Thursday, April 30, 2009
kerja melepak
Aku setuju bebenor jika sistem pertukaran kerja dilakukan diantara swasta dan kerajaan. Ini membolehkan orang kerajaan lebih kreatif dan tidak terlalu beku dalam menjalankan sesuatu kerja. Cukuplah perbezaan diantara rtm dan tv3, yang mana lebih kreatif..?
Kebiasaan staff kerajaan bekerja hanya melepaskan batuk ditangga. Bagi mereka kenapa mereka harus kerja kuat..? kerja kuat gaji sama saje dengan orang yang duduk bersembang di pejabat.
Mungkin sudah sampai masanya, kakitangan awam menggantikan PTK dengan KPI. Pengalaman aku yang dengan KPI ini sebenarnya membuatkan kita lebih cemerlang walaupun kekadang terdapat ketirisan di dalam perlaksanaan. Sebagai contoh, kalau baik dengan bos, kpi mereka mesti tinggi.
Minggu lepas, aku balik kg, then masa minum abc bawah pokok cerita pasal kerja. Kebetulan meja yang aku duduk semuanya orang kerajaan dan cerita pasal gaji atau kekosongan jawatan. Sembang punya sembang sampai la satu cerita, staff klinik kerajaan kat kg tak cekap dan malas.
hahahahha... apa lagi, aku bantai la. Mengapa tidak, gaji mereka semuanya besar tapi kerja...? dah tu mereka mengeluh gaji tak cukup..... aduhai..... cuba la fikir, orang swasta kerja pagi sampai malam tapi gaji sama dengan orang kerja kerajaan. Kerja nak mampus tapi tak mengeluh pun..... ni hah orang gamen... asyik fikir gaji tak cukup je..... then salahkan kerajaan.
Sebenarnya, dulu aku nak gak usulkan benda ni pada pengurusan, tapi aku fikir... kang aku gak yang terkena..... hurmmmm, nak wat pe aku cari pasal. Kerja banyak bukan gaji naik pun. Lagipun, aku ni bukan bos pun..... kalau aku ceo, mungkin aku dah buat dah.
/me dah mentaliti orang kerjaan camtuh... nak wat camne kan. Budak baru masuk, lama-lama ikut perangai staff lama. Kerja dok buat gosip yo..... so dah jadi tradisi turun temurun la.
siapa tahu
Kenapa Vietnam mampu memalukan Amerika..? Isunya bukan vietnam berjaya dalam mengatur startegi peperangan dengan membina banyak terowong..... tetapi Vietnam berjaya mengajak rakyatnya berjuang bersama menentang penjajah.
Bila kita sebut Palestin, kita akan hanya terbayang kekejaman Israel tapi kita tidak lihat kelemahan Palestin itu sendiri. Andai Palestin mampu membina kerajaan perpaduan, iaitu Hamas dan Fatah saling berkerjasama dan membuang ego masing-masing, aku yakin lama kelamaan Palestin mampu mengusir Israel di Genting Gaza.
Mengapa berpuluh tahun, kerajaan perpaduan ini tidak menjadi..? Setelah sekian lama rundingan diadakan, akhirnya mereka berkemungkinan akan berjaya membina negara Palestin. Selama ini biasanya rundingan ditaja oleh Amerika atau barat, maka ikhlas ke orang kafir ini membantu membina sebuah negara Islam..? Ikhlas ke CIA atau agen2 yang memberi dana kepada Pakatan untuk menumbangkan kerajaan..?
Berbalik kepada kerajaan perpaduan, sebenarnya suasana politik negara kita tidak ubah seperti Palestin. UMNO kelihatan seperti Fatah,, manakala PAS kelihatan seperti Hamas. Setelah kegentingan kepentingan melayu, Umno mengajak Pas bergabung membina negara tetapi oleh kerana "sebab " politik, ia seperti agak tersangkut.
Mungkin kerana musim pemilihan Pas, kelihatan 'projek' tergendala sebentar, dan keputusan samada menyambung atau memberhentikan projek tersebut adalah bergantung kepada keputusan pemilihan PAS Jun ini.
Andai puak endorgan 'mengambil alih' Pas maka projek ini akan ditamatkan. Tapi jika team Hadi Awang mampu mengekalkan kepimpinan, ada harapan kerajaan perpaduan itu terbina.
Apapun, mungkin situasi projek ini boleh dijangka dengan keputusan Pas dalam isu Penanti. Andai Pas meletakan calon, berkemungkinan Pas akan meleraikan ikatan bersama Pakatan. Andai itu terjadi, maka berkemungkinan juga Pas akan lemah buat seketika kerana pengikut mereka akan terbahagi 2.
Andai melayari blog Nik Abduh, anak kepada Nik Aziz, satu perkara yang menarik perhatian aku ialah kenapa orang yang dikenal pasti beliau oleh dalam isu ( tangan yang merosakkan Pas ) tahu akan panggilan telefon ayahnya kepada beliau.
Dalam hal ini, aku dapat simpulkan mungkin puak Anwar menyuruh Datuk Nik Aziz agar menyuruh anaknya berdiam diri tapi mungkin disalah tafsir oleh Nik Abduh. Oleh itu beliau terus menulis sungutan hatinya di dalam blog.
Andai orang Anwar berjaya menaluki Pas, kalau Umno sudah menyimpang dari perjuangan maka Pas juga mengikut jejak umno. Jadi apa yang tinggal untuk orang Melayu..?
Sebenarnya politik ini amat menarik dan tidak berat sangat sangat untuk difikirkan. Kalau Pas baru berura-ura nak memerintah, ada seperti badai yang membadai parti. Bagaimana kelak kalau pakatan ditakdirkan memerintah....?
Sekarang ni orang Pas semakin galak bertanding kerusi-kerusi yang agak tertinggi atas nama demokrasi. Tetapi bila pemimpin umno bertanding, mereka akan kata, orang umno suka berebut jawatan. Inilah dunia politik. So susah sangatkah politik untuk difikirkan..?
Kalau Pas meletakkan syarat Menteri Kewangan dan Pelajaran diberikan kepada Pas, bagi aku bagi menteri Pelajaran kepada Pas, Menteri Kewangan diberi kepada umno iaitu PM. Kalau Pas nak gak mintak Menteri Kewangan...... aduhai.... Pas ni mata duitan kahh..??
Bagi aku ia adil. Menteri Pelajaran bagi kat Pas, umno ambil kementerian pengajian tinggi. Mana yang lebih besar pangkat..? sekolah rendah ke sekolah menengah...? Menteri Kewangan 1 umno pegang... Menteri kementerian ke2 bagi kat Pas..... so.... adil bukan...?
Apapun, sebenarnya isu kerajaan perpaduan ini timbul ialah pemimpin umno atau pas (ulama) tahu akan kegentingan kepentingan melayu. Andai tidak diselamatkan.... tahun2020 nanti... kejayaan itu bukan milik melayu.
Tuesday, April 28, 2009
Bebal
Cakap orang Politik.
Hari ni, Haji. Hadi Awang, cakap tak jadi buat kerajaan perpaduan, pastu keesokan harinya dia kata, bukan tak jadi, tapi tangguh muzakarah dengan umno.
Nik Aziz, bermati-matian kata tak nak muzakarah dengan umno tapi bila jumpa Hadi Awang, setuju plak.... adehhh....
Yang kecewanya.
Dah lah cakap orang politik kita tidak boleh percaya..... tapi... kenapa kita harus rasa bangga bila orang politik cina berhujjah ayat Al-Quran..? Dia bukan dah terbuka hati, tapi sebenarnya mempersendakan Ayat A-Quran itu sendiri demi kepentingan politik. Alahai..... melayu kena tipu lagi......
Bilamana kerajaan kata, mungkin kita akan lihat semula keputusan yang telah diambil, orang pertikai sebab ia permainan umno. Salah ke membetulkan kesilapan..? hina ke mengakui kesilapan..? alahai..... takde rasa rendah diri dalam diri..?
Mana yang lebih hina, kalau demi politik agama digadaikan..? demi jawatan tak kisah bertopengkan agama untuk meraih sokongan..??
Apapun.... penyokong politik bebal macam ini orangnya.
" aku sokong artikel nik abduh, mantap beb nk halang geng haram anwar ibrahim dalam PAS " komen blog pilihrayakini.
Nak halang pro Anwar..? tak suka dengan Anwar tapi rela plak bersekutu dengan dia..? kenapa tak suka..? bukan ke kalau undi Pas sama juga undi Anwar...? alahai.... bebal lagi...
Sokong Pakatan demi agama.
hurmmm... iye ke..? kalau demi jawatan agama boleh dipinggirkan... iye ke mampu mempertahankan agama..? lupa kata-kata Nizar..? tak leh fikir.... Pas demi jawatan sanggup tak nak kongsi kerusi dengan umno sebab mereka lebih sayangkan Anwar dan DAP yang memperjuangkan semua bangsa...? Ada mereka kata mereka perjuangkan agama..?
Murtad..?? hurmmmm... dok pi salahkan kerajaan, tapi Anwar yang jadi dalang menyokong majlis peguam dipuja. Tu belum lagi persatuan agama-agama lain yang menyokong Anwar. Apa cite... ada fikir ke..?? alahai.... dengar ceramah, telinga jalankan kerja mendengar.... tapi otak tak jalan nak berfikir.... inilah akibatnya otat duduk kat lutut.
Kemelut Perak
Bila sebut politik.... aku baca blog parpukari. Kemelut politik di Perak.Aku tak berani nak cakap la kerajaan yang mana halal atau haram.... tapi dari segi logik.... aku rasa kerajaan BN kerajaan halal.
Aku hanya memakai teori mudah dan mengambil punca dimana kemelut ini bermula. Tapi..... sebenarnya aku malas nak taip.... sebab aku dah tulis dah..... hurmmmm.....
Kalau nak di ikutkan... lompat parti tak salah sebab tu BN kalut bilamana Anwar kata..." we got the number". Dulu masa nak lompat parti...... aku rasa orang Pakatan sokong 100% malah mereka tak sabar detik 16 September. Dan untuk mereka menghalalkan acara itu ..... mereka mengatakan BN juga melakukan... so... tak salah mereka buat camtu. Jadi mereka semua merestui amalan lompat parti.
Adun Bota lompat ke PKR.... mereka sambut dengan Allahdullilah..... Datuk Nasarudin Hashim dah insaf.... tapi bila ADUN Bota tu kembali ke BN bersama ADUN Pakatan Rakyat, mereka kata tak sah. Sebab apa.... hah~!... Amin.... inilah sebenarnya puncanya.. SPR yang kata... perletakan jawatan tak sah maka tiada kekosongan kerusi. SO..... SPR la punca krisis di Perak.
Babak pertama bermula.
SPR kata tak sah sebab surat perletakan jawatan itu diragui. So bila timbul keraguan.. mereka putuskan perletakan jawatan ADUN tersebut tidak sah....so... tiada la kekosongan kerusi. Kalau tak kosong manakan datangnya pilihanraya kecil...?? Mahathir pun ada cakap... dulu BN ada buat camtuh sebagai perisai..... tapi dia kata surat tu tak sah dari segi perlembagaan, so BN dah tak buat lagi..... hehhehhee.... Anwar tiru style BN ke..??
Babak kedua.
Kerajaan dibuat berdasarkan kerjaan majoriti dan bukan minoriti. Sebab tu, walau umno menang 27 kerusi, Sultan Perak tak bagi umno memerintah. So selepas adegan lompat.... kerusi mana yang banyak..? Kalau dulu cakap mulut laku... kenapa time kerusi BN banyak cakap mulut tak laku...?
Inilah sebenarnya politik.... segalanya nak putar belit. Cakap umno putar alam..... tak sedar.... Pakatan pun kuat putar alam.
NIzar yang tak nak letak jawatan.... ini yang dinamakan gila jawatan. Aku rasa sampai sekarang pun dia masih mengaku dia MB..... walhal semasa mengisi borang calon pilihanraya PRU Bukit Gantang dia hanya sekadar menyatakan jawatan.... ADUN dan bukan MB. DIa pun mengaku " semuanya dah jadi sejarah. "......... so....???
Kalau makamah menyatakan Nizar masih MB Perak.... so maksudnya keputusan pilihanraya Bukit Gantang boleh dicabar di makamah sebab Nizar salah isi borang...????? huh....
Inilah yang dinamakan krisis perlembagaan...
/me Sivakumar masih speaker kan.... kenapa BN tak lucut spt mana MB.... so fikir la sendiri....
Monday, April 27, 2009
Tak kenal orang kenamaan
Pertama sebab.... Kadir Jasin menulis pasal DEB. Aku geram sebab..... masakan orang yang banyak pengalaman seperti dia tidak mampu berfikir dengan baik..?
Selama ini dia menulis blog hanya sekadar ikut hati iaitu tidak suka pada Pak Lah atau ada sesuatu yang dicari...?
Aku rasa dia antara pejuang "kemerdekaan" untuk bangsa asing. Dia antara penulis yang kuat mengutuk umno dalam meliberalisasikan Malaysia. Mengapa hari ini dia menulis mencari galang ganti DEB dan mempertikaikan keupayaan PAS mempertahankan melayu..?
Adakah dia seperti member aku...
"aku tak sokong PKR, aku sokong PAS, Sebab PKR tu dot dot dot....".........
Alahaii..... camne ek aku nak cakap.... apa yang dia cakap ni orang waras ke tidak. Mereka tidak ada parti seperti mana BN tapi mereka ada persetujuan "mulut" yang dinamakan PAKATAN RAKYAT dimana mereka ni boleh membentuk kerajaan. Bahasa paling mudah..... kalau sokong PAS sama juga seperti sokong PKR atau DAP. Kalau PKR nak mansuhkan DEB.... so... sama la mereka tu semua.... alahaiii.....
Kedua... aku baca blog Faisalrobhan. Aku ni tak kenal pemimpin tertinggi mana-mana parti.... opss..... silap... aku kenal pemimpin parti tapi pemimpin tertinggi tak kenal aku..... hah... ni baru betul.
Takan baru tersedar sedangkan aku kenakan member aku yang dikatakan ada minda terbuka dengan isu itu. Kata umno kroni makan rasuah, jual balak....hurmmmm.... aku rasa segala macam lagi la musibat umno...... tapi bila orang PAS minta mutaah RM3 juta....... mereka diam....
Bayangkan la..... nafkah sahaja RM 3 Juta.... so duit dalam poket brape...??????
Masakan kalau bagi anak singgit.... tapi dalam poket ada 2 ringgit.... adehhh.....
Apa-apa je la..... tapi ingat.... andai liberalisasi pada pendidikan terjadi... tunggu je la 15 tahun akan datang....... merempat di tempat sendiri la nko....
/me aku pun dah lupa dah kat posting aku pasal Pak Lebai sorang ni......
AP
Ia bukan isu tapi memang sudah lama memerlukan perubahan. Kalau ayah tak mampu, baguslah anak lelaki sendiri yang merubahnya. Aku masih teringat "isu" lama ini. Dulu kalau nampak Rafidah sure akan terbayang AP.
Adil ke kepada rakyat kalau Approved Permit atau AP dianugerahkan kepada saudagar kaya seperti ahli parlimen sedangkan rakyat miskin hanya diberikan memakai proton..? Kenapa yang kaya harus ditawarkan kemudahan untuk kesenangan sedangkan rakyat yang sekadar cukup makan dilambakan dengan kereta seperti proton..?
Murah ke harga proton..? harga sebuah kereta pesona sama dengan sebuah harga sebuah vios atau honda sebiji. Dengan nilai 50K, sepatutnya rakyat dapat memiliki kereta yang jauh lebih selamat dari kereta pesona..... tapi kerana dasar melindungi proton.... rakyat gak yang banyak mati di jalan.
Kancil baru 30K tidak termasuk bunga...? adehh.... kereta tidak berbaloi dari segi harga. Kalau di negara pengeluar kereta , aku rasa kereta tu mungkin hanya sekitar 20K sahaja.
Tapi apa yang menyedihkan andai perkara ini ditimbang sekadar dari sudut ini.
Mukhriz berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan pelbagai pihak supaya dasar pemberian AP lebih terbuka dengan hanya memperuntukan 30 peratus kepada bumiputera.
Isunya bukan bumiputera tapi rakyat mahukan kereta yang lebih kompetetif dari segi harga. Bukan bayar mahal.... tapi kualitinya seperti cap ayam. Dasar yang lebih terbuka untuk rakyat memilih dengan cara yang terbaik.
wajah
Aku bersyukur, dalam kesusahan aku, aku masih lagi mampu memberi anak-anak aku sepotong ayam yang tidak dimakan oleh orang lain. Sebab tu, aku tak pernah lupa anak aku taktala aku menyuap dalam mulut aku sendiri. Nampak aku seperti kuno, tapi itulah diri aku yang berjiwa kekampungan.
Aku tahu, ramai lagi penduduk Malaysia seperti itu. Sampah dijadikan sumber rezeki harian. Tidak kira melayu cina atau india... kita sepatutnya membantu apa walau hanya seringgit dua. Moga bantuan yang kita beri secara iklhas akan menjadi tongkat kepada mereka untuk membela keluarga mereka.
Aku masih ingat, kisah satu keluarga besar di program bersamamu satu ketika dulu. Walau mereka susah tapi mereka masih bersyukur dengan perberian ALLAH dan mereka menganggap semuanya ujian ALLAH.
Walau ayah mereka bercerai tapi ayah dia tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah. Mungkin anggapan pada pasangan itu, hanya penceraian mampu menahan daripada keluarga terus membesar..... tu aku no komen.
Apa yang harus diambil ikhtibar...... kita harus bersyukur dengan rezeki pemberiaNYA. Cuma apa yang aku kesalkan..... kenapa zakat itu boleh disalurkan untuk majlis perkhawinan dan bukan golongan fakir seperti mereka.???
Dan satu perkara yang kurang sedap didengar.... kita sering menyalahkan pemerintah seratus%, sedangkan semuanya bermula dengan inisiatif kita sendiri. Mungkin kita antara yang mampu keluar dari kepompong kemiskinan, tapi kita kena terima hakikat..... tidak semua adalah senasib baik seperti kita.
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Saturday, April 25, 2009
Orang Kaya Khalid
Anti kroni, mengekang ketirisan kepimpinan dan pelbagai anti lagi mu ungkapan untuk menipu orang. Inikah pimimpin tulen yang memperjuangkan hak rakyat.? Aku tak dengar pun puak pakatan yang menyentuh isu ini. Inilah perjuangan pemimpin PKR yang sebenarnya.
Perbezaan penyokong Keadilan dengan penyokong Pas dan umno. Penyokong Pas biasanya menjadi pak turut pemimpin atasan sementara penyokong Keadilan adalah orang yang agak brutal dan lebih malang lagi mereka kurang daya pemikiran.
Kebanyakan orang Keadilan tidak ada karisma untuk menjadi pemimpin sebab itu sekarang siapa yang lompat parti akan mendapat tempat dalam parti dengan lebih cepat. Lihat sahaja Fauzi Abdul Rahman mendapat tempat di Pahang. Kenapa susah sangat menggantikan tempat Firus atau menjadi MB Perak sebelum ini..? Segalanya terjadi kerana MP atau YB Keadilan adalah orang yang tidak berkualiti.
Penyokong umno pula biasanya akan terdiri hanya pada rakan-rakan AJK cawangan dan seterusnya ke peringkat tertinggi. Umno nampak kuat kerana umno banyak melibatkan belia dengan secara tidak langsung. Hakikatnya penyokong umno tidaklah terlalu ketara kerana mereka hanya pengikut-pengikut program anjuran umno tetapi bukan mengikut pemimpin secara taksub.
Sebab inilah kenapa sekarang umno lemah. Umno sudah tidak seperti dulu. Hari demi hari tidak banyak program yang dilakukan. Mereka hanya lebih kepada politik dan membiarkan belia terbiar.
Aku rasa semua orang dapat bayangkan jiwa anak yang terbiar. Bagaimana jiwa seseorang anak yang ibubapanya mementingkan duit berbanding nilai kekeluargaan. Kebanyakan mereka akan protes dan hatinya terlalu sepi, lalu mereka akan mengikut kemahuan hati tanpa memikirkan risiko.
Tiada siapa nak mendidik dan membimbing serta memberikan kasih sayang.... So... andai ia dipandang dengan skop lebih besar..... maka golongan belia yang protes dan terbiar melepak tanpa program.... maka fikiran mereka senang diracuni..... apa akan jadi..??
Mereka akan mengatakan.... mereka perlukan perubahan kerana akalnya dah terbuka.
Antara Agama
Sebenarnya topik ni sangat berat untuk dibincangkan. Pendapat orang boleh diterima asalkan bernas. Tapi aku tengok dalam isu ini, ramai yang memberikan pendapat dengan tidak rasional atau secara berilmu.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Memang aku agak janggal bila berkaitan dengan agama Islam ia dipengerusikan oleh orang cina, tapi aku berpendapat ia dibuat secara mengikut teknikal yang betul. Apa yang aku maksudnya ialah tajuk utamanya tidak berkaitan dengan Agama Islam tetapi isi kandungan berkaitan dengan Islam.
Tak fahamkan apa yang aku maksudkan. Ia melibatkan semua agama dan bukan terhad kepada agama Islam sahaja dan isu yang dibangkitkan melibatkan perpaduan diantara kaum sebab tu kementerian perpaduan yang mempengerusikan mesyuarat.
Kementerian Hal Ehwal Agama hanya terhad kepada berkatian dengan Islam seperti pembangunan agama atau masalah agama. Disini kelalaian pada pemimpin Islam terjadi. Keputusan jawatankuasa ini banyak memberi kelebihan kepada agama lain bukan Islam.
Sepatutnya keputusan mesyuarat perlu merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa kebangsaan terlebih dahulu bagi mendapat pandangan yang sewajarnya. Pandangan mufti-mufti perlu dipertimbangkan secara mendalam kerana lebih arif tentang agama.
Tun Ghafar Baba
Jasanya tidak terbilang dengan jari tangan atau jari kaki. Jasanya terlalu besar dan setaraf dengan Mahathir. Beliau sangat low profile dan yang paling penting dia buat kerja untuk rakyat tapi tidak suka publisiti. Dia sangat iklhas dalam membantu orang melayu.
Sebenarnya, beliau antara tulang belakang umno. Dia sering menjadi utusan umno dalam beberapa misi penting seperti penubuhan umno di Sabah dan mewakili umno dalam sesi jelajah berjumpa Raja Melayu satu ketika dulu. Tun Ghaffar juga sebenarnya banyak memainkan peranan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut dalaman umno.
Sudah menjadi asam garam politik... tendang menendang itu biasa. Tun Ghaffar ditentang oleh Anwar walau Mahathir menyuruh agar beliau tidak ditentang. Tapi kerana keterbukaan Tun Ghafar, beliau redha walau sebenarnya itulah peristiwa yang amat mengecewakan dalam sejarah hidupnya.
Sesiapa yang pernah membaca sejarah beliau, aku pasti orang itu pasti tersentuh atas keikhlasan beliau dalam berkerja dan membantu orang melayu. Tapi kini.... Tun sudah tiada lagi...... Al-Fatihah untuk beliau dan moga beliau di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.
/me matinya beliau tidak meninggalkan harta tapi meninggalkan jasa.
Friday, April 24, 2009
cut cost lagi
Yang menariknya..... isu minum pagi..... so sure arr.....next time bahaya kalau minum lebih 15 minit. Memang benar apa yang diperkatakan, majikan bayar mahal tapi menghabiskan masa di cafe. So isunya.... adakah bayaran gaji kita setimpal dengan apa yang kita buat.
Aku tertarik isu minum ni kerana bila dah salah, ada je nak menegakkan benang basah. Sebenarnya, aku dengar VC sebuah IPTA yang baru dilantik dikatakan hebat dari aspek displin, ibaratnya sampai tahap tak boleh minum pagi la...
Nampak macam hebat bekerja tapi sebenarnya aku rasa rugi je kerajaan bayar gaji dia sebagai VC sebuah IPTA. Kerana apa...... kerana displin yang dia ingin terapkan..... dia sanggup jadi jaga nak tangkap staff datang lewat..... alahai...... camtuh wat pe jadi Vice Cancellor, baik dia jadi jaga.
Takde kerja yang lebih berfaedah ke dari buat kerja tu..? Mana pengawal keselamatan..? tak percaya pada unit keselamatan...?? hurmmm.... no komen...... mampu ke kita membuat semua kerja..?
Seorang Dr, dari UPM pun pernah pertikai perkara ni...... " aku selalu takde kat ofis tapi paper aku lebih banyak dari orang yang duduk ofis. " hurmmmm.... mengapa ia terjadi..? renung-renungkan......
Berbalik pada cut-cost tadi.... andai diteliti, apa yang ingin dilaksanakan bagi aku kurang memberi impak, sebab beban kewangan syarikat bukan kerana kos operasi yang merapu tapi kos operasi rutin yang perlu dilakukan. Soo.... apa yang nak di potong....?? gaji staff bawahan di potong tapi gaji CEO naik 100%...???????
/me kaki kanan sakit.... tapi kaki kiri dibedah..... alahai.......
cakap tak serupa bikin
Dulu orang kata umno, sebab umno yang memerintah, tapi sekarang camne..? bersih sangatkah sistem CAT tuh..?
Aku cari artikel kos seorang exco ke medan mencecah RM9000 tapi sayang sekali, aku rasa utusan dah delete artikel tuh. Kalau pemergianya untuk percutian..... amat menarik, aku rasa percutian yang meliputi spa yang dipenuhi bidadari.
Kalau ia bertujuan untuk mencari pelaburan.... boleh la aku terima walaupun sebenarnya kos itu cukup tinggi seperti kes Khir Toyo pergi luar negara. Apapun... tunggu la hasilnya.... harap-harap jangan sibuk ke luar negara mencari pelaburan tapi hasilnya takdak.
Isunya.... cakap tak serupa bikin.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Ketua Menteri juga mengarahkan rakan baiknya iaitu Timbalan Pengurus Besar PDC membantutkan peluang kenaikan pangkat pegawai lain di perbadanan itu.
/me ikut logik la.... masakan cina nak tolong melayu.... itu bukan kroni sebab kroni untuk umno bukan untuk pakatan...... orang pakatan semuanya telus.
Thursday, April 23, 2009
1malaysia
Aku pernah kata, kalau umno mahu terus memerintah, mungkin umno terpaksa membuka DEB atau umno terpaksa memperjudikan untung nasib bagi pru akan datang. Keputusan Bukit Gantang memungkinkan Najib terpaksa membuka DEB perlahan-lahan. Seperti yang diketahui, hari ni kerajaan mengumumkan dasar liberalisasi sektor perkhidmatan. Istilah mudah hak sama rata untuk semua bangsa.
Kalau pengumuman kabinet baru, Najib seperti menghapuskan MDEC, minggu ini sektor perkhidmatan dan minggu depan Najib akan mengumumkan liberalsasi untuk sektor kewangan. Kalau sektor pendidikan juga di buka, bersedialah menghadapi seperti ini, Mummy Rokiah.
Itu baru acah dah mengeluh, walhal cabaran untuk membuka pintu DEB jauh lebih mencabar. Seperti mana aku katakan dulu, Orang akan salahkan umno atau kerajaan, tapi dari segi hakikat melayu lupa bahawa..... merekalah melayu yang lupa daratan yang menggadaikan segalanya.
Mereka kata mereka inginkan perubahan, mereka kata.. DEB menguntungkan kroni, mereka kata DEB ini membantutkan melayu..... aku rasa banyak lagi hujahnya. Aku terima hujah itu walau ada satu hujah yang amat menarik dimana melayu pernah menguasai seantario nusantara. Ikutlah.... aku ikut majoriti.
Mereka lupa.... Islam pernah melahirkan banyak ilmuan, banyak tamadun Islam tercipta... tapi sekarang dimana Islam..? Islam sekarang hanya mengharapkan orang seperti ini untuk membela Islam daripada terus ditindas. Kita lebih suka dibelai tamadun lampau daripada membina tamadun yang telah lama tenggelam.
Hakikatnya.... walau pahit aku terima juga suara majoriti. Aku harus bersedia menghadapi masa-masa akan datang...... kerna aku yakin, melayu akan maju setaraf melayu Singapore.
/me aku tahu sekarang bos2 melayu orang kerajaan panas bontot, mereka tak naik pangkat tapi cina india diberi keutamaan. Alhamdulliah..... termakbul doa orang melayu.......
TOL
Contoh tol yang aku rasa kenaikan tol yang tidak logik ialah tol LDP. Kenaikan tol sebanyak 60% adalah tidak wajar malah aku beranggapan tol di tengah bandar atau penghubung jalan utama perlu ditamatkan. Bayangkan berapa besar kos yang harus ditanggung oleh penduduk setempat dalam membelanjakan kos membayar tol.
Aku rasa kalau aku ditempat mereka.... aku pun bengang. Orang kaya boleh la.... duit banyak, tak kisah bayar tol. Kepada menteri2, bolehlah cakap.... masih murah. Memang la murah sebab kome semua tak bayar tol....... huh...
Aku ingat kata2 pengerusi PAC sekarang, dulu masa jadi menteri tak rasa beban bayar tol..... tapi sekarang lepas tak jadi menteri..... terasa gak bayar tol..... aiii... takan duit banyak terasa kot.....
Harapan aku, biarlah kerajaan mengambil alih tol-tol seperti itu. Tak kisah pun walau ia milik kerajaan tapi masih mengenakan tol. Biarlah bayaran tol tu berpada, sekadar untuk menampung kos penyelegaraan. Buang elemen kerajaan mencari keuntungan, kerajaan untung banyak tapi rakyat susah pun nak buat apa.....
Kalau nak harap pembangkang.... cakap boleh buat haprak. Silap-silap dulu masa PRU yang lalu, pengundi puchong disogok dengan isu tol..... kalau undi pembangkang akan buang tol.... berkemungkinan kan.... coz pembangkang serba boleh.... serba boleh cakap je....
Sekarang ni, takde pun kerajaan Selangor nak kurangkan harga tol.... negeri kaya tapi tak berani nak kurangkan harga tol..... kenapa..? kalau dulu Terengganu berani buang tol.... kenapa kerajaan Selangor diam membisu....?
hurmmmm..... inilah yang dikatakan...... kalau bab cakap.... semua orang boleh.... bila memerintah, baru tahu camne...... negeri kebajikan yea.... pirahhhh....~~!
Dalam hal ni aku teringat member aku cakap.... "duit kerajaan negeri dah habis kena belasah dengan khir toyo, sekarang kerajaan negeri takde duit.."
Then aku tanya balik..." berapa khir sebat...? 100 juta atau 1 billion...? kalau khir songlap.... bawak la kes ke sprm. Cakap semua orang boleh cakap, Sama la dulu orang kata Malaysia bankrap.... tapi kenapa masih tak bankrap pun? Aku tanya balik... " Ke Khalid Berahim tak pandai nak menjana untung sebab tu takde duit..??.." terdiam plak dia....
Kalau takat songlap 10 juta.... duit kerajaan negeri cuma ada 15 juta je ke..? alahai.... aku pun ada dengar gak cerita khir songlap ni... tapi bukti lebih kepada tambahan kos yang aku rasa tidak seberapa. hurmm.... kalau nak more then that la...... bukan cakap sedap mulut. Sebab tu, bagi aku pelaburan yang tinggi tapi masih menjana untung yang berlipat ganda.... takde hal la.... kalau takut melabur... tak payah meniaga....
Wednesday, April 22, 2009
Kisah Deris dgn kuncunya
Puak si Deris ni, kenapa la bodoh sangat sampai nak pulaukan sesi dewan semata-mata nak angkat Deris jadi MB. Bodoh sangat aku rasa tindakan mereka ni. Ingat rakyat masih berfikir seperti dulu kah..? kalau hanya sms ugutan bunuh mereka tak datang mesyuarat dewan.... alahai... memang bodohnya la puak-puak ni.
Ahmad Said pun satu hal.... kalau betul pemandu ambulans jadi ceo, apakah jadahnya orang macam aku ni nak mentadbir syarikat besar. Susah sangatkah untuk menjadi seorang MB yang tidak diterima oleh kebanyakan Adun tapi mempunyai sikap terbuka..?
Sebenarnya, inilah masalah besar dalam umno. Mereka masih tidak sedar akan kegentingan umno sekarang ni. Fikiran mereka masih diselimutkan dengan jawatan. Mereka rasa umno masih sekuat dulu. Sebab apa mereka merasakan keadaan seperti itu..?
Itu kelemahan pemimpin umno yang nyata. Mereka tidak turun padang, bersembang mendengar masalah orang, maka bila semua disekelilingnya semua orang umno.... mereka akan rasa umno masih gagah. Gagah seperti mereka berkereta besar menyelusuri kg2..... yang dibenci oleh rakyat itulah yang dibanggakan oleh pemimpin umno........hurmmm....
Hakikatnya.... umno Terengganu ini perlu menjadi teladan kepada umno negeri2 lain terutamanya di Perlis. Perlis tidak ada isu besar, tapi orang umno sendiri yang menjadi isu. Bercakaran semata-mata mengejar jawatan.
Cerita memperjuangkan rakyat, perjuangan orang melayu, tapi kalau senario seperti ini yang ditunjukkan...? fikirlah.... betulah persepsi orang menyatakan..... umno gila jawatan.
hurmmmmm..... bukan rasa kena tipu sebab aku sedar ini hakikat inilah cerita kain dalam umno dan ia susah nak terhapus. Memang bodoh betul la pemimpin umno ni...... memang bodoh..... ada masa lagikah untuk semua ini....???
korang semua tak fikir ke.... silap-silap PRU akan datang... nama Deris Jusoh pun tak lekat dalam kerusi pembangkang....
damainya desiran alam
Bila kita mewah akan sesuatu maka kita lupa akan menghargainya. Itu lumrah kehidupan. Kita leka dalam menguruskan kehidupan akan datang. Andai perkara ini berlarutan, tidak mustahil air lebih mahal dari seliter minyak.
Minggu lepas, minah indon kedai ikan pesan kat aku, ' jangan letak ikan kat air paip yang baru a'aa, air sekarang banyak klorin. " aku angguk tanda malas nak layan sebab aku tak bayar parking kereta. Then aku call member aku, suruh dia tukar air dalam aquarium.
Sampai ofis..... ikan aku dah tersadai dalam baldi... huh..~~! sape yang tak bengang kalau tengok ikan terteleng-teleng dengan orang takde. Then... bila member aku datang, dia naik heran... aikk... baru seminit aku naik ikan ni dah macam kapal nak karam.... hurmm...
Aku rasa sekarang kandungan klorin air pair dah mencecah tahap maksimum yang dibenarkan. Mungkin sebab tu tak sampai 5 minit ikan dah mati dan aku rasa sebab tu juga aku kurang minum air kosong kat rumah. Macam tak sedap je... hahhahaa.... memang la.... air kosong mana nak sedap..... tapi sebenarnya siapa kat rumah yang ada RX atau RO filter dia akan cakap.... sedap minum air kosong...
Kita sering mengabaikan tanggungjawab kita dalam menjaga pencemaran sungai. Hutan tadahan air digadaikan atas nama pembangunan. Sisa kumbahan di curah dalam sungai, sampah sarap jangan la cakap.... perangkap sampah pun dah lalu nak menampung sampah yang bertan-tan beratnya.
Aku tak faham kenapa kerajaan sanggup berbelanja berbilion bersihkan sungai tapi takde tindakan kepada pengusaha industri yang mencemarkan sungai. Dalam hal pencemaran sungai aku nampak hampir kesalahan terarah kepada kerajaan. Bukan nak menyalahkan tapi itulah hakikat.
Kelulusan pembangunan semuanya dari kerajaan, dan pihak yang menyaman juga kerajaan. Tapi biasanya isu pencemaran sungai, kerajaan akan melihat kepada sikap rakyat. hurmmm...
Memang sewajarnya kita membayar perkhidmatan yang mahal sejajar dengan kualiti air yang kita terima. Tapi mengapa harus kita membayar air yang mahal kalau sumber air itu percuma..?
Di Selangor tiada tadahan air yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat lembah klang. Ye la... mana nak cukup kalau dari dulu semua tadahan air kerajaan tarah buat pembangunan. Lihat sahaja apa dah jadi di Rawang.... alahai.......
Kita tidak mewariskan alam kepada anak kita tapi sebenarnya kita meminjam dari mereka.
Tuesday, April 21, 2009
Mana Arah perjuangan Pas
Sekarang Pak Lah dah turun jawatan manakala Anwar masih bercita-cita menjadi PM. Itulah Anwar Ibrahim yang tak pernah putus asa nak jadi PM. Aku pun pelik, apa yang dia nak buat bila dia jadi PM sehingga tak kisah semuanya tergadai..?
Aku bukan nak cerita Anwar dengan umno, tapi aku rasa cadangan Hj. Hadi untuk muzakarah dengan umno itu mungkin bukan sekadar khabar angin tapi memang nyata. Sekarang ni, puak Anwar dalam Pas meniup semboyan menentang dasar ini. Sebab tu kekadang blog pakatan juga merujuk isu ini walau tidak detail. Yang mereka persalahkan semuanya umno.
Mereka kata umno ni musuh Islam. Aduhai.... Lim Guen Eng tu bukan musuh Islam kan....... Guan Eng dengan Ngeh tu lebai Pas ek..? adoii..... camne aku nak cakap ni.....
Kenapa Hadi nak bermuzakarah dengan umno.? kenapa..? dia tahukan Islam dalam bahaya.. kalau Nizar anti Hudud jadi Naib Presiden alamatnya perjuangan Pas hanya tinggal kenangan la.... Kalau dah juak Anwar pegang Pas..... hahhahahhaha.... sendiri mau ingat la.... Anwar jadi raja..... Kit Siang jadi memanda menteri.... hhahahha... Islam..???? lu fikir la sendiri.....
/me tiada angin masakan pokok bergoyang, dan semua isu itu adalah nyata walau ia dalam kelambu.
Sembang blog
Kalau nak ikutkan tulisan pembangkang, catatan penulis macam mereka ni semuanya bagus belaka then kalau tak ada maki tak sah... bukankah itu rupa bentuk tulisan orang pembangakang.? tak...??? hahahaha... memang kome ni otak beku..... kata orang karat umno walhal otak sendiri dah tak jalan.
Yang bestnya Hadi baca harakah online tuh. Walhal isu kandunganya takde la terkini sangat. Kebanyakanya artikel tempelan je. Aku pun pelik, kalau blog-blog boleh membangun dengan cepat, tapi harakah tetap macam dulu gak. Macam takde improvement. Tau le.... dari speed memang dah ok tapi dari segi isi kandungan.... alahai..... kekadang sedih je nak baca......yela... pengarang harakah online sape plak kan...... bukan team haji kan... sebab tu muka nampak cam sedih je..... kesiannnn aku tengok........ macam tau-tau je kerusi presiden tu dah ada orang booking...
Lupa plak kisah aduka teruna ni..... takan baru perasan kot si PKR memang camtu.... alahai, kecianya.....then aduka pun orang lembab..... tak terfikir Pas baru ni bukan mirip PKR ke..? jelmaan PKR dalam Pas...... alahai... masalah parti sendiri dia cakap parti orang.. hahahhahha... inilah yang dinamakan..... kuman diseberang nampak tapi bangkai gajah didepan mata bukan tak nampak.... sanggup telan bangkai gajah... buduss.... macam best je kome ni....
Pas kepanasan
bak kata Nizar Jamalludin.... " cari traskrip yang menyatakan Pas ada menyatakan Pas ingin membuat hudud".
Apa, ingat PKR nak perjuangkan hudud ke..? Cari transkip PKR atau ayat dari Anwar Ibrahim Pkr nak buat hudud. Ada Selangor kata nak buat hudud..? Ada Pas Kedah cuba buat hudud..? Kalau Pas Kedah takde bunyi nak laksanakan hudud.... janganlah kata Perak dah merancang. OOoo..... lupa la..... Lebai Ngeh nak buat hudud kat Perak kannnn.... tapii..... bukan ke 2 lebai kulup tuh bertepuk tangan bangga bila si Nizar menjawab soklan Tajol Rosli..
Jangan cakap putar belit bercerita perlembagaan negara. Itu isu lapok... kalau baru kat Perak dah kena pangkah ni kan pulak nak implement kat Malaysia... Berani ke Anwar lawan king Sing dengan kuncu-kuncunya..?? bodohnya kamu ni....... otak letak kat lutut.
Ketuanan mengkayakan kroni..?
Hujah yang dicakapkan bila isu kemelesatan ekonomi pada 1998. Bahalol si penulis ni. Tak elert langsung dengan perkembangan. Siapa yang meniru konsep itu sekarang..? Amarika pun tiru cara Mahathir menangani isu ekonomi sekarang ni.... kalau ikut Anawar... silap-silap hutang IMF pun tak langsai lagi..... sape yang nak bankrapkan negara...??
Kalau takder DEB silap-silap Nizar tu sekarang ni kat tengah-tengah bendang, itupun kalau dia ada bendang.... kalau dulu mak ayah dia buat bendang orang agak2 kat mana sekarang ni dia merempat..? Nko ingat DAP tu nak bantu melayu belajar ke..?? adoii..... lupa daratan betui la...
weii.... klu kata Nizar tu mak ayah dia kaya, camne dengan orang lain yang kurang kemampuan..? Sape yang nak tolong orang melayu kalau baru perintah satu negeri pun lubang hidung dah kena cucuk...... bangang tol la..... kalau pemimpin dah la lupa daratan, sebab tu la menipu kat orang bawahan pun tak rasa bersalah.
Ada nkorang fikir kenapa Hadi Awang tak nak gadaikan melayu..? Dia sanggup Pas tewas daripada dia tak gadaikan agama macam Anwar Ibrahim. Ada nkorang fikir...?? tak terfikir sebab otak nkorang beku kot.......
/me aku pun baru lepas sembang ttg IPP, bila la Najib nak review ni..... kalau tarif jadi isu pokok, orang tu hanya berfikir akal sejengkal tapi sembang macam Profesor.
Penanti
hehehe..... Tula.... masa piliharaya hari tuh, main bubuh je yang jadi wakil parti kan sekarang dah susah. Takde Yb yang berkaliber... adoii.. apa la PKR ni..... kalau taraf2 aku jadi Yb camne la aku nak tolong rakyat. Jumpa rakyat je... temberang kat orang kg..... tu tak leh la... ini tak leh la... sebab apa...... sebab YB bodoh nak buat kerja.
Kenapa Guan Eng marah.? tak marah tapi bengang... dia yang terkena palitnya. Orang PKR banyak politik dari buat kerja. Nak buat kerja camne kan.... silap2 nak baca tulisan orang putih pun tak reti...... camne nak jadi TKM.....
Ambik contoh kat perak dah le..... kenapa Nizar jadi MB dan bukan dari PKR. Sebab wakil PKR bodoh-bodoh dan brutal.... raja jalanan boleh la. Nizar yang dikatakan intelektual pun bila dah jadi MB jadi orang bodoh..... semua ikut telunjuk orang....
Camner ni kalau pakatan memerintah negara. Alamatnya...... kalau dulu Malaysia ni dikatakan aman.... kompem akan datang riuh rendah keadaan negara. Semua pemimpin bangang dalam memimpin.
Fikirkan la orang melayu..... masih ada kesempatan lagi untuk berfikir. Andai terlajak.... padahnya bukan boleh diperbetulkan dalam sehari dua. Ini negara.... sekali tergadai.... selamanya akan tergadai......
/me umno berniat jahat kpd Fairus tapi bila fairus sendiri mengatakan PKR yang menikam dia..? kenapa orang PKR diam...?? porahhh...
Pesta Buku
Pagi semalam masa minum-minum tgk SPM TV1. Then aku berminat dengan apa yang diperkatakan oleh pengacara SPM tersebut. Budaya membaca kurang ada pada rakyat Malaysia.
Aku kurang setuju dengan pendapat tersebut lalu aku jadikan topic minum pagi. Kenapa aku tidak setuju...? aku rasa kemungkinan penganalisa membuat kajian dengan mengukur budaya membaca dengan hanya membaca buku, akhbar atau majalah sebagai kayu pengukur.
Membaca merangkumi semua bahan bacaan samada ia berkaitan dengan pelajaran atau ilmu pengetahuan. Tetapi penganalisis biasanya hanya memberi point kepada bahan pelajaran atau buku yang diterbitkan di atas kertas. Itu perkara yang diset dalam minda penganalisis. Tapi bagi aku zaman dah berubah. Separuh dari bahan bacaan sudah diterbitkan dalam kertas elektronik. So mereka kena lihat juga perubahan tersebut.
Kalau masyarakat dulu kurang budaya membaca aku setuju tetapi tidak kini. Kini, budaya membaca kelihatan seperti seiring dengan peningkatan penyertaan masayarakat dalam politik.
Dulu masyarakat kita membaca terbahagi kepada 2 golongan sahaja tapi kini skop pembacaan adalah besar. Sebab tu google, yahoo atau blogspot mampu menjana keuntungan dengan masa yang singkat.
Trend orang dulu dulu....
Pertama, orang yang sedang belajar dimana mereka membaca buku pelajaran dan golongan kedua ialah orang yang suka membaca buku cerita atau majalah. Aku tak pernah beli buku cerita tapi dulu hampir semua buku cerita aku baca terutama cerita seram. Tamar Jalis..?? huh.... tak pernah beli tapi dulu aku ada koleksi. Kalau buku Salah Asuhan aku baca apatah lagi Jibam, Badai Semalam atau cerita penyiasatan.
Itu cerita dulu. Sekarang..... lihat orang sekarang bagaimana. Kalau diteliti " yang membezakan seseorang dengan orang lain ialah apa yang dia baca".
Orang sekarang ramai yang bijak pandai dan alert dengan setiap perubahan atau semua kejadian. Kalau mereka tidak membaca, masakan blog2 makin penuh dan semakin ramai yang mengunjungi pesta buku.
Sekrang ni, cuba la sembang tentang apa saje.... semua orang boleh sembang. Tidak kaku untuk bercerita kerana semua ada pengetahuan masing-masing. Kalau dulu semua bahan adalah terhad tapi tidak kini. Malah, buku yang hanya berkisar pada barangan hantaran mampu jualan buku mampu mencecah puluhan ribu unit. So.... bukankah itu menggambarkan rakyat kita memang suka membaca.
Kenapa ia berubah..?
Orang tua-tua dah takde, yang ada generasi baru yang pandai membaca dan suka benda-benda yang baru. Faktor kedua ialah bilangan penduduk makin ramai. Dua faktor ini sudah cukup meningkatkan statistik rakyat Malaysia makin gemar membaca.
Sekarang ni, internet dan bahan bacaan terlalu banyak. Kalau tidak ada permintaan kenapa banyak majalah dan akhbar baru diterbitkan..??
Apapun, jangan diukur budaya membaca itu hanya terhad kepada ramai ulat buku tetapi budaya membaca haruslah diukur dengan ilmu pengetahuan orang sekarang. Dan yang penting setiap kali pesta buku..... aku akan bekerja lebih masa...... hahhahhahaha..
Friday, April 17, 2009
New Generation
tisu toilet.
Thursday, April 16, 2009
ulama lemas
Andai dianalisia, pembaharuan dalam Pas sebenarnya adalah mengikut watak dalam umno. Pas 'lama' tidak boleh berkembang jauh kerana landskap rakyat terdiri dari pelbagai kaum. Oleh itu, Pas 'baru" terpaksa mengikut rentak tari dari pakatan rakyat demi survival parti itu.
Angin moderate yang dibawa oleh Pas sekarang adalah adaptasi dari cara pemerintahan umno kerana kebanyakan orang PKR adalah orang umno dan Anwar sendiri ialah bekas orang kuat umno. Sebab itu tanpa rasa bersalah Nizar menyatakan, Pas sememangnya tidak berhasrat membuat negara Islam.
Dalam Pakatan Anwar hanya hebat dimata orang bukan melayu tetapi bukan semua ahli Pas. Dalam hal ini, Anwar bijak menggunakan kelemahan umno dimana umno hanya mengutamakan melayu dan secara tidak langsung menegakkan Agama Islam.
Aku tahu orang lama Pas seperti Hadi Awang agak keberatan untuk menggadaikan kepentingan melayu kerana politik peribadi tapi apakan daya, gelombang Anwar sendiri telah berkembang dalam Pas. Andai Hadi Awang kekal sebagai Presiden, tak ubah beliau hanya presiden atas nama dimana suaranya bak bangau di bendang.
Demokrasi dalam Pas dijadikan ukuran..? entahlah.... aku bukan pensyarah sains politik yang tahu perjalanan politik semua parti. Tapi dari apa yang aku tahu, Pas banyak mengikut rentak umno. Kalau tak silap aku, kalau pemilihan umno yang lepas ia tidak dicabar.... maka Pas juga tidak dicabar, begitulah sebaliknya. So aku yakin, pemilihan kerusi presiden kali ini akan dicabar oleh golongan endorgan.....
Pas semakin kuat...? Nampak gaya macam Pas lebih kuat daripada Keadilan. Ini disebabkan Keadilan dilihat seperti parti yang carca merba. Cuba lihat isu semasa...... ia banyak diwarnai oleh orang Keadilan termasuklah terkini DUN Penanti.
Apa yang amat mengjengkalkan aku pada Pas ini ialah....... ibaratnya, siapa yang menyokong parti Pas atau orang yang hanya bersongkok putih mereka ini seperti dia lebih Islam dari orang umno. Mereka boleh kata apa sahaja tentang Islam atas alasan untuk menegakkan Islam. Walhal..... aku menyokong agama dalam politik dan bukan agama untuk dipolitikan. Aku tak nak agama ini jadikan modal sembang kedai kopi.
Sebenarnya aku bengang betul dengan orang melayu ni. Senangnya mereka diperbodohkan. Hantar memorondum pada Agong kerana Najib banyak isu yang tidak selesai...... tapi Anwar masih berdepan kes di makamah tapi sibuk diangkat jadi Perdana Menteri. Dan satu lagi yang anehnya..... mereka boleh terima terima lagi Adun Lanjan jadi EXCO..???? hahhahahha..........
Woii... politik ini sama la..... tapi kenapa nko nak gadaikan bangsa aku...??? nko ingat orang bukan melayu sokong pakatan sebab melayu pakatan pandai sangat ke...?? mereka sokong sebab mereka ini bodoh dan boleh dipergunakan la...... adoii.... apa la.... tak pahammmmm betui aku....
/me teringat babak pendekar bujang lapok kat kubur..... "cobaan." .... ini bukan cobaan la bodoh.... "cobaan" walau berguling-guling di tanah... 'cobaan".... huh.... camne nak la menyedarkan melayu ni.... huh...
Monday, April 13, 2009
Sirit.....
Aku cuma nak edit yang mana berkenan je....
Sepak terajang berlaku dalam semua parti. Ini adalah hakikat sebenar dalam dunia politik. Ini terbukti posting yang diforward oleh perisik. Bagi aku itu hanya intro sebab perisik bukan ahli politik tapi hanya sebagai reformis je.
" DAP adalah jelmaan Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party) Singapura. Ia mengambil alih peranan PAP di Malaysia apabila Singapura keluar Malaysia pada tahun 1965;"
Terbukti DAP adalah bayangan PAP Singapore dimana acuanya adalah sama dengan PAP maka DAP akan menjadikan Malaysia seperti Singapore. Sanggupkah kita jadi seperti melayu Singapore..?
" Abdul Khalid Ibrahim adalah eksekutif korporat yang amat rapat dengan bekas Pengerusi PNB, Allahyarham Tun Ismail Ali. Dia menjadi kaya raya apabila dianugerahkan “golden handshake” berbentuk lima peratus saham Kumpulan Guthrie dan hak menguruskan firma perladangan raksasa itu; "
Kaya raya...? hahaahhaha.... paku dulang paku serpih. Cakap orang padahal diri sendiri pun dapat lebih. Kerana tak dapat jawatan dalam umno lalu sanggup tukar parti. Ini taktik orang politik. Termasuk la di kg2 yang menyatakan perjuangan, padahal perjuang balas dendam kerana tak dapat keuntungan. Pls.... jangan temberang la.....
Semasa pilihanraya dulu, calon keadilan songlap duit parti... ahli-ahlinya diam. Merungut di belakang seperti perisik gak. Siapa yang cakap..... orang keadilan gak... dulu aku ni tak kisah tapi selepas Anwar sanggup menggadaikan kepentingan melayu.... lawan tetap lawan.....
" Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas."
Kalau ini tulisan jujur dari Kadir Jasin, hahhaha.... aku no komen la..... dah tau camtuh, kenapa harus sokong lagi. Cerita politik Kelantan Kedah boleh la... semua melayu. Tgk Selangor camne.. bagi kelulusan buka pub lebih masa pun orang Umno yang kena... cilanat..... cerita politik bagai nak rak.. dia tau semua..... kalau ini pun tak leh pikir kululusan kuasa sape.... tok sah la cerita.
Bagi aku, semua yang ditulis Datuk Kadir ni hanya basic..... semua orang tahu. Kalau sesiapa baru tahu nampak sangat baru nak ambik tahu kisah politik.
Kenapa Sinbad menyatakan sedemikian. Dalami pengetahuanya.... aku rasa dia bukan calang - calang orang.
Apapun, Adakah Datuk Kadir percaya Anwar dengan konco-konconya tak pernah merasa politik umno. Bersih sangatkah Azmin, Kamarrudin..? tak yah gebang la.. kalau nak bukti.... sape yang bercerita tentang umno juga silalah bagi bukti. Berikan SPRM...... apa nak susah... cakap semua orang boleh cakap.
Logik ke s/u sulit tak makan..?? langkah mayat dia (Azmin Ali) sesiapa yang nak jumpa Anwar. Semuanya nak percent. Itu intro je..... ala...... jangan nak gebang la...... itu cerita Azmin dulu.
" Kamaruddin Jaafar adalah orang kanan Anwar dalam Abim dan Yayasan Anda. Dia ikut Anwar masuk Umno pada awal tahun 1980an dan melalui Umno membina landasan politik arus perdananya. Seorang yang baik, waras dan intelek; "
So takde la umno teruk sangat kalau Datuk Kadir kata Kamuriddin ni baik. Atau kalau label umno je, tak baik tapi kalau masuk permbangkang je mesti dia orang baik-baik..? gitu ke..? Pegi jalan la..... kata umno menipu tapi bila depa, semuanya betul.... bongok betul arr....
Epul..... kalau nko baca blog aku.... ambik nko.....Siritt.....
/me terhapus semua dosa bila masuk pembangkang.... kelempes tol la.....
Belum memerintah tapi ... 1 2 3
Yamtuan Besar
Mungkin orang biasa kata itu biasa sebab mereka dah biasa. Dia ni raja tak biasa bersila. Tapi tuanku boleh bersila... so aku respect skit kat dia. Sebelum jadi raja, aku ada dengar cerita tak enak didengar.... tapi satu cerita dari kawan mengubah persepsi aku pada baginda.Cerit amat mudah. Ada kawan nak jumpa big boss aku sebab nak jual unit trust, then aku cakap...
" berani nko nak jumpa Razali, dia kerek arr..."
"ala... siapa la Razali tu.... aku jumpa raja aku pun tak kisah " arggg....??? aku macam tak percaya je....ye ke budak ni.... ke buat gimik je..
Memang benar dia ada jumpa baginda. Siap dia buat lawak lagi. "Kenapa awak jumpa beta, beta tak kenal awak pun.". Member aku balas soalan tuh, " tuanku tak kenal saya, tapi saya kenal sangat dengan tuanku ".. hehehe... raja tu senyum je.....
Dipendekan cerita, raja ni jemput ke Istana sebab kerana nak beli skim tu untuk anak dia dan beberapa skim wakaf. Kerana skim wakaf tu yang membuatkan baginda tertarik.. so... takde la raja ni teruk sangat. Agak perihatin pada rakyat.
Aku harap rakayt nogori janganlah macam orang Perak. Harap-harap la.....
awang selamat
Kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April lalu, tidaklah mengejutkan.
Sentimen menolak BN sememangnya sudah terlalu kuat. Biarpun berlaku peralihan kepimpinan negara pada 3 April lalu dan kempen saat-saat akhir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia tidak dapat membawa kemenangan.
Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN antaranya calon, isu setempat dan sentimen kebencian yang dimainkan oleh kempen pembangkang termasuk fitnah dan serangan peribadi.
Di peringkat BN, kempen parti komponen seperti MCA dan Gerakan tidak agresif sebagaimana DAP. Misalnya, bilik gerakan ditutup pukul 11 malam sedangkan parti pesaing beroperasi sehingga awal pagi.
Bukanlah kita mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi itulah realitinya dan ia menuntut post mortem yang berani.
UMNO memang perlu berubah tetapi parti komponen yang lain juga perlu berubah. MIC sudah tentu memerlukan perubahan lebih besar terutama kepimpinannya.
Dengan prestasi hambar itu maka MCA, Gerakan dan MIC tidak berhak untuk membuat pelbagai tuntutan apatah lagi bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua.
Sebarang pendirian parti komponen untuk mengasak UMNO bagi memenuhi semua kehendak politik bukan Melayu kononnya atas nama pembaharuan, tidak akan membantu sama sekali kebangkitan BN. Jika ia terus dilakukan atas andaian UMNO makin lemah, itu adalah percaturan yang silap. Walaupun UMNO berdepan dengan banyak tekanan dan kekangan, parti itu belum hilang kekuatan.
Ternyata trend undi masyarakat Melayu kepada BN meningkat termasuk dalam pilihan raya kecil terbaharu sedangkan undi bukan Melayu menyusut. Para pengundi bukan Melayu seperti biasa akan membuat banyak tuntutan pada musim kempen tetapi undi mereka tetap kepada pembangkang.
Ini termasuk peti-peti undi yang paling banyak menerima peruntukan yang ditagih oleh pelbagai pihak mewakili pengundi antaranya RM1 juta untuk sekolah Cina, RM400,000 sekolah Tamil, tuntutan tanah rizab dan puluhan lagi.
Apa makna ini semua? Bukankah ia menampakkan BN terus dipermainkan oleh pengundi bukan Melayu. Pada Awang, keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dan beberapa yang lain sebelum ini adalah isyarat jelas kepada BN supaya jangan lagi terperangkap dengan muslihat sedemikian.
Usahlah mengharapkan sangat perubahan sokongan bukan Melayu. Inilah kesan pendekatan politik pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang berjaya menggugat kuasa politik Melayu. Anwar membuka laluan dan Pas membantu.
Sebab itu, pengundi Cina dan India sanggup memakai logo dan mengibarkan bendera Pas yang diterjemahkan menerusi peti undi. Ia bagi menjayakan agenda DAP dan PKR yang lebih dominan dalam pakatan pembangkang terutama dalam senario politik Perak.
Realitinya sampai hari ini masyarakat Cina tetap menolak agenda Pas untuk mewujudkan negara Islam. Pas bukan pilihan sebenar sebagaimana DAP dan PKR yang mempunyai gagasan termasuk Malaysian Malaysia yang lebih memikat. Begitulah kekuatan dan kebijaksanaan masyarakat Cina berpolitik, yang kemuncaknya nanti mahu dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Mereka bersatu dalam percaturan. Jadi siapa yang tertipu?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
suara hati
Aku tahu, nkorang suka sebab nkorang rasa nkorang menang dan aku akan dalam kesedihan. Nko rasa aku sedih sebab BN kalah, itu yang nko rasa dan fikir. Kalau nko fikir camtuh, so maka benarlah apa yang aku rasa bahawa nko masih tidak mampu berfikir dengan bijak. Otak dah mati sebelah atau dah kena virus malware.
Sebenarnya India dan cina yang bijak dalam politik hari ini. Melayu berlagak pandai sebenarnya adalah orang tertipu dan bodoh walaupun gambaran jelas terbuka di depan mata. Lihatlah camne mereka berpolitik dari melayu yang berpolitk.
Mesejnya mereka amat jelas dalam PRU kecil yang telah diadakan. Mereka cina dan india dapat habuan dari kerajaan mahupun pakatan tetapi mengapa mereka mengundi pakatan..? Adakah kerana cina dan India mahukan negara Islam..?
Tidak... itu bukan jawapannya. Jawapanya adalah kerana mereka menerima tawaran Anwar untuk menggadaikan kepentingan orang melayu. Berpuluh tahun DAP menyerang BN untuk membuka kepentingan melayu tetapi BN yang dikuasi umno mengatakan... "NO... NO".
Tapi kini ramai orang melayu menerima ideologi tersebut dengan rela hati. Entahlah... aku pun tak tahu kenapa. Mereka macam dah bagus sangat walhal kebanyakanya mereka ini semuanya mendapat ehsan, tapi masih tidak sedar diri.
Takpe.... hari ini nko sengih2 kat aku. Tapi kelak nko tau la aku yang sedih ke nko yang menangis. Menangis dimaki oleh anak-anak -nko sendiri. Plss.... jangan la nko kata aku masih duduk dalam tempurung. Aku masih waras dalam menilai keadaan.
Dulu, aku pernah buat baju untuk kelab aku. Sengaja aku dengar kata ahli. Aku buat mengikut corak suara majoriti dan terhasil la baju majoriti yang cantik itu. Alangkah malang, walau baju mahal tidak seorang yang memuji dan malu nak memakainya. Kerana apa..??
"kenapa teruk sangat baju ni.?? "
" aku sengih je.... itulah suara majoriti... itu nkorang nak dan aku dah corakan mengikut kemahuan nko". akhirnya mereka terdiam mengakui itu kehendak semua.
Entahlah.. aku terima je la kot suara majoriti. Kerana suara majoriti itu juga kelab aku hanya tinggal sebelah sayap. Dan apa yang bakal terjadi pada kelab aku ia akan terjadi pada negaraku.
Walau aku melayu, bila melayu dah tersungkur aku akan datang pada nko.... aku akan gelakan nko puas-puas..... hahhahhahaha..... ptuihh...... kerana nko anak-anak aku, agama aku tergadai.
Sunday, April 12, 2009
guna otak lutut
Sayangnya dia berfikir dengan sebelah otak atau satu aspek sahaja. Kalau dia menggunakan akal yang sempurna dengan sebaiknya dia atau penyokong jalanan akan memikirkan kesan apa yang dilakukan.AKu tidak nampak kebaikan politik jalanan kerana negara ini tidaklah teruk sangat diperintah sehingga kita harus menjadi bahan ujian pemedih mata.
Kalau penubuhan askar wataniah dijadikan isu, aduhai.... camne la mereka ini berfikir. Katanya orang intelektual tapi berfikiran masih di lutut aku yang hanya SRP je. Setahu aku, kat Singopore rakyatnya seperti askar simpanan, tak jadi masalah pun. Banyak lagi negara lain ada konsep ini dan aku rasa ia jaminan untuk masa depan.
Kenapa benda baik nak jadi isu..? adakah orang yang membuat isu ini seperti penjenayah yang gusar kerana polis akan membanteras jenayah. Alahai.... takde isu lain ke nak bagi panas.....
Otak kat lutut betui arr....
anil kapoor
Lawatan mengejut sebenarnya baik dalam pemerintahan. Menteri itu akan mendapat input yang betul dan jelas untuk memperbaiki keadaan. Aku masih ingat lagi cerita hindustan dimana Anil Kappor jadi PM untuk sehari. Dia pecat atau luluskan apa yang termampu, termasuklah mengutip cukai kerajaan, walau sehari perubahan amat ketara dan disanjung rakyat.
Walau ia sekadar cerita filem, andai Najib mampu melakukan sedemikian, sure rakyat akan dibelakang Najib. Sekarang survival politik jatuh no2, yang penting sekarang ialah rakyat bermain pada persepsi. Aku ada keyakinan, kalau rakyat menyokong Najib survival politik itu akan wujud dengan sendirinya.
kena kencing lagi....
Dah terang dah Anwar kaki kencing, tapi masih pro pakatan. Ingat Pas tak kencing rakyat..? masakan mereka orang Pas nak percaya. Mereka kata penyokong kerajaan karat tapi bila kata mereka karat, mereka naik angin plak.
Mereka akan kata, merekalah orang yang dah terbuka minda. Adakah terbuka dengan harapan palsu yang dibawa oleh Anwar. Kalau Rimau menyatakan tragedi 16 september, kenapa mereka masih percaya bulat-bulat apa yang dikatan oleh beliau.
Adakah orang Pas mampu menerima hakikat Pas sesungguhnya telah menipu orang Islam bahawa tiada agenda penubuhan negara Islam. Aku tahu, andai pakatan memerintah, Pas akan katakan, cukuplah negara Islam dengan unsur-unsur Islam.
Teruk sangatkah BN ini. Tidak ada unsur Islam..? Sekarang ni, member aku mengespotasikan , kerajaan meluluskan waktu operasi kelab malam. Aku nak cakap camne, kalau ia terjadi di Selangor tapi kerajaan BN yang terkena palitnya. Kalau benar cerita itu, adakah kerajaan pakatan baru sedar tentang ertinya majmuk..?
Kalau Anwar kaki kencing tapi masih diangkat untuk dijadikan Prime Minester... aduhaii... kalau mereka mengata Najib bukan-bukan, sama la dengan Anwar. Tapi kenapa masih menerima Anwar dengan perlbagai masalah peribadi.
Kalau dikatakan semuanya gosip, spekulasi atau apa-apa aje, so sama la dengan Anwar Ibrahim. Kenapa kita harus masih menyokong orang seperti ini..? dah la banyak masalah peribadi kepentingan melayu pun nak digadai.
musang berbulu ayam
Andai diteliti secara lanjut, PRU12 BN kalah disebabkan isu harga barang dimana menteri terbabit iaitu Shafie Apdal tidak dapat mengekang kenaikan barang ekoran daripada kenaikan harga minyak.
Seperti mana Pak Lah meletakan Muhyiddin di Kementerian Asas Tani, pada mulanya orang beranggapan Pak Lah seperti ingin meminggirkan beliau tetapi sebenarnya Pak Lah ingin menguatkan kementerian itu.
Pak Lah melihat industri pertanian penting kerana ramai orang melayu terbabit dengan industri ini secara langsung. Oleh yang demikian Pak Lah dengan meletakkan orang yang berkaliber sebagai pemangkin dasar yang ingin dibawa.
Andai di lihat senario ini, bolehlah kita ertikan bahawa Najib melihat Ismail Sabri sebagai seorang yang mampu diharap menangani masalah harga barang ketika ini. Harga barang ketika ini tidak begitu stabil dan banyak menyusahkan rakyat.
Aku ada keyakinan dengan Ismail Sabri dengan kerana semasa beliau berada di kementerian Belia dan Sukan beliau menjadi menteri yang berperanan aktif dalam mewujudkan pertubuhan belia dan sukan yang semakin menampakan hasil.
Muhyiddin diletakan di Kementerian Pelajaran..? mengapa....?
Andai diteliti... dia orang yang berkaliber dan kementerian pelajaran adalah kementerian yang amat penting untuk masa depan. Semasa era Hishamuddin... kementerian tidak lekang dengan banyak isu dan banyak masalah tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu, cerita itu ini aku rasakan hanya cerita politik. Usah kita membicakan teori sendiri kerana kabinet baru ditubuhkan. Kenapa kita harus menjatuhkan hukum kerana buku baru dibuka. Berilah mereka peluang untuk membuktikan kewibawaan masing-masing.
Cerita MP umno nak letak jawatan atau beralih arah...... hurmmmm.... orang seperti ini sebenarnya orang yang mementingkan diri sendiri. Saat beginilah waktu yang sesuai untuk menilai siapa sebenarnya musang berbulu ayam dalam umno.
Geram pada siapa aku ni....
Itu ayat aku satu ketika dulu bila mana orang Pakatan mengatakan 50 tahun BN memerintah tapi takde apa. Aku tanya apa perubahan yang nkorang nak..? Apa yang mereka timbulkan semunya hanya berkisar pada isu-isu persepsi, lalu aku biarkan mereka disitu....
Fikirkan.... aku hanya sembang topik kuasa. Berapa lama PAs ditubuhkan..? Sejauh mana Pas berkuasa dan Pas sekarang ditangga ke berapa.? Dimana prinsip Pas..?
Berapa lama PKR ditubuhkan. Siapakah ketua Pembangkang. Parti mana yang monopoli pakatan. Kenapa semuanya Pkr mampu capai..?
Kawan..... fikirkan sejenak. Memerintah ibarat membuat tapai. Hasilnya hanya boleh dimakan setelah beberapa hari. Andai kamu melihat dengan sekadar membaca momokan, sebenarnya otak anda gagal berfungsi dengan baik.
Sekarang ni... dulu muzik dikatakan melalaikan tapi setelah mereka ingin menyertai Pas, apa pendirian pemimpin mereka. Kalau sekarang Madona nak masuk Pas.... kompem Madona akan jadi lambang keterbukaan Pas.....
Siapa yang memperbodohkan dan siapa yang diperbodohkan..?? bukankah seperti lidah bercabang.... kerana kuasa sanggup hilang segalanya.
Kemungkinan Anwar jadi PM memang besar..... oleh itu.... bersedialah dengan keadaan bahawa melayu menerima Perdana Menteri berbangsa cina.
Dimana Islam....
Kalau ikut kepala PAs.... tak kisah pun cina memerintah. Itulah sebenarnya kebodohan Pas. Bila kata Pas berfikiran sempit, orang marah sebab aku persendakan Islam, walhal Pas berselindung disebalik agama.
Kerana apa...? Amy dah 20 tahun menyanyi... tapi baru sekarang mereka kata amy dilabel jadi ikon remaja. Esok... kalau Af diadakan di Kelantan.... sure, AF juga bagus untuk sekeluarga.
Carilah negara kafir yang memberikan ruang yang bebas kepada Islam. Carilah....... hanya Malaysia sahaja yang memberikan ruang yang bebas pada agama lain.
Bodohnya la orang Pas ni.....
Heyy....MIC~~~~ bolehh jalan la........
Kalau betul laporan TheStar... aku harap Najib tak ambil endah. Jangan layan kehendak dia. Kementerian Sumber Manusia low class ek..... kalau ko dilantik menteri nko nak kan..... weii.. pegi jalan la.....
Sumbangan tak seberapa nko nak lebih-lebih. Kerana nko banyak kerusi BN tewas... alih-alih umno yang kena tamparan. Kalau kerusi MIC digantikan calon umno..... belum tentu pakatan menang.
Berapa kerusi MIC menang..? cukup la seorang menteri. Kalau MIC nak keluar dari BN, keluar la.. tak payah nak ugut-ugut..... Bukan banyak kerusi pun menang, 3 kerusi pun nak berlagak bagus. Aku tengok nko pun dah menyirap.
Bagi je kerusi menteri kat orang Sabah atau Sarawak. At least ada lah kubu Bn. Heyyy... En. Samyy... cermin dulu dari terus meminta-minta.
Sipulan bin Sipulan

Inilah yang dinamakan demokrasi... untuk ini ke kita diajar erti demokrasi. Apa bezanya Thailand dan Malaysia...?
Apa sudah jadi dengan Thailand sekarang..? Pemimpin nak bersidang pun kena keluarkan seperti dalam filem amarika. Unit-unit komando menyelamatkan pemimpin seperti tebusan.
Adakah kita harus menyokong perkara seumpama ini..???
Kalau negara berterusan tidak stabil, hura hara sana sini.... sape nak melabur.? Kalau pelabur takde.... ekonomi tak jalan.... camne nak cari makan...?
Kalau kat Thailand Thaksin dok main sidang video.... berucap sambil makan anggur, rakyat thailand seperti dirasuk syaitan bertempur.
Bayangkan kalau ekonomi tak bagus, orang kaya masih boleh makan sedap2.... tapi siapa yang dok bawah.... kebuluran nak mampuss.... inikah yang dinamakan demokrasi...? terdesakah kita sampai tahap begini.?? Siapa yang mengajar kita politik jalanan..????
Sipulan bin Sipulan kannn...... hurmmm....
Saturday, April 11, 2009
Amy Search
Kelmarin dulu heboh Cik Ct menyertai Pas dan yang terbaru Amy search. Amy digosipkan menyeratai Pas kerana beliau mengadakan persembahan di Kota Baharu. Amy kerap berhubung dengan Pas ekoran niat beliau untuk menubuhkan Tahfiz.Dipendekan cerita, Nik Aziz terharu dengan terpukau dengan persembahan Amy dan melabelkan Amy sebagai Ikon remaja yang harus diikuti. Kiranya rock pun boleh membawa unsur Islam sehingga Nik Aziz menitiskan air mata.
Dikhabarkan Ringgo Arrow sudah menyerahkan borang keahlian Pas semasa persembahan tersebut. Aku rasa esok lusa Amy dengan Dato' Siti masuk Pas. Ok la tuh.... cuma aku nak tunggu apa reaksi orang Pas je...
Dulu artis tak boleh membuat persembahan tapi sekarang artis boleh membuat persembahan di Kelantan. Dulu mereka kata suara perempuan itu aurat, so masuk tilawah pun tak boleh. Dulu mereka boikot artis kerana artis melalaikan. Mereka kata, artis itu dalam maksiat tapi sekarang mereka dah taubat. Taubat mereka senang je.... masuk Pas dah dikategorikan taubat.
Itu perubahan ketara oleh pemimpin Pas sekarang. Aku yakin perubahan itu dipelopori oleh golangan endorgan Pas yang dipimpin oleh Husam. Seperti yang aku katakan, Pas akan menjadi parti Islam yang lebih moderate atau liberal.
Andai keadaan ini berterusan, ia tak ubah seperti umno. Bahasa mudah, Pas meniru umno dalam memerintah. Dulu dia kutuk umno macam-macam tapi sekarang mereka seperti menjilat balik apa yang dikatakan dulu. Kiranya..... cakap tak serupa bikin.
Sekarang ni, siapa yang masuk Pas je.... dia akan kata, mereka sudah bertaubat dan mendekati Islam. Kalau camtuh gamaknya, Nik Aziz akan keluarkan fatwa, lagu rock ada unsur dakwah sebaris dengan nasyid.
Satu lawak yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz ni... dia tak pernah dengar ke lagu Amy Search. Teruk sangatkah lagu rock ni.? Kalau teruk kenapa dulu haram sekarang halal sehingga beliau menitiskan air mata..?
Apa-apa je la Pas, kalau utusan Malaysia boleh menyertai Pas.... kompem mereka akan kata.... Utusan Malaysia surat khabar terbaik dan wadah perjuangan orang melayu.
/me dah main line-line artis plak Pas ni...... dimana perjuangan anti konsert ni... hahhahahhaa..
gosip liar
Blogger Network banyak mengaitkan Mahathir dalam kekalahan dalam Bukit Gantang. Dulu semasa Tun mengecam umno, mereka menyokong semua tindakan Tun malah kata-kata Tun dijadikan azimat. Tapi bila Tun kembali ke pangkuan Umno, mereka pula menyalahkan Tun.
Inilah sebenarnya pembangkang. Hanya pandai mengambil kesempatan dan akan membunuh orang yang dirasakan akan mengancam kedudukan mereka. Kalau dalam politik umno, biasanya Hang Nadim ditolak tapi dalam konteks politk yang besar, pakatan mengambil pendekatan yang sama.
Tun bukan punca kekalahan BN Bukit Gantang, tapi ialah Anwar yang telah memberikan janji menggadaikan kepentingan bangsa. Kalau dulu, Pak Lah dan Kj dikaitkan faktor utama kekalahan, tapi kenapa setelah Pak Lah melepaskan jawatan BN kalah lagi.
Disini, sebenarnya yang memperbodohkan rakyat ialah pakatan pembangkang terutamanya Anwar. Rakyat terpedaya dengan kata-kata reotratik Anwar dan Anwar bijak menutup sesuatu isu pakatan dengan mencipta gimik dan menimbulkan isu baru. Lihatlah isu Bukit Lenjan, masuk minggu ke2 cerita dah tutup.
Najib perlu terus melaksanakan dasar apa yang beliau fikirkan. Andai Najib melihat semua isu untuk ditangani, Najib akan kelemasan dalam kemelut itu sendiri. Biarkan isu itu dijawab dengan tindakan yang sempurna.
Walau dulu pemimpin umno bercakaran untuk kuasa masing-masing tapi dulu akar umbi umno kuat. Kuat kerana Belia 4B, belia bergiat aktif, banyak membantu masyarakat seperti umno punya bangsal perkahwinan, ada padang bola dan segala macam lagi. Tapi kini semuanya lemah kerana umno sendiri tidak memainkan peranan.
Sebab itu, aku berpendapat, daripada menabur duit di tempat ada pilihanraya, lebih baik umno menabur pada semua. Gerakan semua cawangan seperti jentera untuk berperang. Kelak PRU akan datang, rakyat akan melihat BN terus wujud sebagai pemerintah.
Tapi kalau ketua cawangan lagak seperti cencaru makan petang, kompem.... jentera lumpuh, BN tenggelam dan umno akan jadi bahan kenangan.
Pak Belalang
Memang betul kata Tan Sri Isa, umno sedap dijaja. Bukan sebab umno banyak isu, tapi umno kumpulan orang yang menggunakan otak dari otot. Umno parti pemerintah. Sebab tu bila orang umno kawin 2 pun sedap digosipkan. Dah macam artis dah mereka ni.
Sama jugalah dengan blogger. Mereka menulis main sedap hati mereka saje, terutamanya blogger network. Mengutuk macam Mat Sabu, jerkah dan kutuk sana sini. Dan yang anehnya bila mereka kutuk ramai yang menyokong. Adehhh...~~~ seperti Pak Kaduk pulak.
Fikirkan... kalau kita kutuk orang, member atau sesiapa sahaja.... apa perasaan mereka. Orang kata kutuk atau gurau ada limit kalau lebih2 kang ada yang kena terajang. So adakah mengutuk orang itu satu perbuatan yang baik.? kalau tak baik kenapa kita sokong. Adakah kita Pak Kaduk yang tidak ada daya kemampuan berfikir..??
Walau ia perkara remeh, tapi bagi aku ia melambangkan kita punya sejauh mana intelektual kita. Kita rasa kita orang yang bijak menilai, dah terbuka minda, bercerita seperti pakar politik, pakar ekonomi dan pakar teori hidup tapi bila kita mampu meyambut kutukan dengan gurau tawa.... sebenarnya itulah tahap kebodohan kita yang sebenarnya.
Ambik iktibar dari cerita Pak belalang, mereka ketawa walau mereka tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi. Dalam cerita P. Ramlee itu.... apa level tukang sorak di luar pagar.? adakah kamu semua seperti mereka..??
Tanya hati, dimanakah level pemikiran kita.
rasa hati
Kalau nak ikut gosip, Jamalludin Jarjis salah seorang bakal menteri sebab dia orang kanan Najib di Pahang, tapi kenapa Jamalludin tidak dilantik..?? mungkin Jamalludin akan ditugaskan oleh Najib menjaga Khazanah yang memegang aset berbillion.
Isa orang kanan Najib sebenarnya. Tapi Isa adalah liabiti umno maka beliau tidak dilantik. Itu tindakan yang baik dimana umno kena memperbaiki persepsi rakyat. Sesiapun tidak dapat memuaskan hati semua.
Sama la jua isu Zaid Hamidi berkempen anjuran Gerakan. Konsert dianjurkan oleh mereka, masakan Zaid nak komplen program orang. Kata negara majmuk, terpulang la pada mereka. Bagi aku, Zaid mengambil tindakan yang bijak. Dia membelangkangkan konsert tersebut sebagai lambang menolak anjuran perkara sedemikian. Itulah dikatakan menarik rambut dalam tepung.
Aku pernah menasihati member aku untuk majlis perkahwinan dia. Kalau kita ingin memuaskan hati semua orang, majlis kita akan kucar kacir. Apa yang perlu dirancang ialah mengikut budget kita sendiri dan tak perlu mengikut kemahuan orang. Andai kita mengikut kata orang.... mampuss kita.
Samalah keadaan di Selangor, ingat semua orang suka MB Selangor..?
Friday, April 10, 2009
Persepsi dan harapan
Kalau PRU yang lepas, Bagi aku BN kalah disebabkan isu ekonomi dimana kenaikan harga minyak telah membawa lantunan kos hidup. Rakyat melepaskan geram dengan menenyeh pembangkang kerana mereka merasakan menteri hidup senang tapi rakyat tersepit.
Sebenarnya dahulu penyokong Pakatan tidaklah sebanyak mana, tetapi kerana kenaikan minyak sebelum PRU telah membuatkan sokongan mendadak penyokong pembangkang. Debat Anwar dengan Sabree juga telah meningkatkan ranking pakatan walaupun aku merasakan sebenarnya kemenangan hujah kepada kedua belah pihak. Isu-isu lain mengikut pola masalah setempat, seperti kenaikan tol LDP, isu tanah dan pelbagai lagi.
Sekarang, isu ekonomi jatuh no 2 walaupun ekonomi sekarang meleset. Kerana apa ekonomi jatuh no 2..? kerana melayu hanya makan gaji dan bukan majikan yang perlu menjana duit. Tapi bila kehilangan kerja baru mereka tersentak dan tersedar bahawa tanpa ekonomi yang baik... politik pun takde guna.
Salahkan kerajaan..? Next PRU undi pakatan sebagai undi protes...... kalau kamu tersepak tunggul pun, salahkan la kerajaan, sebab kerajaan tak buat maintenence...
Orang sekarang politik hanya berlandaskan persepsi dan harapan. Cukup mudah bila persepsi BN korup maka semuanya akan buruk walaupun kerajaan membantu petani. Harapan untuk melayu sebenarnya tiada, tapi harapan untuk india dan cina terbuka luas untuk mereka.
Harapan untuk lebih cina masuk Islam kerana mereka bercakap dengan hadis aku rasa, ia pun sekadar harapan. Ia tidak ubah menguatkan persepsi melayu mereka mudah terpedaya. Kalau aku katakan, undi bukan melayu pada pakatan, hanya kerana mahukan kuasa, mereka akan kata.... " aku berfikiran sempit.. " walhal hakikatnya Anwar Ibrahim pernah menawarkan segala-galanya.
Orang melayu sekarang mengatakan mahukan perubahan dengan mengambil kira persepsi bahawa melayu sudah boleh berdiri sendiri. Walhal hakikatnya melayu hanya menumpang kemewahan. Kalau kuasa dan kedudukan dibuka, aku yakin melayu hanya sekadar pemerhati.
Kalau sekarang peluang luas diberi tapi hakikatnya melayu hanya sekadar penama. Perlukah DEB dibuka untuk melayu memenangi tender..?
Adakah nanti bila ada samarata melayu memenuhi semua IPT..? Bukankah hakikat bahawa melayu di universiti sekarang berlandaskan kuota dari kelayakan. Tapi ego mahasiswa sekarang dialah orang yang paling bijak dari kaum lain.
Andai nanti, pakatan memerintah adanya negara Islam..? Perdana menteri melayu timbalan cina dan india, menteri-menteri separuh cina india dan sisa-sisa itulah melayu. Adakah apa yang aku kata ini hanya sekadar persepsi diri sendiri.? silalah buat kira-kira sendiri.
Biarlah ia persepsi atau harapan. Aku menghormati majoriti. Jika difikirkan, umno pun susah nak berubah. Semuanya sama. Cuma apa yang umno tawarkan ialah menjaga kepentingan melayu.
Mungkin PRu akan datang pakatan akan memerintah, dan habuan itu 20 tahun akan datang. Apabila orang sekarang telah hilang, maka generasi akan datang akan terkenangkan masa silam.
Belajar la dari sekarang. Berdirilah dikaki sendiri. Jangan ada persepsi lagi mahasiswa melayu dibantu, jangan letakan harapan adanya lagi kerajaan seperti sekarang. Segalanya akan tinggal kenangan.
/me ambil iktibar... biasiswa ditukar pptn.. diacah berubah rupa-rupanya melayu dah tergapai-gapai.
Thursday, April 9, 2009
Kabinet Najib
Datuk Seri Rais Yatim, aku rasa beliau amat sesuai menjaga kementrian itu. Ibarat sireh pulang ke ganggang dengan membawa satu lagi kuasa iaitu kementrian penerangan. Rais Yatim aku lihat dia orang lama dalam kabinet dan aku rasa pengalaman beliau digunakan sebaiknya. Semasa beliau menjaga kementerian Kebudayaan aku melihat perubahan dimana KEKWA terkenal dalam industri hiburan.
Sayang sekali bekas menteri Kerja Raya, Ir. Mohd Zain digugurkan dalam kabinet. Aku lihat prestasi kerjanya taklah teruk sangat malah aku tengok dia antara orang yang berkelayakan memegang fortfolio tersebut. Datuk Saziman orang kuat tenaga tetapi beliau dicampak ke kemeterian kerja raya. Susah nak cakap prestasi beliau... kira boleh je.
Tok Pa orang lama. Walau ia dilihat orang Pak Lah tapi ia dilantik semula kerana beliau amat sederhana berparti dan agak low profile. Dia banyak pengalaman dalam menguruskan ekonomi dan aku rasa dia mampu menaikan peratusan FDI negara.
Selebihnya mereka semua berjawatan menteri dan timbalan mentori la. Nak tau kemampuan mereka.... tunggu je la presatasi mereka. hurmmmm.....
ting tong
Aku harap apa yang aku fikirkan tidak terjadi dimana barisan kabinet Najib hanya menguatkan parti peringkat atasan dan melupakan peringkat bawahan. Aku melihat Najib ingin mengatasi masalah ekonomi kerana ia merupakan nadi pemerintahan. Aku setuju benor dengan tindakan Najib menubuhkan semula MTEN kerana keadaan sekarang, ekonomi perlu dipantau setiap saat.
Andai ekonomi mampu menyelesaikan masalah yang pelbagai, aku melihat Pemuda juga harus di ambil perhatian. Sebenarnya sayap Pemuda antara yang mampu menguatkan parti jika dibandingkan dengan puteri dan wanita. Ini kerana, ramai pengundi sekarang terdiri dari pemuda dan mereka banyak memainkan peranan dalam pakatan.
Umno tidak perlu melawan pakatan dari atas kerana pakatan sekarang kuat disokong dari bawah dan dipelopori oleh orang muda. Andai Najib berterusan melawan dari atas, mungkin Najib membuat kesilapan. Ibaratnya Najib membuat benteng pada arus yang mencurah. Akan satu ketika, bila benteng itu pecah maka benarlah umno akan karam bersama arus tersebut.
Tindakan melantik Mukriz bukan tindakan yang baik pada parti. Tapi kerana survival umno, Najib terpaksa jua kerana kata-kata Tun amat berbisa pada orang lama. Oleh yang demikian Najib melantik Mukhriz demi menjaga kestabilan parti.
Tapi, harapan aku agar Najib tidak harus membiarkan Pemuda begitu sahaja. Razali aku lihat kurang berkemampun dalam menggembleng tenaga muda seperti belia. Sekarang ini, Pemuda dituntut untuk berkerja lebih masa dan yang penting Pemuda harus mengurangkan kegiatan politik untuk menawan semula hati orang muda.
Aku rasa. Razali hanya mampu mengawal Pemuda tapi tidak dalam konteks pemuda belia Malaysia. Razali tidak dikenali oleh orang muda dan kurang berpengalaman. Sekarang ini bukan masanya untuk bunuh membunuh tetapi harus melihat ke depan bahawa kapal umno sedang menuju ke lubang hitam.
Kalau PRU yang lepas aku rasa BN akan lemas, memang benar telahan aku. Bila saat BN mengambil semula Perak aku rasa saat tu, kapal berhenti sebentar dari terus karam. Ada kemungkinan kapal beralih arah namun Anwar berjaya menarik kembali arah kapal tu ke arah lubang yang dalam. Dan sekarang ia berhenti lagi dimana rakyat masih menanti tindakan Najib yang seterusnya.
Aku harap Najib dapat berbuat sesuatu. Kalau aku mampu menulis open letter untuk beliau... aku akan buat. Tapi nak wat camne..... aku syok sendiri.
Matinya Suara Pemuda
Masa zaman dia PM, rasuah macam jadi barah. Tapi takde pun tindakan yang diambil. Yang ada dia tibai Muhammad Taib. MB bawak duit seguni. Tak logik langsung arr..... Samy vellu rakyat tak suka kenapa dia tak cantas..? Rafidah aziz yang banyak isu rasuah kenapa dia tak berani singkirkan..? hurmmmm.... itu belum cerita anak-anak dia lagi....
Aku tak berminat dengan Mukriz. Perlantikan beliau akan membawa sedikit perpecahan atau rasa tidak puas hati dikalangan pemuda. Kalah pada pemilihan tapi masih dilantik. Kalau Razali tu aku sokong walau aku tak kenal dia. Bagi je la kerusi tu pada orang lain, situasi menang-menang.
Macam mana Pemuda nak kuat kalau orang yang tidak ada dalam barisan pemuda tidak kuat dalam kabinet..? masakan bapak-bapak tua berjiwa pemuda dan turun kukuhkan pemuda..? Nak harap Khairy akan kukuhkan pemuda..? lupakan la.... mesti merajuk.
Ala..... kalau aku pun sure aku merajuk. Merajuk bukan tidak dilantik tapi bebulu bila orang yang kalah diketengahkan. Tapi aku dengar dia akan dilantik menjaga satu GLC kerajaan. So... mungkin terubat la sedikit lukanya. Jangan dengar je tapi takde apa-apa surat perlantikan.
Umno sekarang teruk sebab belia dulu diabaikan. orang muda sekarang kata minda terbuka..? Apa yang dimaksudkan oleh mereka dengan minda terbuka..? Sebab masa ketika dia remaja dan meningkat dewasa, umno menjauhkan diri. Tidak ada pemimpin yang mendekati mereka. Mereka terbiar tanpa arah tujuan.
Tatala Anawar bercerita tentang agenda, mereka rasa dia disayangi. Mereka rasa ada orang yang perihatian pada mereka. Mereka baru terasa ada haluan walau haluan itu akan mengorbankan masa depan. Semua ini adalah kesilapan pemuda yang dinaungi Hishamudin.
Sekrang Mukhriz dilantik..? Kuat ke dia dalam barisan pemuda sedangkan analisa aku dia tidak ada karisma memimpin. Bagaimana dia nak memimpin andai dia sendiri dipimpin oleh ayahnya sendiri. Namanya meletup sewaktu dia mengata Pak Lah bersama ayahnya.
Timbul sekolah aliran. Dalam blog Zulkifli Nordin juga ada menyatakan isu sekolah satu aliran. Fikirkan secara logik... adakah cina nak matikan sekolah cina. Dia sokong ke..? sedangkan sekolah kebangsaan pun cina boikot inikan pula sekolah satu aliran. Dalam perlembagaan juga ada menyatakan kebebasan sekolah iaitu kebebasan berpendidikan.
Apapun, nampak gayanya umno tidak melihat perkara penting ini. Pemuda satu elemen yang boleh menyelamatkan umno. Tapi Najib tidak mengambil tindakan yang proaktif dalam hal ini. So dalam Pru akan datang.... dimana pemuda..? Pemuda berani...? pemuda setiakawan..? atau PEMUDA AKAN MATI.