kewujudan tugu negara jadi isu hangat. Majlis fatwa kata haram sebab menyerupai benda hidup.... Sama kes helang di Langkawi. Sebab tu... tabung ayam kat dalam rumah aku nyahkan... takut nanti malaikat tak masuk dalam rumah.

Sekarang, pokok pun dah jadi lambang keagungan. Siap kutip derma buat plak sejarah. huh.... Bagi aku, walau tidak menyerupai ciri2 benda hidup tapi niat itu aku rasa sama seperti niat membuat tugu negara.

Biasanya, menanam pokok sekadar sismbol rasmi dalam sesuatu program tapi tidak sampai nampak simbol keagungan. Andaikata... pokok demokrasi itu dibiarkan membesar..... hurmmm..... macam2 persepsi boleh diberikan. Ibaratnya.... ada sesetengah agama yang menyembah pokok.

Aku no komen arr.... tapi sepatutnya ia perlu dihalusi. Bukan main taram je....

/me yang menyedihkan.... orang yg dikatakan kuat agama yang melakukan.

Wednesday, May 27, 2009

2 kali TKO

Tampak seperti percaturan BN tidak bertanding di Penanti memberikan kelebihan pada BN. Sepatutnya yang mendapat markah merit calon bebas Penanti tapi dalam keadaan sekarang BN yang makan besar.

Atas kertas sepatutnya PKR menang mudah tapi dari sinopsis cerita.... Kak Min dapat menelanjangkan PKR. Kalau dulu orang2 PKR berlagak mengutuk BN dan menuduh semuanya konspirasi BN.... sekarang camne..? tak cukup buktikah..? Rasuah tu hanya orang umno sahaja kah....?

Yang aku kagum ialah intigriti Kak Min. 80 ribu bukan satu nilai yang kecil... tapi beliau teguh dengan pendirian untuk bertanding... huh..~~!!

Yang kedua menarik ialah program Hujah TV9. Ibarat kata RBF Husam melarikan diri.... alahai... camne ni... kata Husam ni hebat sangat,..... apa yang dituturkan semuanya berfakta...... tapi kenapa kali ni dia cabut lari..?

Kata Ezam " umno mengaku rasuah tapi pembangkang tak pernah mengaku"..... hurmmm.... memang suci betul arr pembangkang ni.

Kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Bagi penyokong pembangkang, keburukan itu untuk BN manakala yang baik2 itu semuanya untuk Pakatan. Tak gitu...?

Dari segi analisis, memang RBF memang mantap menulis. Aku suka... dikupas satu persatu dan mudah untuk difahami. Husam ooo husam..... kerana mengejar jawatan... kau sanggup buat polimik politik.

Siapa Ezam tak jika dibandingkan dengan Husam.? taraf dijadikan isu..? so maksudnya... jawatan itu melambangkan status seseorang..? rupanya orang Pas pun ada sikap riak gak..... mengkastakan orang...... hurmmm.....

/me teringat debat dengan KJ..... takut pisang berbuah 2 kali ke..?

Sunday, May 24, 2009

cari jodoh

Jum kita bermain pada hati. Mari kita cuba untuk menyelusuri hati seorang perempuan yang belum berkahwin..... orang kata aku ni raja hati.... hahhahahaa...

Sebenarnya macam ni..... semalam kebetulan member aku balik dari kenduri kahwin member dia... then.... bila aku ajukan soklan..... " asyik2 g umah member kahwin..... bila lak aku nak g kenduri rumah nko..? ".

hahahhaha..... jawapan selamat "jodoh kan Tuhan yang tentukan.... siapalah kita kan".... bukankah ini ayat yang biasa sangat didengar. Then bila aku cakap kalau kita tak berusaha memang la kita tak dapat... maka..... terbuka la sedikit kisah2 cinta yang tak kesampaian.

iskkk.... kalau aku tak provoke member aku... masakan dia nak cerita. Dengan aku sekadar duduk hisap rokok kat parking mana ada orang nak sembang tentang hati..... huh.... mustahil bukan... tapi...... aku ni kan raja hati.... pandai la aku bukak game.

Biasala kan..... masalah perempuan tak kahwin ada beberapa perkara. Pertama.... memilih sangat..... kedua, blok hati sendiri. Ketiga, tiada jodoh. Keempat, khayal dengan dunia dia sendiri. Kelima baru masalah peribadi.

Memilih jodoh atau pasangan memang ia satu keperluan yang paling utama. Bagi aku kriteria ini perlu ada garis panduan yang jelas dalam memberi merit pasangan kita. Contoh.... kita pilih apa..? paras rupa, harta, hati atau agama..?

Biasanya, perempuan nak yang hensem dan banyak duit. Agama akan jatuh no 2 sementara hati langsung tidak ada dalam senarai. Dan yang lebih malang bilamana perempuan nak dari semua segi. Ibaratnya mereka nak cari Mr. Perfect.

Mampu ke kita dapat Mr. perfect...? Dalam dunia ni mana ada insan yang sempurna. Kenapa kita tidak mengguna pakai konsep terima seadanya..? mengapa kita harus terkejar2 dengan impian kita...?

Bagi aku.... hatilah perkara penting dalam satu ikatan. Tanpa persefahaman... maka sesuatu hubungan itu adalah sukar untuk dilayari bersama. Sebab itu... kriteria aku hanya..... mencari hati emas.

/me perempuan yang lawo je.... umur 19 dah kawin dah......

Penjara Sungai Buloh

entahkan betul entahkan tidak.... seperti biasa aku hanya berkata dari naluri hati... hati ini seperti ada sesungut yang mengidu keadaan sekeliling. Sekarang ni ramai orang melayu sudah berfikir dua kali menyokong pembangkang.

Cuba fikir... kenapa Nizar nak melancarkan mogok lapar dengan DAP..? Daripada nko mogok lapar... kan lebih baik nko berpuasa mengikut syariat Islam. Bukan ke Nizar ni orang Islam.? Puasa kan mampu memusahabahkan diri..? alahai.... rupanya nak jadi komunis gak ek..

Nik Aziz menyatakan MB dipilih oleh rakyat...? huh... apo jenis thinking ni.... dia orang politik, patut tau aturan politik macam mana. Kalau takde majoriti, lepaskan jawatan takde kemelut di Perak. Nizar kan orang Pas... kenapa biarkan Nizar mencium bontot DAP..?

Tuan Guru.... salah ke lompat parti..? kalau salah sepatutnya dulu masa Anwar suruh YB BN lompat parti... kenapa tuan guru diam..? kenapa tuan guru tak nak nasihatkan Anwar... ? sebab ia menyebelahi parti tuan guru ke..?

Pas memperjuangkan Islam... nak perjuangkan macam mana..? nak suruh rakyat berjuang macam Taliban..? bukankah peperangan hanya jalan terakhir daripada kita tertindas..?

Sekarang ni, aku tengok.... ada puak yang menyokong kalau boleh setiap taman perlu ada tokong atau kuil. Dulu masa Malaysia banyak kuil2.... amboi.... Pas hentam umno macam negara ini takde bangsa lain. Sekarang ni.... demi kepentingan politik..... Pas tak kisah pun kalau kuil dibuat sebatu satu. Macam ini ke dikatakan perjuangan menegakkan Islam.?

Kerana pakatanlah sekarang negara tidak selesa. Dulu orang kata Hindraf gengster.... tapi bila Anwar menyokong... Hindraf dipuja. Nah kau.... sekarang Samy Vellu terang2 menyokong LTTE, nak cakap apa..? nak suruh polis tangkap Samy Vellu..? Macam ini ke akal nak memimpin orang Islam..?

Tau melayu itu Islam..? Opppss... lupa.... Islam hanya untuk Pas... Melayu umno kafir... aku lupa la.... patut la pun.... Pas lebih sayangkan Dap daripada umno. Kalau PKR tu... lagi la.... semata2 nak jadi perdana menteri....... semuanya digadaikan....

/me patut pun dulu dia kena sumbat kat sungai buloh.

Saturday, May 23, 2009

remehnya....

Entahlah... samada hati aku terlalu keras untuk mengenali hati wanita atau aku ni jenis orang yang susah untuk menerima perkara yang remeh.

I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?

Aku tak mengesan pun jawapan Pak Menteri tu menghina wanita. Kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi pantai..... kalau takut kena perli.... aku rasa baik Dr. Lolo dok masak untuk suami kat rumah. Bukankah masakan tangan isteri mampu mengikat kasih suami.

Sekarang muslimat Pas hebat memperjuangkan wanita.... huh...... teruja aku dengar. Iye la.... Kalau tak silap aku.... bukankah Pas dulu meletakkan taraf wanita hanya dirumah. Katanya menjaga maruah. Dalam parti wanita hanya sebagai 'tea lady. " Aku tak pasti sejak bila wanita dalam Pas diberi peranan seperti menjadi calon pilihanraya.

Yang aku nampak dulu, selepas keberkesanan Puteri Umno.... Pas baru membuat keputusan membenarkan wanita bergerak aktif dalam parti. Lepas tu.... hahhahahha.... dicanang la seluruh malaysia.... Pas lebih terbuka dari umno. huh....

Semasa kes Elizberth Wong...... aku naik pelik, dia nampak macam sedih sangat. Dikerumuni wanita muslimat yang menjaga aurat..... Walhal aku rasa, ramai lagi wanita Islam yang terbongkar rahsia peribadi.... Dr Lolo tak tahu kes Tupah atau saje buat dono..?

Kalau kes Elizeberth tu diceroboh aku tumpang simpati.... tapi kalau ***** bertindik tu...... hurmmmm.... aku no komen arr...... rasa macam geli skit nak simpati.

Sebenarnya.... yang aku nampak... Dr. ni jeles kot sebab Pak Menteri tak jemput Dr. datang majlis lawatan tuh. Kalau bengang jangan la sampai nak create isu remeh. Rasa macam isu takde kualiti la... tak melambangkan minda sebagai ahli parlimen.

Saya telah melalui pengalaman selama setahun bekerja dengan Menteri WP yang lalu DS Zulhasnan yang jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap prpfesional terhadap saya dan juga Ahli-ahli Parlimen WP yang lain.

Yang aku herannya.... sejak bila plak dia memuji YB umno ni. Setahu aku selama ini semua buruk je kat YB umno dan....

Saya curiga apakah kesalahan besar yang dilakukan Menteri WP yang lalu sehingga beliau disingkirkan sedangkan beliau juga adalah seorang Ahli Parlimen.

Kuasa melantik menteri ditangan PM la Dr. Apa nak curiga2.... lebih baik curiga dengan Anwar tu..... kalau misi 16 Sept berjaya..... apakah jawatan Presiden Pas kalau Anifah Aman jadi TPM...?

/me hurmmm.... bawak la isu yang nasional skit.... baru la ada sepadan dengan sijil DR. tu.

Academia FC

Aku tak tahu kat sape aku nak luahkan kegembiraan aku. Happy bukan sebab team futsal aku juara... tapi aku seperti tak sangka member aku mendengar kata2 aku. Aku melantik diri sendiri menjadi pengurus pasukan walhal aku sekadar player simpanan... itupun ehsan dari kawan2.

Memang jadi rutin aku.... bila aku ada game.... suara aku akan memenuhi setiap ruang yang ada. Maknanya aku ni tak main bola la.... sekadar menjadi penonton kat tepi padang.... dan yang menyedihkan, main tak seberapa tapi cakap lebih......kiranya aku ni kategori orang macam bagus2..... . sebab tu aku selalu jadi penonton.... hahhahaha...

Orang yang tak reti main memberi arahan dan menukar pemain. Logik tak..? macam tak logik tapi itulah yang aku buat untuk team aku menang. Aku ubah rentak game mengikut kesesuaian permainan. Dulu masa aku bawa gemesut pun team aku underdog. Rata2 player 19 tahun tapi mampu memberi saingan pada Bertam Hulu. First time hantar team bertanding..... tu pun atas tiket Pemuda. Huh... boleh la aku kira kenangan manis aku tu....

Apapun..... ayoi, amin, daus, awer, Dr. Khairul.... kamal, lagi sape ek.... berahim and kepok.... nko memang ngem arr..... memang team kito campion... menang bukan sebab mulut aku... tapi sebab kesungguhan korang yang nak menang. dan terus menang....

/me razi... kalau nak rasa gelaran champion..... balik department lama nko.

gantung sana sini

Orang selalu cakap.... kerajaan menggunakan kuasa dengan sepenuhnya. Tangkap orang berdemontrasi atau pertubuhan haram pun kerajaan kena bambu. Senang cerita kerajaan ini kerajaan yang kejam.

Agak2 la... kalau Pakatan Malaysia memerintah, mereka tidak seperti BN ke..? Apa yang aku nampak... kalaulah Pakatan memerintah... pasti ia lebih hebat dari BN. Kes Dr. Khir..... logik dek akal ke... dah la gantung setahun.... elaun wakil rakyat pun tak dibagi. Alahai......

Aku rasa tak sepatutnya dia digantung sampai tahap itu. Tak logik dek akal la. Rakyat kawasan dia memilih dia..... alih2 bila dia dah jadi YB.... dia digantung setahun. Reputasi SELCAT terjejas teruk apabila Khir kritik.?

Mungkin teruk la kot sebab Dr. Khir memberi persoalan agar orang berfikir kan. Kalau baru kena kritik macam tuh tak boleh... tak payah la jadi kerajaan. Kalau Pakatan kritik kerajaan... amboiii... macam dia la bagus sangat. Kalau macam tuh.... YB pakatan yang mempertikaikan perlembagaan pun perlu digantung.

Memang betul pun kata Dr. Khir..... ada ke patut SELCAT buat PC seperti untuk menjatuhkan reputasi beliau. Yang anehnya.... dia kritik orang boleh..... bila dibalas balik tak boleh.... cehh.. macam siot.... inikah demokrasi yang diperjuangkan..?

Yea aku tahu.... Khir digantung sebab tak bagi kerjasama bila dia dipanggil jawatankuasa tu kan..... kalau camtuh... itukah kaedah yang baik dalam untuk menangani masalah tu..? itu je yang termampu...?

Patutlah.... dalam kes Perak pun.... Sivakumar gantung 10 orang. Kalau la macam ni Pakatan memerintah...... huh... esok dalam parlimen atau sidang dun.... semuanya YB kena angguk2... siapa bantah menghadap surat jawatankuasa. Bukan dipanggil untuk soalsiasat, tapi ambik surat gantung. Sebab.... mereka pendakwa dan mereka la hakim. Salahkan ke Zambry dan 6 exconya..? siapa yang lantik beliau jadi MB....?

Tak boleh pakai punya pakatan. Mengata orang lebih..... walhal mereka yang lebih. arrgg..... memang bosan bila cerita pakatan ni. Sebab tu bila aku tanya orang kuat PKR.... bagi aku satu point untuk aku menyokong Pakatan...... huh.. terkebil2 nko jawab. Alih2 satu pun tak mampu nak bagi. Rasuah..? kroni, Islam, atau apa lagi nko nak bagi..? Sekarang ni, cukup la bagi aku sorang pemimpin melayu dalam Pakatan yang mampu bersuara.

/me Zulkifle Nordin... ?? sama je.... cakap umno boom sana boom sini... Anwar yang menyempitkan Islam kenapa tak kritik...?

Thursday, May 21, 2009

Husin Lempoyang

Memang kreatif Husin Lempoyang menulis blog. Nampak macam sembang kosong tapi biasanya dia akan sampaikan mesej yang jelas. Kekadang nak copy apa yang ditulis..... tapi dah awal2 lagi dia tulis.... "ana akan antar kandang kuda".. so aku kena respect arr...

Kebanyakanya dan tak semua, penulis blog pro umno akan menulis lebih jujur dari blog pro pembangkang. Kekadang ada juga mereka menulis ikut perasaan, menulis seperti blog pro pembangkang yang menulis ikut sedap mulut.

Bila sebut adil.... petang tadi jadi tajuk utama aku sembang dengan bini... aduh.... sembang petang dengan bini pun cerita benda berat2. Mungkin kebetulan tajuk tu ada kena mengena dengan tajuk asal.

Umno tidak adil dan terlalu perkauman atau racist. yup... aku setuju. Siapa yang menafikan orang itu tidak terbuka. Sebenarnya itulah komen dari blog bini aku. Tu yang membuatkan dia malas nak cerita politik. Senang crite dia tak nak ia menjadi polimik dalam blog dia....

Siapa yang tidak racist..? Cina India tidak racist ke..? Hindraf dan DAP perjuangkan semua bangsa termasuk melayu ke.? Kalau siapa yang kata yea... aku kata bongok... nko nak marah.. mampos ko la...

Pernah ke mereka kata..... mari la melayu sama2 naik.? marilah sama2 meniaga..? ada ke.? Tak payah nak berhujah kat aku ada.... aku tahu apa yang nkorang nak cakap. Kalau ada sekalipun.... mereka semua mempergunakan melayu. Contoh aku ambik IRC cafe system MLM. Mereka mengrekrut melayu sebab orang melayu nak kaya dengan cara yang senang dan cepat. Kalau cina2 nak sama2 untung.... kenapa mereka tak agihkan syer keuntungan syarikat tu..? Hi-O...? produk sape yang laku dan siapa yang banyak bayar hutang tertunggak...???

Racist2 umno, kat Malaysia ni.... semua bangsa boleh mengamalkan agama masing2.

Pernah dengar ke Umno buat sekatan perayaan Thaipusam, Wesak atau apa2 perayaan agama lain..? Yang ada, sekatan jalan raya atau tutup jalan sempena Thaipusam. Silap2 nak bawak patung kuil pun polis melayu tolong ascort. Tak cukup ke..? nak apa lagi..?

Dikatakan adil bila agama lain sama taraf dengan Islam..? huh.... kata nak buat kerajaan Islam, tapi kalau agama lain sama taraf, maksudnya setiap taman perumahan perlu ada surau, kuil dan tokong...? macam tu ke baru Islam disanjung..? komen blog orang siap bagi hadis riwayat tapi otak letak lutut.... kalau orang seperti ini memimpin negara... jangan kata Islam berkembang, silap2 azan pun dah tak kedengaran lagi.

Pernah baca, Cina melarang rakyatnya tak boleh terwaih..? Kalau kat negara barat Islam diletakan dimana...? Islam di sekat dan dihina. Adil ke..? bukankah pembangkang berkiblatkan demokrasi barat. Kenapa tak mempertikaikan perkara ni..? kalau berani... saman la kerajaan barat tu. Sirett betul la....

Hari ini pembangkang sibuk mengatakan Malaysia majmuk. Aku rasa macam bodoh je bila bercakap. wahai pembangkang..... Baru tersedar ke perkara tu.?

Sebelum ni, bila umno kata majmuk.... wahhh..... berjoget orang Pas kata umno ni kafir. Siap bagi syurga kat pengundi mereka. Kata umno ni kafir sebab bersengkongkol dengan cina tapi pada yang sama..... Pas bagi tokong paling besar kat Asia... katanya... lambang keterbukaan Islam. Aduhaiii...... boleh plak macam ni.

Kalau tak silap aku... Dulu orang Pas kata, kenapa la umno ni teruk sangat bagi kat hindu batu caves. Then bila aku kata..... aku pun susah nak cakap... kita ni majmuk, kekadang kita perlu ada tolorensi. huh.... tak puashati plak mereka dengan jawapan aku.

arrggg.... mudahnya melayu diperbodohkan. Bila kita cakap yang tersirat..... dia kata dia lebih pandai. Ada master universiti. Otak aku moden.... huh.~~!

Ambik seminit..... fikir la...

Dap semakin berjaya dalam misinya. Orang Kafir tahu, jika mereka ingin menang berperang dengan orang Islam mereka tidak boleh berjaya dengan kekerasan atau peperangan. Mereka perlu menyerang orang Islam dengan secara lembut seperti merosakan akidah dan pemikiran.

Pantang larang orang Islam ialah.... jangan hina Agama aku. Kalau nko sentuh.... tiada tanah untuk ko melarikan diri. Pasti aku akan cincang lumat. Aku rela mati daripada agama aku dicemuh. Itulah prinsip orang Islam.

Atas alasan itu orang kafir bertahun2 merosakan akidah Islam secara diam2. Mereka jajah minda orang Islam melalui pendidikan, perfileman, politik, makanan atau apa sahaja produk dari orang kafir. Jika diperhatikan.... banyak produk makanan dikeluarkan oleh orang kafir dan kekadang yang menyedihkan.... pekerja pun orang kafir. Halalkah makanan kita..?

Sebab tu aku selalu terfikir.. kenapa orang melayu atau Islam tidak mengambil kesempatan diatas peluang pasaran untuk orang Islam.? Sekarang cina berlumba2 mengeluarkan produk atas nama Islam... tapi empunya dan resepi produk makanan tu..... semuanya milik cina. huh...

Kita tak boleh berkawan baik dengan orang kafir, apatah lagi mendoakan kebahagian mereka. Tapi kini, orang kafir berucap disambut dengan takbir. Amat menyedihkan sekali peristiwa ini. Jika diperhatikan ketika ini, tekanan untuk orang Islam di Malaysia semakin kuat. Orang yang dikatakan memperjuangkan agama hanya pandai meletakkan agama di landasan yang menyempitkan.
Apa lagi aku nak cakap.... sekarang semua dah bijak pandai. Ibarat kata RBF,
Bukan niat saya nak suruh pembaca semua sokong UMNO atau BN. Nak sokong PAS pun sokonglah. Saya tak halang. Tapi jangan beri muka kepada DAP. Aku lebih rela menyerahkan negara ini kepada PAS daripada diserah kepada DAP.
Ini sebenarnya apa yang aku katakan. Aku tak kisah pun melayu sokong Pas, asalkan jangan sokong DAP... tapi kini..... kalau PAS sendiri cium bontot DAP.... camne..?
Berapa banyak suara DAP disokong oleh PAS. Bukankah itu menekan melayu..? Jika disebut melayu... siapa melayu..? bukankah orang Islam..?
/me Soal PAS atau UMNO perkara ke dua. Yang penting Islam dan Melayu. Walaupun kau dan aku bermusuh kerana aku UMNO dan kau PAS,tapi kalau aku mati,wajib kau sebagai seorang islam walaupun PAS untuk menguruskan jenazahku

Chin Peng

Nak suruh Chin Peng balik. Kalau aku bantah, mungkin aku hanya orang yang tahu sejarah keperitan parajurit negara dan bukan orang yang merasai perjuangan memerangi dia. Aku faham kenapa bekas tentera dan komando membantah sekeras-kerasnya Chin Peng balik ke Malaysia.

Mungkin ada gak melayu yang menyokong kepulangan Chin Peng atas dasar kemanusian. Aku nak kategorikan orang itu pun aku tak tahu. Memang mudah untuk berkata2..... benda yang lepas jangan dikenang..... dia pun dah mati dah.. umur dah 85. Bagi la peluang kat Malaysia.

Cuma aku nak tanya kat melayu tuh.... nko faham ke perasaan mereka yang hilang kaki atau ahli keluarga dalam melawan komunis.... kalau nko kata faham... nko memang faham2 burung belatuk je... angguk2 kata faham tapi sebenarnya faham dari akal dan bukan faham dari perasaan.

Agak2 la kan.... nko putus cinta, then kalau tengok X aweks nko dengan lelaki lain, kompem ko berbulu je kan. Yup.... kalau nko kata tak kisah sebab nko memang tak sayang kat dia. Itu je... kalau kata redha akan ketentuan jodoh pertemuan, memang nko sayang.... tapi kalau takde sekelumit rasa cemburu..... hahhahhaa.... nko buat lawak bodoh kat aku.

Orang yang masih ada mak ayah kata faham perasaan anak yatim. Memang betul faham.. tapi setakat mana rasa perasaan faham tuh.... orang yang masih ada mak ayah takan rasa perasaan si yatim piatu. Percaya la.....

Sama seperti.... kalau kita bujang.... adakah kita akan rasa perasaan seorang ibubapa..? huh.... kompem kita akan kata faham perasaan sebagai ibu... Kita tak mungkin rasa perasaan seorang ibu atau bapa kalau kita sendiri belum rasa menjadi ibu atau ayah. Sebab tu..... sebelum kawin, ramai perempuan akan lebih sayang kepada ibu mereka...... Kenapa...?? baru tahu kan susahnya menjaga anak.

So... kalau boleh jangan la Chin Peng balik Malaysia. Kesian hati parajurit negara kita. Kita orang muda yang tak pernah rasa... jangan tunjuk pandai. Jangan la jadi melayu yang menderhaka pada bangsa sendiri.

/me cerita politik bicara tentang agama.... kalau macam ni jalan ceritanya.... agama sape yang diperjuangkan kalau semuanya menguntungkan bangsa lain....

LTTE Malaysia

Kenapa aku angin semacam..? Sebab aku bengang la. Sape tak bengang, Hindraf yang selalu buat kacau macam ada kuasa untuk buat suka hati dia. Then, yang membengangkan aku semakin lama negara aku macam menjadi kucar kacir. Sampai LTTE kalau boleh nak dipusatkan di Malaysia.

Dulu masa Musa Hasan ckp ada penyokong LTTE di Malaysia, ramai pihak mempertikaikan. Hari ni polis menggagalkan perhimpunan menyokong LTTE di kedutaan China. Tak percaya lagi ke kat polis..? Itu pun nak cakap umno yang buat konspirasi.?

Takan semua benda sulit nak didedahkan... Isu keselamatan negara isu keselamatan rakyat pun nak digadaikan ke..? aduhai... balaci pakatan ni memang kelempes ar....

Dulu, masa bas2 dan signborad kompeni aku kena conteng dengan Hindraf, punya la melalak melayu2. Tapi bila Anwar Ibrahim menyokong Hindraf..... semua diam. Setuju je Hindraf apa yang hindraf buat. Alahaii.....

Aku tak tahu dah nak cakap apa. Dulu, sibuk komplen umno, tak perjuangkan agama. Sekarang bila orang pakatan ada kuasa skit..... agama plak digadaikan. Aku tak nak pun perkembangan Islam kat Malaysia..? Cerita politik semuanya berkisar dengan dunia. Tak nak pun program2 atau perlaksanaan gagasan idea2 perkembangan kemajuan Islam.

Yang aku nampak, Hindraf makin naik tocang. Cina semakin berkuasa, India semakin terbela... melayu..? hahhahhhaa.... ragut orang melayu, yang mati pun orang melayu. Itulah perkembangan kemajuan melayu. Baguss2.......

/me kalau orang cakap itu hasil pentadbiran umno..... memang otak nko tak berputar. Kelantan pun umno berkuasa ke.? ragut tuh kat mana..?? apa kata makcik tuh dalam program 360 TV3.?? porahhh.....

Wednesday, May 20, 2009

macam sial

Kekadang rasa lawak gak... BN tak bertanding kat Penanti orang Pakatan macam hilang akal. Tak puashati merapu macam kena sawan. Jaja cerita kedai kopi BN takde tolor .... BN nak lingkup la dan seribu satu cerita direka. huh... memang hebat Umno BN ni. Ketiadaanmu dirasai..... Ingatkan orang umno je takut umno hilang kuasa, rupanya orang pakatan pun takut.

Takut bila umno dah takde melayu tak terbela ke.?

Bagi aku, apa salahnya BN tak bertanding..? Politik seperti bersilat. Masakan masa nak berlawan guna taktik yang sama. Pukul mesti la pukul ada variasi. Ke dalam situasi ini Pakatan dah kena pukulan BN.?

Rata2 org umno yang tak puashati ialah orang yang selalu kritik umno. KAdir Jasin kritik umno kaw2..... macam dia ahli politik yang hebat atau penganilisa politik. Dr Mahathir pun tak setuju, dia pun banyak kondem umno sampai umno tertuduk. Salah satu sebab umno camni.... bukankah kerana kritikan dia..?

Cakap senang, bukankah kebanyakan kritikan dia pada umno sebenarnya ialah tangan2 dia..? Umno buat dan siapa chief umno ketika tuh..? bukan ke Dr Mahathir chief umno selama 22 tahun..?

Orang Penanti tak dapat undi umno..? hahahhaha... umno takde... takyah undi la. Takpun undi bebas. Kalau PRU lepas boleh undi pakatan, pilihanraya ni buat la undi protes lagi. Bukankah kawasan tu kawasan PKR, so.. bagi la kerusi tu kat PKR buat pembangunan.

Takut tak terbela..? hurmm.... sape ckp...? bukan orang pakatan ni serba boleh.. kerajaan rakyat mesti la kena bantu rakyat. Kat penang dah takde DEB kan.... so, bagi la sorang sebijik bunglow kat rakyat. Selama ini DEB kan hanya untuk orang umno.... so, aku nak tengok apa yang DAP bagi kat melayu. porahhh.....

PPP atau MIC sama sahaja. Semuanya pandai cakap. Suruh bertanding tapi nkorang tak pernah berubah atau buat kerja. Kerja satu pasukan tapi dalam diam tikam umno dari belakang. Kata umno racist, tapi apa yang cina india buat ni bukan untuk kaum dia je ke..?

Kenapa semua bukan melayu dan penyangak Pakatan suruh BN bertanding..? Pertama sekali memang Anwar nak nama dan yang paling penting dia nak menutup kejayaan pentadbiran Najib. Dengan pilihanraya setiap masa, maka Najib banyak masalah untuk ditangani. Kalau banyak masalah, camne nak tumukan kepada kerja2 pentadbiran negara. Anwar mahu, Malaysia ditadbir dengan kacau bilau agar rakyat melihat kegagalan Najib.

Otak orang macam ni ke kita nak angkat dia jadi PM..? alahai.....

Setiap kali pilihanraya, cina india akan dapat durian runtuh. Sebab itu mereka menyuruh BN bertanding. Betul kan...?

Kenapa Pakatan nak melalak BN tak nak bertanding..? sama je la... sebab orang pakatan mengharap BN akan bagi kemajuan Dun yang ditandingi. Secara tidak langsung, bila mereka menang meraka dapat markah merit. Kunun2 YB mereka yang membuat kemajuan. Ye la... kalau masa pilihanraya dah tabur duit.... apa lagi orang kg nak..? siapa dapat nama.? YB Pakatan la.... goyang kaki sebab semua kerja BN dah buat.

Nik Aziz pun galak menyokong Anwar. Kang cakap lebih2 dia ulama agama. Bila kita cakap... hurmm.... dia kata kita melawan ulama, dosa..... tapi orang2 dia boleh plak kutuk mufti.... aduhai...... macam cerita Guru Yahya la plak.

Samada BN dalih atau tak... yang penting BN tak bertanding. Dah... tak puashati kenapa..? kan lagi senang nkorang menang..? apa yang nkorang sibuk nak suruh BN bertanding..? nkorang ingat orang BN jaguh sorak macam nkorang ke..? 24 jam nak suruh orang berpolitik... bongokkkk.....

Kerana nkorang melayu dalam pakatan, bangsa aku semakin terhimpit. Kerana nkorang la sekarang cina india nak tocang..? ada korang kesah ke..? memang la tak. sebab nkorang macam sial. Ada nkorang fikir..? hahahhaha... soalan bodoh plak aku tanya... kalau nkorang ada akal untuk berfikir... takde la nkorang nak menyokong pakatan.

hurmmm..... macam sial. Bangsa dan agama sendiri dijaja. Bangsa lain dipuja2.

waja baru

Kot kereta malaysia macam ni.... boleh la diterima dengan regenya. Aku tak pasti ini betul ke model waja baru. Nampak agak class skit dari waja sekarang. Ada ciri-ciri sporty dan ekskusif skit. Regenya dalam 55k. Berbaloi......
Camne...? berminat nak oder ke...?

kereta dah siap.....

sebijik macam lancer kan....

posisi dari belakang.... lampu macam tak kena... tapi sebenarnya warnya..
kurang garang.....

Pelancaran hujung tahun....

jalan tertindas

Kekadang aku bertanya dalam diri... sebenarnya Nizar nak jadi seorang apa..? MB..? hero malaya.? pahlawan melayu atau hanya sekadar balaci..?

Aku tak peduli berapa lama Nizar akan berkekalan menjadi MB, yang penting kalau aku jadi dia timbul persoalan, kompem PRU akan datang mati semula dia takan menjadi MB Perak. Untuk apa aku melawan sultan.?

Ooppss.... ahli politik, takan nak jadi MB je kan. Mesti la ada target yang lebih tinggi. Mesti la nak bertanding pada kerusi parlimen then jadi menteri. Huh.... jawatan lagi.... tak habis2 kejar jawatan.

Sebenarnya, aku amat kecewa dengan prestasi Pas. Aku kategorikan Pas lemah untuk memerintah. Kalau benar pemimpin Pas orang bijak pasti mereka tidak mengemis ehsan kebijaksanaan orang lain untuk berpolitik.

Kenapa Umno dikatakan tulang belakang bukan kerana ramai ahlinya, tapi Umno dikatakan ketua parti adalah kerana kapasiti orang melayu. Orang melayu adalah kaum majoriti dan bukan kaum pendatang. Sebab itu umno berani mengugut MCA atau MIC. Tapi dalam pakatan pembangkang.... dimana melayu..?

Melayu dalam PR jadi balaci bukan melayu untuk menekan umno. Ikut je apa yang mereka nak atas nama demokrasi bla.. bla...

Tak caya..? Sekarang bangsa sape yang terbela..? Petani melayu di kg..? melayu2 orang susah.? anak2 melayu yang tak dapat masuk belajar..?

takde pun kepenting melayu yang terbela. Yang naik..... hindraf... kuota melayu dibuka dan kalau boleh uitm pun nak dibuka untuk orang bukan bumi. Murtad salahkan umno, tapi bila nak tekan bukan Islam dalam Parlimen.... ikut puak. Majlis peguam yang menekan Islam disokongnya dari belakang, pastu tunjuk hero kat rakyat menegakan Islam. Macam sial....

Semua salahkan umno. Orang PKR yang salah pun umno yang salah.

" PKR kan dulu umno... sebab tu perangai semua macam umno "

Macam sial je aku dengar. Ko yang sokong PKR pastu salahkan umno... apahal... Teruk2 umno takde la sampai sibuk nak bagi sama rata kat bangsa lain. Nkorang pembangkang, kerana pangkat, semuanya nak digadaikan. Pegi la...

Betul ke ajaran Islam atau politik Islam seperti mana Pas buat. Maki, fitnah dan membawa Islam ke jalan tertindas.?

Sekarang kebanyakan negeri pembangkang dimana negeri majmuk seperti Selangor dan Perak aku rasa dikuasi oleh bukan melayu. Di Selangor nasib baik Khalid tu MB, kalau tak.... takde pun pemimpin melayu yang menonjol. Di Perak...? lu fikir la sendiri......

/me india cina nak tolong ISLAM ke..???? ???????????

Tuesday, May 19, 2009

kelempes ar..

Aku dah tepu dah dengan cerita politik. Takde cerita yang best ke selain politik.? Macam menang 1juta macam Tomok ke... baru la best kan. Kalau cerita politik... semuanya sama sahaja.... rasuah, kroni, cantas mencantas, temberang semua jalan cerita sama.

Macam dalam filem gak, kalau hollywood kompem amerika menang dalam apa jua keadaan. Kalau filem hindustan, mesti hero kalah dulu. So.... kenapa kita harus bersembang politik macam kita perlu makan nasi..?

Semuanya kerana Anwar IBrahim atau Parti Keadilan yang aku rasa pemimpinya semuanya cap ayam. PRu baru je selesai... dah pilihanraya kecil silih berganti. Polimik politik berterusan, masalah tak settle dah ada masalah baru. Ada je isu yang diketangahkan.... tapi sayangnya semuanya isu politik...... bukan isu rakyat. Kata... pakatan rakyat... tapi isu rakyat takpun diketengahkan.

Asyik2 Altantuya.... aku naik muak dengar. Ada gak terfikir, kenapa pokok bergoyang..... kompem kan memang ada kera kat celah dahan. Kalau Najib dengan Altantuya.... Anwar dengan liwat. Tapi selepas aku tgk gambar Najib yang kena edit..... hurmmm.... camne tuh.... kira fitnah tahap firaun tuh. Kot yea pun nak berpolitik..... usah la lebih2 kan.....

Aku baca Panehmiang dan aku ada gak terfikir benda tu. Cuma semuanya dalam hati. Kang kalau aku sembang2 benda yang salah, tak pasal2 masuk neraka. Apapun.... aku cuma mengandaikan ...... mungkin Abdul Razak Baginda menggunakan ehsan "kawan atas kawan".

Maksud aku camni.... hari tu aku call adik pada biras aku mintak tolong sesuatu. Biras aku tak tahu sebab aku ada no fone adik dia. So... adakah abgnya tahu atau "terlibat" dengan kes pertolongan aku..? tak kan....

Apa yang penting, mungkin betul penghujahan hakim melepaskan ARB sebab beliau hanya menyuruh " selesaikan masalah". Adakah pernyataan itu merupakan tafsiran arahan bunuh..? aku rasa tak kan.... kalau mereka tangkap bagi kat bapak ayam pun... aku rasa selesai gak masalah ARB. Kalau Altantuya jadi ayam... mesti dapat oder banyak..... silap2 aku pun teroder.... hahahhahhaa....

Apapun... Karpal tu kan loyar yang terer.... takan dia tak detect apa2 rancangan disebalik tabir..? Kalau dia boleh buat PC untuk kondem Anwar dan melayu... takan dia tak berani nak dedahkan benda yang benar..? Kalau dia takut kena saman dengan Najib.... so.. benda tu tak betul la..

Arggg.... lantak la nkorang. Semuanya menyusahkan rakyat. Pemimpin dipilih untuk jaga rakyat..... ini pemimpin dipilih untuk menyusahkan rakyat. Kelempess....


/me siapa kera yang goyangkan pokok..?

Sunday, May 17, 2009

kerja tikus

hurmmm.... baru 3 minggu tak balik kg. Ada jalan baru di celah2 pokok. Ada perubahan. Padang futsat pun dah siap. Dari jauh cantik tapi macam ada yang tak kena je. Rege kontrak dalam 150K tapi kalau estimate aku sebenarnya dalam lingkungan 80K sahaja.

Nak wat camne. Tender kerajaan memang la mahal. Pen singgit jadi 2hinggit. Salah satu kenapa mahal sebab kerajaan lambat bayar. Dulu kata 2 minggu siap projek terus bayar. Betul ke..? mungkin kot kalau ada org dalam yang mempercepatkan pembayaran.

Sebenarnya apa yang aku terkilan ialah, prestasi pegawai pelaksana dalam kerajaan. Pelebaran jalan dibuat tapi apa yang dibuat carca merba. Kerja macam tikus. Asal letak tar.... nampak turap warna hitam.... projek lulus. Itukah yang ada dalam spec tender...?

Bagi aku, kalau kerajaan tak cukup budget, buat la peringkat2. Biar siap lambat asal sempurna. Ini kalau siap menyakitkan mata apakah ertinya. Perkara camni nampak remeh tapi sebenarnya ia melambang kecekapan kerajaan. Pada pegawai pelaksana cubalah untuk berubah sikap.

Jangan bila kerja dengan kerajaan, kualiti kerja macam orang buat kicap. Aku rasa kilang buat kicap pun ada ISO. Kakitangan awam asyik fikir nak naik gaji, tapi kualiti kerja..... hurmmm....

/me kerja macam tikus tapi tuntut gaji macam ceo.

Faisalrobhan

Aku selalu bercakap masih berlapis lagi terutama bab agama dan kritik ulama agama. Sebab tu bila Nik Aziz kata hari ni setuju esok kata tak setuju, aku diam je la. Malas nak kritik orang kuat agama.

Tapi kekadang ada gak dok mengata sipi2.... tapi hanya dalam konteks politik dan bukan agama. Kerana agama perlu dalam politik tapi agama tidak perlu politik. Tapi aku tengok sekarang Pas mempergunakan agama bukan kerana perjuangan tapi lebih terarah kepada politik untuk kuasa.

Yang menyedihkan bila agama itu kekadang dipersendakan. Apapun, aku bukan nak cerita Nik Aziz atau Pas.... tapi untuk bagi link kat link untuk sape2 yang sesat dalam blog aku. Baca blog faisalrobhan.

Kekadang terluah juga pada mereka yang tidak faham kepada mereka apa yang aku katakan. Mereka sembur aku kerana Nik Aziz itu orang agama. Tapi bagi aku, dalam mengejar ilmu akhirat dunia tidak perlu dilupakan.

Kalau dilupakan kita akan ditindas. Bila ditindas.... bagaimana agama kita harus berkembang dan bukankah tuntutan agama untuk melayari dunia ini sepenuhnya. Ilmu dan segala ciptaan Allah harus dikaji. Sebab itu kita dipanggil khalifah Allah.

kaldai politik, kaldai dadah kaldai cinta

Tadi aku baru baca blog Dr. Khir. Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Kuasa. Dr. Khir orang politik dia dah masak asam garam orang politik dan terkini pengalaman yang menjadi pembangkang.

Inilah sebenarnya orang ramai tidak sedar atau tidak dapat berfikir dengan baik. Mereka berfikir bukan dari konsep politik tapi hanya bercerita berlandaskan kepada kehendak hati. Mengapa orang ramai percaya bulat2 apa yang orang politik katakan.

Pertama, demokrasi terpilih.
Orang pakatan hebat menonjolkan amalan demokrasi kerana mereka beranggapan merekalah pejuang demokrasi. Aku hanya mengambil contoh dalam beberapa perkara. Mereka kata, Lompat Katak 3 Adun di Perak seperti menafikan hak rakyat, dan amalan yang tidak baik.

Aku setuju apa yang mereka kata, tapi..... adakah pakatan tidak membuat perkara seumpama itu..? huh.... macam cilanat betul arr..... dok mengata tapi sendiri bikin kerja kotor. Mereka kata umno banyak korupsi, tapi dalam kes 16 Sept dah la suruh orang melompat, siap tawarkan jawatan lagi. adoii.....

Menipu bulat2 dan ramai yang percaya kata2. Aku pun naik heran. Kenapa kita terlalu cepat menerima dan percaya akan cerita politik dengan begitu sahaja..? Sebab inikah kita sering terpedaya sampai satu tahap dipanggil kaldai. Kaldai politik, kaldai dadah atau kaldai cinta..?

Kuasa.
PR gile kuasa ada. Aku tak nak cerita kemelut perak tapi aku cuma ambik perkara remeh. Isu pecat. Dulu dok mengata BN tapi sekarang bila ada kuasa, mereka guna kuasa sehingga tabika pun dia nak guna kuasa veto. alahai.....

Inikah parti alternatif untuk aku jadikan payung untuk masa akan datang..? Inikah yang nkorang dapat setelah gadaikan kepentingan bangsa, agama aku....

Aku pernah baca komen blog orang. Tentang perlantikan Nizar sebagai MB. Setahu aku, orang umno hanya menyatakan Pas tidak sedar diri bahawa Nizar dilantik oleh Sultan dan bukan kehendak pakatan. Sebab pada mulanya orang pakatan mahukan MB dari kerusi PKR dan bukan Pas. Dalam bahasa mudah Nizar jadi MB ehsan Sultan. Itu sahaja. Mengapa terpalit kes umno banyak menang di Penang tapi bagi cina memerintah di Penang.

Bagi aku, UMNO banyak menang kerusi di Penang tapi Gerakan menjadi KM, itu lebih baik dari Pakatan Rakyat yang kerusinya banyak diwakili oleh DAP untuk mewakili orang melayu. Cina nak tolong melayu ke..? alahai... baiknya cina tuh....

Aku ambik contoh di Penang. DAP kompem cina. PKR ada cina, india melayu. Pas Melayu. So... berapa ramai Adun melayu.? Silap2 kalau ikut nisbah, 50:10 orang je melayu.... sebab tu nak pilih timbalan ketua menteri pun susah. Kalau perkara ini dalam kerajaan Malaysia.... adoii.... mampus arr negara aku.

Mungkin Umno bagi kerusi pada Gerakan untuk Ketua Menteri adalah disebabkan kontrak sosial satu ketika dulu. Tentang kesahihan itu, aku tak tahu sebab aku bukan penganalisa politik. Aku nak tanya orang pakatan, agak2 la..... boleh ke Ketua menteri Penang dari kalangan orang melayu...? kalau yea..... hahaahhahaha..... baguslah... tapi bagi aku harapan tinggal harapan la.

Kalau Dap nak letakan salah seorang wakil melayu untuk MB, adakah kita sedar bahawa mereka juga perkauman seperti umno. Dalam pendidikan, kita sibuk mengatakan sekolah satu aliran untuk melahirkan bangsa Malaysia, Cina dan India nak ke tinggalkan sekolah cina..? Fikirlah sendiri....

Apapun.... hakikatnya melayu semakin rugi. Cina tak kacau cina. Tapi melayu kacau melayu untuk kuasa. Lihatlah.... ada politik cina macam melayu...? selesa je Dap perintah oleh Penang. Sebab apa... sebab bangsa sendiri dapat... apa ada hal.

/me sibuk kutuk DEB perkauman... tapi pada yang sama kerja dengan kerajaan kerana kuota melayu. Mungkin kalau aku PM, aku ikut kata mereka. Bagi je kat cina dan india ramai2 kerja kerajaan. Aku bagi kemasukan U atau sekolah2 yang baik untuk cina dan india. Baru padan melayu yang dok mengata tanpa cermin diri. Tak pernah bersyukur.... huh.

kalau dah nakal rotan je la....

Guru..... beruntung jadi guru. Gaji dunia dapat, insyallah gaji akhirat pun dapat. Seorang engineer tak dipanggil jurutera di segenap tempat, tapi guru.... kat kedai kopi pun guru akan dipanggil cikgu. Inilah kelebihan kerja sebagai guru, statusnya dipandang tinggi oleh masyarakat.

Dalam hidup hanya 3 perkara yang dibawa mati. Salah satunya ilmu yang berfaedah. Kerana apa..? Orang yang berilmu dianggap perwaris Nabi dimana Allah mengangkat darjat seseorang itu kerana ilmunya.

Tapi kini, cabaran seorang guru terlalu besar. Tuntutan zaman dah berubah. Dulu murid takut pada guru, tapi sekarang guru takut murid. Dulu mak ayah memberi penuh kepercayaan pada guru tapi sekarang ibubapa lebih percaya kata2 anak anak sendiri.

Fenomena ini banyak menyumbang kepada melahirkan insan yang tidak produktif. Gejala sosial makin bertambah. Ini kerana banyak tugas mendidik dipertanggungjawabkan kepada guru sedangkan tanggungjawab itu sebenarnya adalah tanggungjawab ibubapa.

Dalam konteks mendidik, guru hanya mendidik dari konteks akademik tidak mendidik secara menyeluruh. Akan tetapi, semampu yang boleh pelajar akan dibekalkan segenap ilmu dunia dan akhirat sejajar dengan nama sekolah sebagai tempat untuk melahirkan insan yang berguna di hari kemudian.

Kuasa untuk mendidik anak2 adalah ibubapa. Dalam agama sendiri menekankan agar ibubapa mendidik anak2 sejak dari kecil lagi. Mereka berhak merotan mengikut lunas agama dan kehidupan. Sebagai contoh, mendidik anak2 solat adalah tanggungjawab ibubapa kerana banyak masa anak2 bersama keluarga. Tapi kini, adalah benar anak2 banyak menghabiskan masa dengan ibubapa..?

Ipar aku seorang guru dan aku pernah sembang tentang kuasa guru kerana aku tahu kuasa guru adalah terhad. " Dulu aku selalu tangkap murid ponteng sekolah, tapi bila polis bagitau guru sebenarnya tidak ada kuasa menangkap pelajar ponteng, aku dah malas dah. "

Sedihkan.. guru yang produktif tapi dikekang dengan keadaan. Begitu juga hukuman merotan dimana ia terhad hanya kepada guru displin. Ibaratnya sekarang murid sekarang tidak boleh dijentik oleh guru. Akhirnya, guru hanya mengambil pendekatan, " lantak nko lah, nko gak yang rugi asalkan aku dapat gaji. "

Adakah guru dipersalahkan sepenuhnya dalam kes ini..? Bukankah sepatutnya guru perlu sedikit kuasa dalam mendidik..?

Walauapapun, aku tahu mentaliti guru camne. Kebanyakan minda mereka dikepompong akademik semata2. Tak caya, cuba perhatikan antara seorang guru dengan engineer.... mesti berbeza. Sama seperti budak diploma dengan degree... dari luaran kita tahu mereka pelajar kolej atau U. Kalau tak dapat bezakan, mungkin analisa anda kurang baik.

/me bini bukan guru tapi aku tetap bersyukur dengan seadanya. Sayang awak....

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru,

arggg..... agaknya kat mana ek cikgu zaimun. Kekadang rasa nak jumpa dia. Kalau la ada angin yang mampu sampaikan salam aku, ingin sekali aku nak jumpa dia. Kenapa aku teringin sangat nak jumpa dia sedangkan dia bukan guru terbaik aku.

Dia bukan cikgu terbaik tapi cikgu yang pandai mengambil hati dan pandai menyakat. Yang aku pelik, aku rasa aku sorang je yang kena sakat. Seperti dibuli tapi tak pernah kena marah.

Cikgu.....

Saya tak pernah lupa ketika cikgu umumkan markah peperiksaan Alam Dan Manusia aku. Kenapa sebut cikgu nama aku orang yang terakhir sedangkan aku dapat markah ke3 tertinggi..? Bukankah cikgu umumkan dari markah tertinggi hingga ke markah terendah.....

Kenapa masa tu cikgu senyum2 masa bagi paper aku....... " hurmmm... pandai menyakat ek...

Saya tak marah cikgu walau cikgu acah masa saya nak beskal.... Sekarang saya nak belanja cikgu makan2.... sebab cikgu baik. Suka senyum dan saya suka idea cikgu mengajar. Tak pernah ada cikgu yang memberi kebebasan menyanyi sewaktu koku.

Apapun cikgu.... dulu umur cikgu 21, dan sekarang mungkin cikgu dah pencen, harap cikgu masih sihat. Kalau la saya tahu alamat rumah cikgu... pasti saya akan datang. Kenapa...? entahlah... mungkin cikgu adalah cikgu yang terbaik untuk saya.

/me utk cikgu siva.... sory, lembaran kerja saya tak balancing 15 ringgit sebab diskaun tunai. Walauapapun, prinsip akaun saya tetap A1.

Wednesday, May 13, 2009

aku anak yatim

Kesian aku tengok mak dia meraung. Siapa yang tak sayang anak kan..... Kasih ibu tak berbelah bagi.... tapi kasih anak pada ibu bapa dengan sungutan yang tak berlapis.

Lihatlah wajah ibu kita. Redup dan tersenyum melayan kita walau kita dah dewasa. Walau dia dalam keperitan, ibu bapa tidak meluahkan kepada kita. Mereka pendam agar anaknya sentiasa dalam kebahagian.

Dulu anak2 ramai sebagai tempat bergantung di hari tua. Tapi dewasa ini, anak2 kalau tidak menyusahkan makayah aku rasa itu perhargaan yang amat besar. Lihat rempit tu..... inikah balasan kau pada ibu kau..? yang mendidik dan membesarkan kau. Dari kecil sampai tumbuh janggut tak habis2 menyusahkan orang tua..?

Sedar atau tidak.... kita rela pergi melancong daripada menjenguk mak dikampung. Apa ada kat kampung kan.... yang ada muka tua mak kat kg. Boring arr... dari kecik sampai besar nampak muka mak. Takde muka lain ke.... tak moden la asyik balik kg. Tol tak..?

Salah satu sebab kena aku sering hantar bini aku jumpa mak ayah dia..? adakah aku kekampungan.... yup... sbb aku pun muka orang kg. Tak pe la..... tak g tioman atau pangkor pun tak pe.... asal aku leh antar bini dan anak2 aku jumpa tok dia.

Ingat.... bila dia dah tiada.... usah kau menyesal kelak.

/me anak yatim piatu lebih tahu perasaan itu.

cari lubang

Alaf ni, alaf yang menuntut perubahan. Perubahan bukan sahaja dari politik tapi perubahan untuk merebut peluang. Samada peluang perkerjaan, peluang mencari duit dan peluang untuk mencari jodoh.

Mengintai peluang kerja di sektor awam, aku rasa hampir semua orang mencuba nasib. Pantang ada kekosongan di jabatan kerajaan, semua akan berpusu-pusu untuk mengisi kekosongan.

Kalau kekosongan perlukan SPA, aku rasa itu ikut rezeki. Bukan senang nak dapat keje gamen ni. Sebagai contoh, aku ada kawan yang boleh tolong untuk sampai tahap interview, tapi selepas itu dia kata dia tak boleh tolong. So… akhirnya akan ikut rezeki kita kan…

Peluang perniagaan. Satu cabang yang menarik untuk diperkatakan. Sebut perniagaan, sekarang bermacam-macam perniagaan ada. Sampai satu tahap, perniagaan yang dipanggil perigi duit pun ada.

Orang sekarang suka mencuburi bidang MLM. Aku no komen bila sebut skim Pak Man Telo ni. Yang pasti MLM menjana duit dengan cepat. Sekarang ramai orang muda mampu berkereta besar hasil dari skim mlm, so siapa kata mlm ni tak bagus.

Senang atas kesengsaraan orang lain aku pun no komen. Semua bergantung pada usaha. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak..? rite..?

Peluang mencari jodoh. Ini lagi best untuk lelaki. Aku syorkan lelaki yang belum berkahwin, elok cari cikgu atau perempuan yang kerja dengan kerajaan. Kalau dapat awek kerja pegawai kerajaan lagi bagus.

Semuanya demi masa depan. Alang-alang menumpang kat dunia ni, apa salahnya kita menumpang rezeki orang. Tak kisah la orang nak cakap apa, yang penting kebahagian kita kan…. So…. sape yang ada aweks tak kerja dengan kerajaan….. tunggu apa lagi… cepat-cepat la sms selamat tinggal… hahahhahhaa…..

Tuesday, May 12, 2009

ada bran ka.?

" member aku tanya.... sah kan Nizar kena gantung sampai keputusan makamah rayuan.? Apa yang mampu aku jawab..? itulah politik....

Sekarang tak tahu yang mana haram atau halal. Umpama biri2 yang dah kena kacuk... bulu biri2 dah berbelang2....

Ngeh kata sidang Dun tempohari hari tak sah sebab Zambry bukan MB sah. Kalau camtuh.... sah ke Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang..? bukankah dia tulis borang jawatan terkini sebagai Adun dan bukan MB..?

Aku tak terkejut Ngeh keluarkan kenyataan...... dia kan exco kanan, merangkap pegawai peribadi Nizar mesti la kena peka. Apa yang aku kecewa ingatkan alim ulama menjadi rujukan ..... rupa2nya cina makan babi yang jadi tuan penasihat.

Apapun syabas kepada team Nizar... Kerja rajin dan begitu efektif. Patutlah orang pakatan menyokong macam takde pedoman. Hari ni keluar keputusan, terus jalan kerja. Buat mesyuarat dan jumpa Sultan. Then... sebelum jumpa sultan.... sempat gak tu gantung jawatan orang. Silap2 terus mintak cik seketary fail2 lama dio. Kot2 Zambry dah kacau projek yang dirancang khas untuk orang cina.

Memang tip top la Nizar ni. Pantas buek kojo. Tak cukup kuaso dia cari kuaso. Kalau boleh esok gak dia nak bubarkan dun. Tapi Nizar camni la..... kalau boto la ekau pejuang rakyat.... apo kato ekau dan adun pakatan pembangkang letak jawatan beramai2.... camno...???

Ekau kan dah tau.... Sultan dah naik menyampah dengan kau..... jadi kalau ekau dan kawan ekau letak jawatan..... tak yah perkenan sultan kan..? so tunggu apa lagi..? copek la antar surat resign.... adoi.... lembab arr kamu ni Nizar...

Kalau team kau tak hilang kerusi.... yea aku setuju.... bubarkan dun Perak. Orang Perak dah tak suko kek BN. Amacam..? ada bran ka..?

Jangan lupo..... tiap2 bulan kita buat pilihanraya ek.... Barulah Malaysia meriah sepanjang tahun.

Monday, May 11, 2009

Biasiswa

MIC rayu biasiswa.

loorr..... Kenapa reject permohonan biasiswa mereka..? Kalau mereka layak untuk mendapat biasiswa, patutnya kita kena bagi kat mereka, bukan kita reject. Ini tak adil.

Nak buat apa bagi kat melayu. Lagipun, bukan semua orang melayu layak dapat biasiswa. Orang melayu dah kaya dah. Tak payah nak tolong. Woi umno, pasal melayu dapat biasiswa la melayu jadi lemah. Skit2 nak subsidi. Susah skit nak tongkat... perlu dibantu.

Ini salah. Cina dan india pun rakyat malaysia gak. Mereka pembayar cukai.... kenapa semua nak bagi melayu. Melayu dah muak asik kena tolong. Aku orang melayu nak gak rasa susah. Sekarang melayu nak perubahan. Nak semua sama rata. Adil. Islam kan adil. Inilah umno, tidak mempraktikan agama dalam pentadbiran.

Kerajaan pun satu. Sekat la nama atau peminjam yang tak bayar pptn. Mereka ini penghutang yang perlu dituntut. Dalam Islam walau satu sen perlu dibayar. Jangan sebab melayu kita buat tak pandang hutang mereka. Melayu sekarang dah boleh berfikir. Hutang perlu dibayar. KITA MELAYU SUDAH KAYA. KITA SEKARANG BANYAK WANGG.....

Kerajaan tak faham isyarat rakyat. Rakyat nak kan perubahan. Skit2 sebut ketuanan melayu. Loya tekak aku. Melayu sekarang tidak perlu dibantu la. Selama ini pun semuanya DEB untuk umno bukan melayu. Harap lepas ni, kerajaan pun buka kemasukan U. Cari yang terbaik dan bukan warna kulit. Asyik2 melayu masuk u walau bodoh pastu lagak dia pandai.

Cina dan India yang lebih pandai diketepikan. Mereka ini sepatutnya dibantu. Melayu berharap agar cina india jadi tuan kita. Apa la umno bodoh ni. Tak faham2. Aku melayu nak gak rasa keje ngan cina. Aku tengok Nizar tu senang je keje dia. Semua ikut cakap cina tu. Cina 2 ekor tu tolong buat keje. Nizar sain je.... kan senang keje melayu. Tak kisah la sain bagi kat tanah kat cina. Melayu banyak tanah apa. Apa ada hal......

nuffnang

Mana ada apa-apa dalam blog aku..? takder templete yang menarik pun. Bukan tak mampu nak edit html, tapi aku kureng berminat nak cantik-cantikan blog ni.

Kalau cantik sekalipun, bukan ada orang baca, takde siapa yang baca..?…. Opss, ada la, sape kata takde. Bini aku selalu baca. Agaknya la… kalau tidak, kalau dulu dia zero politik tapi sekarang dia ada bertanya tentang politik terbaru. So apa lagi.... aku racun rumpai dengan seribu persoalaan la. Mama kan pro pembangkang skit2 kan... wekk...

Apa tujuan kita buat blog..? biasanya orang menulis atas dasar suka-suka dan ada sebahagian yang menulis blog untuk menjana pendapatan. Tapi dalam keadaan gawat ini, aku rasa duit dari blog mungkin kurang kot.

Oleh kerana hiasan dalaman blog aku kurang, dan tidak mempunyai satu pun aksesori, maka bini aku pun suggest. Try la buat nuffnang. Ahaks sambil aku senyum je….. mengapa tidak, tahun 2005 aku pernah kuarkan belanja untuk kursus buat blog. Bukan kerana blog tapi ada something yang aku cari disana…

Untuk apa nuffnag kalau blog aku tidak ada pembaca..? apapun aku akan buat nuffnang sebab aku nak tahu samada sejauh mana marketing tradisional ni mampu memasarkan blog. Tapi sebelum aku buat, tulisan aku takde la carca merba macam ni. Siapa yang baca blog aku kompem telan panadol 1 tablet.

Pada pendapat aku, cara untuk mencari market blog kita bukan susah. Aku ambil satu dua cara sahaja. Mungkin tips kot… hahahha… camne ek, aku ni macam tupai membaiki labu ke.? Blog sendiri entah kemana tapi eksen nak bagi tips kat orang.

Pertama, seorang penulis blog dia pasti rajin baca blog orang..rite..? so, alang-alang dah baca blog orang, rajin-rajin la komen. Bila dah komen, pembaca akan atau owner blog itu akan tengok kita punya profile dan seterusnya blog kita.

Tapi, ia bergantung penulisan komen kita. Kalau yang suka maki atau beri komen yang pedas ke atas blog politik, nama kita akan menjadi sebutan. Now… sasaran kita dah kena kan… menjenamakan nama sendiri. Itu hanya contoh, kalau kita bagi komen yang bernas, orang pun akan mencari kita dan sure mereka akan tengok kita punya profile kan…. So… pandai-pandailah menulis.

Step yang kedua, kalau dah komen, kalau kita memang muka tak malu, nak blog kita glemer, apasalahnya, ending komen itu bubuhlah url blog kita. So… nasib baik kita baik, dia akan clik. Then kalau blog kita memang bagus…. Sekali tengok nak lagi kan..? Silap-silap blog kita akan masuk dalam rangkaian pautan blog mereka. rite…??

Apapun, profile blog aku, aku dah off kan. Aku sengaja nak bagi ia lebih tradisional. Aku kan manusia pelik… inilah satu kepelikan aku. Menguji itu adalah asas aku. Sebab tu, dulu awek aku, ( sekarang bini la, yang pertama dan terakhir ooww.. ) malas dia nak fikir tentang aku. Yang penting kami saling sayang menyanyangi… ahaks…. Poyonya aku ni..

Follower…? Opss.. ini lagi cepat. Kalau kita rajin follow blog orang, orang akan follow blog kita. Tapi, kalau kita follow blog yang ada nama, mereka akan kerek skit. Poyo mereka ni… susah arr dia akan follow blog kita. Kedua, jika follower blog pemimpin, komfem…. mereka takan follow blog kita.

Kedua penulis blog seperti Kadir Jasin,….. tak payah mengharap la… tengok gaya je rasa dia macam bagus. Tapi tidak seperti kawan dia, dunia tiger yang lebih flexsi dan saling hormat menghormati. Tapi kalau kita rajin komen blog dia, kita letak url kita, ada kemungkinan, pembaca blog mereka akan membaca blog kita. So…. pandai-pandai la ek… aku bukan consultan, aku hanya seorang penulis blog syok sendiri.

Aku rasa banyak lagi cara kalau kita nak blog kita dilayari orang. Yang penting beruasaha dan rajin. Contoh, kalau ada gambar hanya kita seorang ada, apalagi… bubuh la kat gambar tu addres kita. Itu satu tips lagi.

Aku blom crite keyword dalam pencarian….. nama artis ke…. Sesuatu pilihanraya ke…. Apapaje la… aku dah bosan…. Aku nak keluar bawak anak aku tengok sawah nan menguning….. hhahaha… pokok padi kecik lagi mana ada kuning daa…. Semua hijau-hijau lagi…. Huh..

fikir babak seterusnya.

Dalam kembara cerita politik ini, kekadang samada masuk akal atau tidak itulah hakikat politik. Hari ini kawan esok lawan itu politik biasa didengar. Yang aku tak biasa dengar ialah bila ada rakyat menyatakan.... "ok pe air free, daripada Bn langsung tiada apa. "

diam je la... aku nak cakap apa kan. Dah itu realitinya. Cuma apa yang menyedihkan aku... rupanya kita pilih 7 ringgit daripada kos pendidikan yang tinggi atau pun rumah yang lebih mahal seperti orang bukan melayu.

Tapi... bukankah bil letrik bawah 20 ringget rakyat dapat free..? Pakatan tak pernah sebut pun akan hal ni..? ops... tolong jgn sebut skrang mana ada bil letrik bawah 20.

Cuba muhasabah diri dengan fikiran terbuka. Apa yang kita cari dalam politik sebenarnya. Berbaloikah semua itu..?

/me mungkin sebab negara kita diperintah dengan baik, oleh itu dengan politik yang tidak stabil kita masih berkereta dan berkerja untuk mencari rezeki di negara sendiri. Kalau tidak.... mungkin skrg kita dah merempat seperti sesetengah negara luar.

aku tak kisah pun.

hahahahaha..... member2 aku bersorak tanda perli aku.... Nizar dah menang. Bila mereka bersorak aku layan senyom yo la.... wat pe aku nak layan sangat. Bukan ada kene mengena dengan aku pun. Perak bukan negeri aku tapi negeri member aku sorang tuh. Sebab tu muka dia muncong skit macam ayam togel. Aku tak tahu kenapa dia camtuh.... dia bukan suka pun cerita politik ni.

Dalam keributan politik Perak, kelihatan Najib masih tidak memegang makamah. Baguslah camtuh. Tapi aku juga tidak menolak kemungkinan ada game disebalik keputusan itu. Kita tunggu je la babak seterusnya.

Nizar menang atau kalah aku tidak ada apa, sebab yang rugi orang Perak sendiri. Dah orang Perak nak camtuh.... aku sbg orang luar masakan nak lebih kuah dari sudu. Ikutlah suka hati kamu la..... Mungkin orang Perak kat luar menyokong Pakatan tapi jangan lupa mungkin mak ayah abg adik hang kat kg yang kena tempiasnya.

Kekadang aku bercakap dengan hanya kapasiti orang melayu shj. Aku tak nak negara aku terjadi macam sidang Dun Perak tempohari. Bagi aku ia pengajaran amat berguna kepada kita. Jika diamat video yang tersekat2 itu, kelihatan hanya adun bukan melayu dan Nizar sahaja yang yo2 bonar... so.... fikirkan sendiri.

Walau umno dikatakan menyekat kuasa sultan, tapi umno masih menghormati raja2. Kes sekatan kuasa sultan bukan disebabkan oleh kerakusan politik, tapi dulu aku dapati kerabat istana banyak menggunakan kuasa veto.

Apapun... adakah sekarang kita diambang negara republik..? kemungkinan itu ada seperti apa yang aku kata. So.... selepas ini.... harapan kita maju seperti Singapura walaupun yang maju cina india.

Umno syok sendiri.

'Umno tidak boleh lagi bernostalgia'

Ianya masih retrotik. Pemimpin Umno tidak pernah untuk berubah. Lihat kepada umno Terengganu. Tidak fahamkah tuntutan politik masakini. Aku pun naik meluat dengan kisah adun2 Terengganu ini.

Mengenai usaha menangani media alternatif, Najib berkata, ia perlu ditingkatkan bagi mewujudkan hubungan lebih positif dengan penulis blog supaya mereka memahami apa sebenarnya dilakukan Umno dan BN supaya tidak berlaku salah tanggapan dan persepsi di kalangan rakyat.

Kerajaan cuba mendekatkan penulis blog tapi dari segi pemerhatian aku, ianya agak slow. Sepatutnya kerajaan bertindak dengan cepat kerana penulis blog mempunyai pengikut yang agak ramai dan yang paling penting orang muda sekarang membaca blog dan bukan akhar.

Tiada input yang diberikan kepada penulis blog dan semasa pilihanraya umno seperti tidak menjemput penulis blog dalam berkempen. Walau ia hanya merupakan isu setempat, tetapi pembangkang pandai memanipulate isu2 ini. Lalu ia kelihatan panas walhal kalau umno mampu memberikan input terbaik pada penulis blog.... ianya tidak menjadi kudis. Tapi nak wat camne kan.... umno ni selalu syok sendiri.

Aku heran dengan umno, kenapa tidak melakukan lagi perubahan yang dituntut terutamanya orang muda. Lihat sahaja apa aktiviti di kampung..? ada program2 yang diatur..? Ada masalah penduduk diatasi dengan segera..? ada program belia dibuat secara meluas..?

Sering kali aku kata... umno kena rajin turun padang. Tapi umno masih seperti dulu. Memerintah dari atas atau luar tanpa melihat masalah didalam.

IPP merupakan isu yang besar dimana warga pekerjanya sekarang tertekan kesan daripada wujudnya IPP. Tapi kerajaan bersikap membisu tanpa ada jalan penyelesaian. Macam mana rakyat tidak bengang kalau segalanya hanya kata2 tanpa ada perlaksanaan..?

Kedua ialah masalah tuntutan gaji. Andai ia tidak ditangani dengan segera, kompem.... akan datang ia akan menjadi isu yang sukar ditangani. Lihat sahaja syarikat GLC yang terkial2 untuk menangani masalah ini. Dan sekarang.....pekerja GLC memberi tekanan kepada kerajaan. Adakah CEO GLC ini dikalangan yang terbaik dalam memberikan perkhidamatan...?

Aku rasa banyak lagi yang aku nak tulis... kerana cabaran Peperangan.... aku KIV tulisan aku ni.

bosannn...

Dulu kalau tak silap aku, bukankah pembangkang sibuk memperalatkan jambatan kedua penang ni. Sekarang dia sudah menjadi kerajaan, menggesa plak projek yang diutarakan oleh BN.


Baru sedarkah kepentingan projek tersebut...? atau satu hari nanti, apabila pembangkang memerintah, keutamaan kerajaan oleh pembangkang ini menyegerakan projek jambatan bengkok sebagai lambang keutuhan PAP dan DAP..?

Kekadang memang aku berbulu dengan kerajaan. Mereka masih melayan lagi negeri pembangkang sedangkan negeri yang diperintah oleh BN masih lagi ketinggalan jauh. Alasan yang sering diberikan ialah negeri pembangkang masih ada orang melayu.

Kalau ia masih dijadikan alasan, maka tiada la bezanya antara negeri pembangkang dengan negeri yang diperintah oleh kerajaan. Berbillion di salurkan kepada negeri pembangkang tapi di negeri aku yang diperintah oleh BN, satu universiti lagi tidak ada. Adil ke..? atau BN nakkan negeri kami diperintah pembangkang baru nak buat U...?

Sebagai contoh di Kelantan.... aku tengok kerajaan masih menyalurkan lagi dana yang tinggi untuk membina jalan bertingkat. Sedangkan di negeri aku jalan lama yang berlubang2 tidak ditar semula. Adakah ia kerana ramai menteri dari Kelantan lalu dana disalurkan kepada mereka..? kalau ia dijadikan ukuran..... takpe la... mungkin undi protes menunggu pada pemilihan akan datang.

/me kata tak suka pembangunan... semuanya dunia.... so biarkan la.... anak kera di hutan di susukan anak sendiri kelaparan. Bosannnnn aku politik macam ni. Sayang pada orang yang tidak menyayangi.

dunia teknologi

Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya? Utusan.

DATO' SALLEH MAJID ialah Felo UtamaFakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Dimana kesinambungan pembangunan Cyberjaya..? Pesoalan ini sering dalam kepala aku. Sepatutnya sekarang ini kita giat ke arah itu tapi perkembangan industri nano seperti tersekat.

Seperti yang aku katakan dulu, industri ini penting untuk kita mencapai wawasan. Kerana dengan industri ini kemajuan atau taraf hidup kita akan meningkat dengan lebih cepat. Sepatutnya sekarang kerajaan giat membuat persiapan ke arah dasar tersebut.

Persiapan yang aku maksudkan lebih terarah kepada pembangunan insan seperti Pak Lah ilhamkan. Namun, ilham Pak Lah hanya ibarat mimpi malam yang hilang di subuh pagi.

Universiti Apex perlu diperluaskan dan tidak perlu menunggu hasil daripada dasar tersebut. Andai pemantauan dibuat dengan teliti, aku rasa ia akan berjaya. Kalau tidak berjaya, menteri bertanggungjawab boleh dipersalahkan kerana ia merupakan KPI utama dia.

Kebiasaanya, kegagalan projek ialah dari segi perlaksanaan. Sebagai contoh, geran2 yang diberikan oleh MOSTI tidak diselia dengan baik oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan. Kajian atau reaserch biasanya dibuat seperti melepaskan batuk di tangga kerana para pensyarah akan membuat bukan bersungguh2 kerana mereka hanya membuat kajian untuk mendapat geran atau duit semata2.

USM membuat saringan bagi pelajar yang ingin memasuki U mereka. Mungkin ia kaedah terbaik untuk menyaring bagi mendapatkan siswazah yang berkualiti. Begitu juga dengan UM yang menyekat kemasukan degree bagi menumpukan kepada bidang kajian untuk menaikan ranking universiti mereka.

Timbul persoalan..... kalau semua ini berlaku... dimana rakyat ingin melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan keupayaan diri..? adakah ia merupakan langkah yang terbaik..?

Ia telah dilaksanakan di dua buah universiti ini dan kemungkinan universiti lain juga mengikut jejak. Kerajaan tidak bercadang membuat Universiti baru tapi sekarang menyekat orang ramai untuk belajar. Ia sebenarnya mengecewakan aku kerana kerajaan tidak membuat tindakan susulan dari dasar tersebut.

Sepatutnya kalau kerajaan tidak mahu menubuhkan universiti baru, kerajaan sepatutnya meningkatkan taraf pendidikan yang lain sebagai pemangkin. Sepatutnya Poly2 yang lama bertapak seperti POU di Ipoh sudah mengorak langkah mengeluarkan graduan sarjana. Ini kerana di Jepun atau di negara maju... graduan2 poly ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai siswazah yang berkelayakan.

Kerajaan masih terkial2 dalam membangunkan pendidikan negara. Kalau Poly2 ini bergerak menghasilkan tenaga pakar seperti keluaran U, intitusi pendidikan seperti IKM atau ILP akan mengambil alih tugas Poli2teknik diseluruh negara iaitu menghasilkan kelas pertengahan atau separuh pakar.

Andai negara ditaburi dengan orang yang punya kepakaran iaitu modal insan, maka secara tidak langsung ia akan menampung pembangunan ekonomi nano tersebut. Andai kita tidak bersedia awal ke arah ini, dikhuatiri kekosangan kepakaran ini akan diisi oleh orang luar. So apakah ertinya pembangunan andai ia tidak bermaanfaat kepada rakyat..?

Salah satu untuk menjadi negara maju, elemen penting ialah teknologi tinggi dan pendidikan adalah asas kepada membangunkan teknologi tersebut. Aku berharap kerajaan bergerak dari sekarang kerana pada dunia sekarang bergerak lebih cepat kesan dari teknologi.

Dr. Asri

Dari tulisan Dr. Asri. Aku berminat sebab memang tak salah tanggapan aku... ulama tidak terhad ilmu agama sahaja sebab asal usul ulama ialah "ilmu". Ilmu diangangkat oleh Allah ke darjat paling tinggi sehingga Nabi bersabda, Ulama ialah pewaris Nabi. So memang tak salah assgment aku dulu.

Hari ni, Aku baca kat utusan tapi artikel tu takde plak. Aku copy kat blog Rakyat Malaysia.

"Apakah seseorang itu dianggap ulama hanya kerana dia berkelulusan pengajian Islam? Atau kerana dia memakai jubah dan serban? Atau kerana dia dipanggil 'ustaz'? Perkataan ulama berasal dari 'ilmu'."

Aku tak kisah la Dr. Asri ini menyokong Pas untuk puak mana... cuma aku ambik yang sama dengan kepala aku je.

Apakah jika seseorang yang hanya menguasai satu bidang sahaja sedangkan tidak kemahiran dalam siasah atau politik, layak digelar ulama yang boleh memerintah?

Kenyataan ini faktor aku menyatakan kenapa aku kata Pas tidak disokong oleh bukan melayu bukan kerana hudud tapi sebenarnya Pas tidak pandai berpolitik. Sebab tu, dulu aku sering katakan... kalau kita perjuangkan agama, tapi tidak pandai berpolitik..... matilah agama kita.

Kuasa itu perlu untuk kita mempertahankan agama dan mengembangkan agama. Dalam Islam kita disuruh berpolitik kerana agama perlu ada dalam politik. Tapi dulu, Pas terkial2 mencari rentak dalam politik negara.

Sekarang Pas kelihatan lebih kuat kerana ramai orang melayu tidak berani menyokong PKR. Mereka lebih suka menyokong Pas dari parti Anwar Ibrahim. Tapi puak yang menyokong Pas ini tidak sedar bahawa Pas mengikut telunjuk Anwar. Walau Hadi Awang nampak macam tidak selesa dengan perjuangan Anwar..... tapi hakikatnya Hadi mengikut.

Tu yang amat menyedihkan. Kerana apa. Perjuangan Anwar akan memusnahkan orang melayu. Tapi ramai melayu masih tidak sedar. Sebagai contoh.... statement orang melayu pakatan,

"aku tak sokong PKR tapi aku sokong Pas".

"sekarang orang bukan melayu sokong Pas".

Nampak kat sini orang tidak tahu apa sebenarnya politik dan kejahilan untuk berfikir. Kenyataan pertama untuk orang baru yang menyokong Pas dan kenyataan kedua ialah orang lama dalam Pas merasakan kebanggaan Pas sudah diterima oleh orang cina dan India. Sedangkan mereka menyokong Pas adalah kerana menyokong Anwar untuk memusnahkan perisai orang melayu.

Lihat gambar ini. Sampai sultan Perak pun mereka tak tahu.....

"Saya berpendapat perbahasan; sama ada ulama atau profesional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu".

Seperti tidak logik ia diperbahaskan tapi kenapa sebenarnya ia dibahaskan kerana luaran atau dalaman Pas sendiri yang merasakan bahang politik Anwar. Orang lama Pas sebenarnya tidak setuju dengan pendekatan Anwar.

Inilah sebenarnya Pas yang tidak tahu berpolitik. Kenapa hanya kerana seorang bernama Anwar Ibrahim mampu menggoncangkan Pas..?

Pemilihan Pas dilihat penting kerana orang ingin melihat sejauh mana Pas mampu menjadi pilihan alternatif untuk orang melayu. Apa yang terjadi sekarang umpama permulaan permainan politik yang sebenar.... dan apa yang menyedihkan..... baru nak mula.... bunyi pukulan politik wang juga kedengaran.

Apapun... tidak kisah sesiapa memerintah, asalkan dia berkemampun untuk mentadbir dengan baik.


Sunday, May 10, 2009

hapuskan rasuah.?

Tadi sembang2 dengan kawan kejap. Sembang kosong tentang apa sahaja. Tapi bila aku baca blog Pemuda Nibong Tebal... aku tertarik dengan satu cara diantara 10 cara untuk umno kembali menarik kepercayaan rakyat.

Isu rasuah.

Kerajaan diperintah bukan terdiri daripada orang umno sahaja. Kerajaan diperintah oleh menteri dari BN tapi penjawat awam itu tidak melibatkan politik. Pendirian politik masing-masing, tak kisah la samada mereka menyokong kerajaan atau tidak.

Tapi... biasanya kerajaan dicop rasuah. Adil ke..? Kalau yang makan rasuah semuanya umno takpe... berani buat berani tanggung. Kebanyakan kes, penjawat awam yang makan rasuah dan akhirnya kerajaan dipersalahkan. Siapa penjawat awam ini.??

Aku ambil contoh, ada seorang tech yang kerja dengan Majlis daerah. Lebih kurang dia selalu dapat saguhati dari kontraktor... salah tak dia ambil saguhati tersebut..?

Memang la salah... sebab saguhati itu sama juga dengan rasuah. Lalu kerajaan BN dipersalahkan... itulah malang nasib kerajaan BN..... orang itu kerja di selangor... dan cerita rasuah umno sana sini. Tapi dia lupa.... sikapnya itu yang membuatkan kerajaan dicop kerajaan rasuah. Walhal dia penyokong kerajaan pakatan tapi makan rasuah. Macam sial daa.....

Cakap buat

Aku masih tidak nampak lagi kebaikan yang nyata dalam Pakatan Pembangkang. Bagi aku sepatutnya Pakatan Pembangkang menunjukan kebaikan tapi ketika ini aku tengok pakatan lebih membuatkan politik negara menjadi tidak stabil.

Aku hanya mengambil 3 perkara pokok tapi agak remeh. Tapi dalam keremehan itu aku nampak pembangkang gagal memberikan yang terbaik untuk menyaingi reputasi BN.So.. aku rasa pakatan bukan pilihan alternatif yang baik untuk menggantikan BN memerintah. So... aku rasa tiada jaminan bagi Pakatan memerintah dengan baik.

Pertama ialah isu kebebasan yang diperkatakan. Aku ambil contoh kebebasan media. Kalau mereka sendiri memboikot utusan... adakah itu tandanya kebebasan..? Dalam tulisan akhbar mereka...... ada mereka menyatakan kebaikan BN..? aku rasa takde... yang ada biasanya hanya perkataan haram atau maki sebagai mukadimah. Andai ini dijadikan ukuran.... sama sahaja dengan BN... silap2 lagi teruk dari BN.

Cakap buat. Sekarang Selangor diperintah dengan kerajaaan pembangkang, tapi aku rasa tol di Selangor masih tidak berganjak dari dulu. Tiada lagi penutupan tol atau tol dikurangkan..? Dulu mereka pejuang rakyat dalam mengurangkan harga tol.... sekarang mereka berdiam diri untuk selamat. Sebab itu isu tol bukan lagi agenda mereka kerana mereka takut peluru makan tuan.

Kemelut Perak. Puncanya cuma satu. Gila kuasa. Kalau dah takde majoriti, kenapa masih untuk memerintah. Sudah tidak ada alasan lagi untuk mereka untuk mengekalkan kuasa. Kalau BN mungkin BN boleh mengemukakan usul kerajaan minoriti kerana umno ada 27 kerusi. Tapi kalau Pakatan... samada DAP atau PKR semuanya tidak ada majoriti parti.

Bukankah dulu 16 september mereka laung2kan.... mereka nak ambil alih putrajaya..? Ada BN kata nak bubarkan Parlimen ke..? Bukankah itu tandanya mereka mengguna pakai lompat parti..? dan acara lompat itu takde makan minum untuk YB melompat ke..? Ikhlas nak melompat..? alahai... dalam politik istilah ikhlas ni macam geli skit arr...

Setelah kalah berpolitik mereka bermain pula dengan persepsi rakyat. Mengajak rakyat untuk membuat onak. Menjadikan negara tidak stabil. Kalau kerajaan tak stabil... mampu ke kemajuan boleh dicapai dengan baik..?

Salah ke mengalah untuk memberi isyarat yang baik kepada rakyat..? Apapun, bukan mengalah tapi memang dah kalah... so.... buat la cara orang kalah.

Kenapa Nizar tidak meletak jawatan..? Sebab mereka akan tahu, orang pembangkang terutama PKR suka benda2 camni. Kemelut yang berpanjangan atau parti jalanan. Itu tradisi mereka kan...

Kesimpulanya, Pakatan bukan pilihan yang bijak untuk memerintah negara aku. Pakatan akan menjadikan bangsa aku, agama aku dan negara aku hancur. Pada penyokong Anwar.. aku tahu, hangpa semua tak leh berfikir dengan baik tapi aku tahu,... hangpa semua rasa hang la yang hebat dan dah ada kesedaran.

Saturday, May 9, 2009

Rumah terbengkalai

Macam juga yang jual rumah harga gila-gila. Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Isu rumah tak siap pun satu hal. Aku tak tahu apa dasar kerajaan dan apa kerja kementerian perumahan. Nampak macam tidak ada perubahan je. Masalah rakyat semakin lama semakin menimbun tapi kementerian... macam penuhkan syarat nak masuk kabinet.

Pelik tapi benar dan biasa terjadi. Rumah tak siap tapi pembeli terpaksa membayar pinjaman. Pelik tapi benar... Baru setahun beli, rumah dah terkopak atau baru setahun mendiami rumah macam nak runtuh.

Macam mana CF boleh lulus ni. Apa kriteria untuk dapatkan CF..? Macam ada tak kena je..... pasti ada elemen rasuah gak... patut SPRM tak perlu tunggu laporan baru nak menyiasat... ini masalah rakyat yang besar, bukan masalah kecik2 anak.

Kalau takde CF boleh ke jual rumah..? Mesti la boleh... sebab rumah tak buat lagi kita memang disuruh beli. Itu amalan di negara kita. Then.... bila rumah tak siap kita dah buat pinjaman, kita dah kena bayar pinjaman.....? memang kena bayar pinjaman sebab bank dah bagi duit kat pemaju.

Adil ke semua tu untuk pembeli rumah...? kalau pembinaan tergendala itu yang pembeli nak mati bayar pinjaman. Rumah sewa nak kena bayar lagi..... adehh.... bayangkan kalau rumah takde CF.... boleh kita duduk..? tak boleh.... adoii.... benda camni yang membuatkan kita semakin muak dengan kerajaan.

Sebab apa..... kerajaan tak kawal pemaju perumahan ni. Yang biasa dengar blacklist je.... ala... apa ni.... kalau takde undang2 melindungi pembeli, gubal la undang-undang dimana kalau rumah tak siap mengikut tempoh pemaju dikenakan tindakan untuk membayar balik pinjaman pembeli. Sebab itu adalah kesalahan pemaju bukan pembeli. Begitu juga kalau rumah tak dapat CF.... pemaju sepatutnya yang dipertanggungjawabkan dengan masalah tersebut.

Aku rasa, kerajaan juga patut mewajibkan pemaju ada jaminan atau bon dalam bank jika hendak membuat sesebuah projek perumahan. Bon ini akan menjamin dari segi kewangan syarikat dalam membina rumah. So takde isu rumah tak siap sebab pemaju takde duit. Kalau takde duit tak payah la meniaga.

Kalau difikirkan memang bengang. Kenapa kita yang sering tertindas. Pemaju terlepas begitu sahaja. Blacklist tukar nama buat syarikat baru. Untung dah dapat apa ada hal. Patut ada undang-undang yang lebih ketat.... sesekali cuba kenakan denda yang tinggi dan hukaman penjara yang lama... kompem pemaju kecut perut.

/me kecewa sering kali tertindas.

Gaji kita

Aku bukan tertarik tapi ia salah satu apa yang aku maksudkan tentang tangga gaji di Malaysia. Siapa aku..? sebab tu bila aku cakap semua macam tak faham dengar.... tapi kalau orang ada pangkat skit... dia cakap semua angguk2... adehhh....

Kenapa aku selalu menyatakan sedemikian... ini maksud aku... aku petik dari utusan tulisan DATO' SALLEH MAJID bekas Presiden BSKL dulu.

"Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus."

" Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga"
samada kita sedari atau tidak inilah yang terjadi sekarang. Harga barang semua naik tapi gaji kita stay camtuh gak...?

Walau apapun, gaji tidak boleh dinaikan secara melulu. Sebagai contoh jika gaji dinaikan secara tiba-tiba, pasti harga barangan akan naik mendadak. Harga barang adalah berkadaran dengan gaji atau erti kata mudah gaji adalah sebahagian kos pengeluaran.

Sepatutnya kenaikan gaji setiap tahun perlu berkadaran dengan kenaikan kos hidup. Mungkin peratus minima ialah 8% setahun dan tidak termasuk pelarasan CA. Tapi kebanyakan syarikat memberi kenaikan gaji tahunan yang rendah kepada pekerja. Inilah yang menyebabkan jurang harga barang dan gaji menjadi tidak selaras.

Aku ambik contoh kompeni aku. Ia amat mendukacitakan kerana kenaikan tahunan dicampur plus minus dimana kenaikan ini umpama pemberian bonus. Cotntoh, andai kenaikan tahuanan 5% akan ditambah 3% yang tidak termasuk dengan basic gaji kita.Tambahan kenaikan ini umpama bayang yang menipu pekerja.

Perkara ini berlarutan untuk beberapa ketika dan akhirnya disedari gaji kompeni aku jauh ketinggalan dengan kerajaan. Setelah pelarasan dibuat, semuanya jadi kacau bilau. Sebab apa.? berapa yang pro rata yang harus diberikan kepada orang lama kalau budak baru masuk keje kenaikan hampir 35%..?

Bos orang ekonomi tapi akal menipu orang. Ini yang aku berbulu. Gaji orang bawah rendah sedangkan gaji dia naik jauh melambung. Adakah program cut cost itu semata-mata untuk membayar gaji dia yang tinggi..?

Mengapa setiap kali keuntungan syarikat rendah atau rugi orang bawahan yang dipersalahkan..? bukankah menjana keuntungan atau membuka peluang perniagaan itu tanggungjawab pihak pengurusan..? Kalau untung rugi ditentukan oleh orang bawahan... so... buang duit je la membayar gaji bos beratus ribu sebulan.

/me Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Apa ni... macam mana rakyat harus meneruskan kelangsungan hidup..?